Champions League 2021/22: Atalanta 2-2 Manchester United

Perlawanan wajib menang buat Manchester United menentang Atalanta bukan sahaja untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati tetapi untuk meneruskan kelangsungan hidup Ole Gunnar Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu terus mengekalkan formula terbaru dengan bermain dengan menggunakan tiga pertahanan di mana Victor Lindelof digantikan dengan Eic Bailly.

Harapan untuk melihat gandingan Cristiano Ronaldo dan Edison Cavani tidak kesampaian apabila Marcus Rashford diturunkan. Fred direhatkan dan Paul Pogba bermula dari kesebelasan utama.

Cristiano Ronaldo tidak menunggu lama, usai perlawanan bermula terus melakukan percubaan jarak jauh tetapi mudah buat penjaga gol Atalanta, Juan Musso
menangkap kemas.

Pada minit ke-4 cubaan Scott McTominay untuk melencongkan bola telah dihadang pemain Atalanta dan bola terbias ke gawang yang terbuka di mana penjaga gol sudah mati langkah.

Namun bola yang meleleh itu dilihat oleh semua pemain tidak mahu menerjah gawang dan terkena tiang.

Pada minit ke-10 Atalanta terlebih dulu membuka tirai jaringan dengan satu penyudah penuh ketenangan dari Josip Ilicic yang menerima hantaran cantik Duvan Zapata.

Kesilapan dari De Gea?

Pengadil kemudian merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) untuk meneliti kembali jaringan Josip Ilicic yang disyaki ada kecurangan.

Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan VAR tiada sebarang keraguan dalam gol tersebut dan disahkan.

Manchester United kemudiannya cuba mencari gol penyamaan dengan mengasak ke kubu Atalanta namun kegarangan semakin kendur selepas perlawanan menghampiri 30 minit.

Duvan Zapata telah melakukan satu percubaan selepas kesilapan Paul Pogba yang menghantar kepada lawan namun Eric Bailly pantas melakukan hadangan penting.

VAR sekali lagi mengesyaki kecurangan di mana Zapata mendakwa bola terkena tangan Eric Bailly, selepas penelitian tiada kesalahan dan bola terkena bahu Bailly.

Permainan Manchester United semakin berterabur dan tidak jelas apabila mudah ditembusi, rembatan Zapata sekali lagi dihadang oleh Bailly.

Perlawanan dihentikan seketika kerana Raphael Varane yang baru kembali dari kecederaan tiba-tiba terduduk sendirian di padang tanpa ada sesiapa yang berdekatan.

Pada minit ke-38 Raphael Varane terus dikeluarkan dan agak mengejutkan apabila Mason Greenwood menjadi pengganti. Setan Merah bermain dengan 4 pertahanan.

Atalanta bermain dengan padat memenuhkan segenap ruang bagi menutup peluang hantaran yang cuba dilakukan oleh Manchester United yang garang menyerang kembali.

Akhirnya di penghujung babak pertama gol penyamaan hadir melalui siapa lagi kalau bukan Cristiano Ronaldo dari satu permainan yang genius.

Ronaldo menghantar bola kepada Mason Greenwood yang terus melorongkan bola kepada Bruno Fernandes yang berada di kedudukan yang sedap untuk menjaringkan gol.

Bruno Fernandes berjaya lolos dan seakan cuba merembat namun Bruno Fernandes membuat hantaran backheel mencari Ronaldo yang pantas datang merembat.

Ada mata ke kat belakang kepala Bruno?

Garang permainan separuh masa kedua Setan Merah, rembatan Bruno Fernandes berjaya dihadang sejurus selepas itu percubaan Mason Greenwood terkena tiang sebelum disahkan offside.

Eric Bailly yang merungut tidak dapat bermain dengan pemain tidak cergas diberi peluang menunjukkan bukti kenapa beliau layak beraksi apabila terus menjadi penghalang percubaan Atalanta.

Pada minit ke-57 Duvan Zapata menggandakan kedudukan dengan satu penyudah yang tidak boleh bawa bincang membuatkan David De Gea dan Harry Maguire kelam kabut.

VAR segera dirujuk pengadil kerana ada unsur offside dan jelas dari ulang tayang tiada keraguan dan agak lama VAR menilai sebelum gol itu dibenarkan.

Tanpa Raphael Varane dan selepas gol kedua Atalanta Harry Maguire semakin kelakar seperti sebelum-sebelum ini.

Manchester United semakin berterabur dan tidak jelas apa yang mahu mereka lakukan dan Atalanta semakin garang mengambil peluang yang terhidang.

Selain Bailly yang cemerlang, David De Gea juga melakukan beberapa kerja menyelamat bagi menghalang Atalanta melebarkan kedudukan.

