Champions League 2020/21: Liverpool 2-0 RB Leipzig(Agg. 4-0)

Champions League kembali lagi buat Liverpool untuk perlawanan kedua peringkat 16 terbaik selepas selepas FC Porto dan Borussia Dortmund sudah mengesahkan tempat ke suku akhir.

Saingan Eropah menjadi medan terbaik untuk Liverpool merawat luka selepas mencatatkan keputusan yang sangat buruk dan dipijak-pijak dengan hina di Premier League lalu menjadi bahan ketawa ramai.

Liverpool berdepan RB Leipzig di home game namun bukan di gelanggang keramat mereka, Anfield yg kini seakan menjadi padang awam dan tidak menakutkan lagi dengan bekalan dua gol tempat lawan.

Puskas Arena menjadi gelanggang home Liverpool lantaran situasi semasa yang menghadkan pergerakan semua manusia.

Separuh masa pertama menyaksikan tiada jaringan terhasil dan perlawanan berlangsung agak hambar dengan percubaan demi percubaan banyak kelaut dengan sentuhan penyudah yang tidak sudah.

Berbaki 20 minit permainan barulah jaringan berjaya dihasilkan oleh Liverpool dengan dua jaringan terpantas terjadi dalam tempoh 4 minit sahaja.

Mohamed Salah membuka tirai jaringan dengan memecahkan kebuntuan pada minit ke-70 dan Sadio Mane pula menggandakan kedudukan selepas menyempurnakan hantaran Divock Origi.

Kemenangan 2-0 ini membolehkan Liverpool mara ke suku akhir dengan agregat 4 gol tan balas dan menyingkirkan semi finalis musim lalu.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Phillips, Kabak, Robertson, Fabinho, Wijnaldum, Thiago, Mane, Salah, Jota.

Subs: Adrian, Harvey Davies, Milner, Keita, Oxlade-Chamberlain, Jones, Tsimikas, Shaqiri, Origi, Ben Davies, Rhys Williams, Neco Williams.

RB Leipzig: Gulacsi, Adams, Mukiele, Upamecano, Klostermann, Nkunku, Olmo, Kampl, Sabitzer, Forsberg, Poulsen

Subs: Tschauner, Martinez, Orban, Konate, Haidara, Hwang, Sorloth, Kluivert, Samardzic, Halstenberg, Hendrichs

Champions League 2020/21: RB Leipzig 0-2 Liverpool

Semi finalis Champions League musim lalu, RB Leipzig menanti kunjungan paling hebat di muka bumi, Liverpool untuk perlawanan pertama peringkat 16 terbaik.

RB Leipzig boleh dikatakan berada pada prestasi terbaik di saingan Bundesliga apabila menang dalam 4 perlawanan terakhir jika dibandingkan dengan Liverpool yang tewas dalam 3 perlawanan terakhir.

Liverpool pada ketika ini bukanlah berada pada tahap terbaik mereka terutamanya disaingan domestik apabila Jurgen Kloop mengakui perebutan gelaran juara liga sudah tamat.

Namun pentas Eropah boleh dikatakan makanan buat Liverpool yang tergolong dalam pasukan elit Eropah lantaran kehebatan mereka dengan 6 kejuaraan.

Separuh masa pertama perlawanan berakhir seri tanpa jaringan dengan banyak peluang dibazirkan dengan permainan agak huru-hara.

Dua daripada banyak kesilapan sendiri pemain RB Leipzig mengundang padah apabila Mohamed Salah membuka tirai jaringan selepas Angelino tergelecoh ketika cuba mengejar.

Tidak lama selepas itu Mukiele pula melakukan kesilapan ketika cuba menjulurkan kaki untuk merebut bola lambung namun tidak kesampaian.

Sadio Mane yang berada dibelakang terus memecut untuk menggandakan kedudukan dengan situasi 1 vs 1 berdepan penjaga gol.

Akhirnya Liverpool mengecapi nikmat kemenangan walaupun sekadar menang nasib.

RB Leipzig: Gulacsi; Mukiele, Klostermann, Upamecano; Adams, Haidara, Kampl, Angelino; Nkunku, Olmo, Sabitzer.

Subs: Tschauner, Orban, Konate, Poulsen, Hwang, Sorloth, Samardzic, Kluivert, Halstenberg, Hartmann, Henrichs.

Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Kabak, Henderson, Robertson; Wijnaldum, Jones, Thiago; Mane, Salah, Firmino.

Subs: Adrian, Kelleher, Oxlade-Chamberlain, Tsimikas, Shaqiri, Origi, Davies, R Williams, Phillips, Cain, Clarkson, N Williams.

BACA:  Klopp: Tiada 'Gunung Yang Tidak Boleh Didaki' Liverpool Selepas Tumpaskan PSG