Barcelona meneruskan rekod kemenangan 100 peratus peringkat kumpulan Champions League apabila berjaya menewaskan Dynamo Kiev 2-1.
Deretan peluang telah dicipta oleh Barcelona dan hanya dua gol yang terhasil dan satu daripadanya hasil sepakan penalti.
Lionel Messi membuka tirai jaringan melalui sepakan penalti pada seawal minit ke-5 perlawanan dan selepas itu buntu untuk menambah jaringan.
Deretan peluang gagal untuk masuk ke gawang terutamanya Antoine Griezmann yang mendapat peluang terbuka tidak dikawal.
Namun sisi jaring menjadi sasaran Griezmann. Hantaran Ansu Fati akhirnya membuahkan hasil dengan satu sundulan tajam dari Gerrard Pique.
Viktor Tsigankov menjaringkan gol saguhati Dynamo Kiev selepas menyambar bola muntah tepisan Marc-Andre ter Stegen.
Penjaga gol Dynamo Kiev menghadapi malam yang memenatkan dengan melakukan beberapa aksi menyelamat yang luar biasa.
Barcelon berada dalam kumpulan G yang sama dengan Juventus, tidak menghadapi masalah untuk mengiringi pasukan Italy itu ke peringkat seterusnya.
Starting line-up: Ter Stegen, Dest, De Jong, Piqué, Alba, Busquets, Pjanic, Pedri, Fati, Messi, Griezmann
Substitutes: Puig, Aleñà, Peña, Dembélé, Trincao, Firpo, Braithwaite, Roberto, Lenglet, Neto
Starting line-up: Nescheret, Kedziora, Zabarnyi, Popov, Shabanov, Shepelev, Andriyevskiy, Tsygankov, Buyalskiy, Rodrigues, Supryaha
Substitutes: Morgun, Ihnatenko, Syrota, Lednev, De Pena, Verbic, Rusyn, Clayton