Donny Van De Beek akhirnya mendapat peluanga untuk beraksi pabila masuk mengantikan Scott McTominay. Ada impak yang ditunjukkan Van De Beek walaupun lama tidak beraksi

Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi penyelamat apabila hadir dengan gol penyamaan apabila merembat cantik tolakan Mason Greenwood. Satu teknik yang padu.

Sekali lagi Manchester United melakukan kebangkitan sensasi ke atas Atalanta dan kali ini gol minit akhir bukan gol kemenangan. Ronaldo sekali lagi menjadi watak utama.

Kesebelasan Utama Atalanta: Musso, de Roon, Demiral, Palomino, Zappacosta, Freuler, Koopmeiners, Maehle, Ilicic, Pasalic, Zapata.

Pemain simpanan: Muriel, Pezzella, Malinovsky, Djimsiti, Scalvini, Sportiello, Miranchuk, Lovato, Piccoli, Rossi.

Kesebelasan Utama Manchester United: David de Gea, Aaron Wan Bissaka, Eric Bailly, Raphael Varane, Harry Maguire, Luke Shaw, Bruno Fernandes, Scott McTominay, Paul Pogba, Marcus Rashford, Cristiano Ronaldo.

Pemain simpanan: Juan Mata, Abthony Martial, Mason Greenwood, Jessy Lingard, Fred, Diogo Dalot, Edison Cavani, Jadon Sancho, Dean Henderson, Alex Telles, Nemanja Matic, Donny van de Beek.

Referee: Slavko Vincic (Slovenia).

Manchester United 3-2 Atalanta

Tumpuan bola sepak dunia kini sedang terarah kepada Manchester United untuk perlawanan ketiga Champions League menentang Atalanta selepas mempamerkan aksi longlai dan tidak meyakinkan.

Tumpuan ini bukan kerana kehebatan Setan Merah tetapi ramai menanti kejutan dan aksi kelakar yang bakal dipamerkan oleh Ole Gunnar Solskjaer dan para pemainnya.

Manchester United diakui merupakan skuad yang hampir lengkap dengan dibarisi oleh pemain bintang yang mampu menjadi pencabar disemua kejohanan yang disertai.

Namun itu tidak terjadi, perbincangan banyak terarah kepada apa yang terjadi kepada Setan Merah. Penyokong dan pembenci Ole Gunnar Solskjaer terus memberikan hujah bagi menyokong pendirian masing-masing.

Cristiano Ronaldo yang terbukti handal dikatakan punca kemerosotan selain itu ramai mempertikaikan gandingan Fred dan Scot McTominay. Masing-masing ada pendapat.

Dalam perlawanan ini Ole kembali menurunkan gandingan Fred dan Mctominay serta masih percaya dan mempertaruhkan nasib kepada Harry Maguire yang nyata tidak bersedia untuk beraksi selepas kembali dari kecederaan.

Sebelum perlawanan Ole telah meluahkan keyakinan dengan kesebelasan utama beliau yang mampu memberikan tenaga serta gandingan Fred dan McTominay pula akan memberi keseimbangan kepada pasukan.

Atalanta bukanlah pasukan biasa kerana mereka istimewa lahir bukan melalui wang ringgit tetapi atas semangat berpasukan dan corak permainan yang penuh disiplin.

Kealpaan dan kelalaian akan mengundang padah, pihak lawan tidak boleh memberi ruang dan masa kepada Atalanta walaupun sedikit kerana mereka akan menghasilkan sesuatu.

Marcus Rashford hampir meletakkan Manchester United dihadapan seawal minit kedua namun Rashford gagal memanfaatkan peluang dalam situasi 1 lawan 1.

Mujur buat Rasford apabila penjaga garisan mengangkat bendera tanda offside.

Sedikit kelalaian barisan pertahanan Manchester United mengundang padah apabila Davide Zappacosta lolos dan menghantar bola ke tengah kotak penalti.

Mudah buat Mario Pasalic menjaringkan gol pembukaan dengan percubaan mudah. VAR meneliti gol tersebut dan terus mengesahkan kerana tiada kecurangan.

Fred telah melakukan satu percubaan paling mengancam Manchester United selepas 20 minit permainan namun percubaan Fred telah ditepis keluar.

Pada minit ke-29 Merih Demiral menggandakan kedudukan melalui satu sundulan agak bebas yang berpunca dari sepakan penjuru Teun Koopmeiners.

Luke Shaw langsung tidak dapat mencabar dan aksi bola tampar Harry Maguire sudah terlewat. Terus Cristiano Ronaldo tantrum menunjukkan rasa tidak puas hati dan kecewa.

Tiada apa yang istimewa mampu dilakukan Manchester United sehingga tamat separuh masa pertama dengan kedudukan 2 gol berpihak kepada Atalanta.

