La Liga 2020/21: Barcelona 1-2 Granada

Barcelona telah terlepas peluang terbaik untuk mengemudi dan berada di puncak La Liga apabila dikejutkan lalu terciduk teruk cuk dengan aksi kebangkitan Granada.

Kemenangan yang dicari Barcelona, kekalahan yang mendapat. Kemenangan akan meletakkan Barcelona gayat dengan kelebihan satu mata, tapi itu hanya satu ilusi.

Berbaki lima perlawanan lagi perebutan juara masih lagi sengit dan masih terbuka luas untuk Atletico Madrid. Real Madrid, Barcelona dan Sevilla.

1. Atletico Madrid – 73 mata
2. Real Madrid – 71 mata
3. Barcelona – 71 mata
4. Sevilla – 70 mata

Barcelona bermula baik dan penuh meyakinkan dari awal permainan dan memperoleh gol pembukaan hasil jaringan pemain sesasi mereka G. O. A. T, Lionel Messi.

Cantik permainan antara Lionel Messi dan Antoine Griezman yang membuat gerakan penuh berseni sebelum menghantar bola kepada Messi untuk disudahkan.

Lionel Messi kemudian hampir saja menggandakan kedudukan namun percubaan sedikit tersasar selepas disentuh sedikit penjaga gol Granada, Aaron Escandell.

Darwin Machis memulakan aksi kebangkitan sensasi Granada dengan gol penyamaan pada minit ke-63 dengan satu penyudah tajam hasil kesilapan pertahanan Barcelona.

Kerana terlalu bising dibangku simpanan dengan tidak menjaga mulut dan adab, pengurus Barcelona, Ronald Koeman telah dilayangkan kad merah.

Hantaran silang Adrian Marin gagal dikeluarkan Gerrard Pique yang silap perkiraan untuk melakuakan tandukan keluar mengundang padah.

Bola sedap disundul oleh Jorge Molina untuk gol kedua yang merupakan gol kemenangan Granada.

Kemenangan dan tiga mata berharga memberi sinar kepada Granada untuk mengejar slot Eropah walaupun tampak tipis namun peluang masih ada.

Barcelona menguasai perlawanan sehingga 80 peratus dan hanya penyudah menjadi pemisah kepada tiga mata yang didambakan.

Starting line-up Barcelona: Ter Stegen, Mingueza, Piqué, Umtiti, Busquets, Roberto, De Jong, Ilaix, Alba, Messi, Griezmann

Substitutes: Dest, Araujo, Pjanic, Dembélé, Puig, Neto, Lenglet, Pedri, Trincão, Junior, Konrad, Tenas

Starting line-up Granada: Aarón, Pérez, Germán, Díaz, Foulquier, Eteki, Herrera, Quini, Suárez, Soldado, Machís

Substitutes: Arnau, Costa, Gonalons, Quina, Vico, Marín, Molina, Soro, Barcia

BACA:  De Jong Ketawa Besar Ketika Ditanya Adakah Beliau Mahu Sertai United Yang 'Sendu'