Manchester United memperkemaskan permainan pada separuh masa kedua dan akhirnya berjaya memperolehi gol pertama melalui Marcus Rashford.

Sungguh genius hantaran yang dilakukan oleh Bruno Fernandes dan Rashford pula bijak melepas perangkap offside dan mudah meletakkan bola ke jaringan dengan hanya berdepan penajga gol Atalanta sahaja.

Hantaran lintang Mason Greenwood hampir membuahkan gol penyamaan tapi sayang percubaan Scot McTominay tepat pula ke tiang lalu dinafikan.

Penjaga gol Atalanta, Juan Musso telah melakukan satu aksi menyelamat yang padu dengan menepis keluar bola rembatan Ronaldo.

Pada minit ke-67, Ole melakukan dua pertukaran memasukkan Edison Cavani dan Paul Pogba menggantikan Scot McTominay dan Rashford yang seperti mengalami kecederaan.

David De Gea cemerlang apabila menyelamatkan dua percubaan berturut-turut daripada pemain Atalanta.

Kapten Marvel, Harry Maguire nyata tidak berapa nak kelakar malam ini apabila telah menjaringkan gol penyamaan dengan satu penyudah yang menakjubkan pada minit ke-75.

Pada minit ke-81 Cristiano Ronaldo melengkapkan kebangkitan penuh bergaya Manchester United di pentas Eropah dengan gol kemenangan.

Cantik hantaran daripada Luke Shaw yang terus ditanduk tajam Ronaldo menewaskan Juan Musso.

Kemenangan ini telah melonjakkan Manchester United ke tempat teratas kumpulan F dua mata dihadapan Atalanta dan Villareal.

Manchester United: de Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay, Fred, Greenwood, Bruno Fernandes, Rashford, Ronaldo.

Subs: Bailly, Pogba, Mata, Lingard, Dalot, Cavani, Sancho, Henderson, Alex Telles, Matic, van de Beek, Elanga.

Atalanta: Musso, de Roon, Demiral, Palomino, Zappacosta, Freuler, Koopmeiners, Maehle, Pasalic, Ilicic, Muriel.

Subs: Pezzella, Malinovsky, Rossi, Scalvini, Sportiello, Miranchuk, Lovato, Zapata, Piccoli.

Referee: Szymon Marciniak (Poland)

Manchester United 2-1 Villarreal

Manchester United turun untuk perlawanan kedua Champions League musim 2021/22 menentang pasukan yang menafikan kejuaraan Europa League musim lalu, Villarreal.

Pada perlawanan pembukaan kumpulan F dua minggu lalu, Setan Merah telah dikejutkan oleh pasukan Young Boys yang bukanlah menjadi pasukan pilihan.

Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer masih lagi dirundung kesenduan selepas tewas kepada West Ham United dan juga Aston Villa dengan permainan yang buruk.

Laungan #OleOut atau #OleKeluar semakin kuat kedengaran rentetan kekalahan kepada Young Boys kemudian membawa ke Piala Liga dan juga Premier League.

Dengan barisan pemain yang ada dalam pasukan Setan Merah, di atas kertas mudah untuk Manchester United menjadi juara kumpulan F namun setakat ini tidak menjadi.

Manchester United memulakan permain dengan satu aksi yang meyakinkan apabila terus melakukan ancaman ke kubu Villarreal selepas sepak mula perlawanan.

Namun situasi itu hanya bertahan untuk tempoh 10 minit pertama sahaja apabila Villarreal memberi reaksi balas dengan percubaan yang mampu mengecutkan perut.

Dalot yang beraksi dari kesebelasan utama menggantikan Aaron Wan Bissaka yang digantung kerana mengutip kad merah nyata bocor teruk dengan aksi lincah dan liar Amaut Danjuma.

Beberapa kali Dalot dipermainkan dengan mudah oleh Amaut Danjuma namun kecekapan dan aksi bertaraf dunia David De Gea menyelamatkan gawang Setan Merah.

Manchester United terus buntu untuk mengasak Villarreal di mana bahagian tengah tidak berfungsi dengan baik dan terputus hubungan menyaksikan banyak hantaran lambung dihasilkan.

Villarreal banyak membazirkan peluang terbaik mereka pada separuh masa pertama yang mampu memberi keselesaan.

Pada minit ke-53 barulah Villarreal berjaya menyudahkan peluang yang mereka cipta sepanjang perlawanan ini apabila hantaran Amaut Danjuma berjaya disambar Paco Alcacer.

Tolakan jarak dekat Paco Alcacer gagal untuk diselamatkan David De Gea dan Manchester United tampak mati akal walaupun cuba untuk menyamakan kedudukan.

Tujuh minit selepas itu Alex Telles berjaya menyamakan kedudukan dengan satu voli separuh yang berpunca daripada sepakan sudut Bruno Fernandes.

Alex Telles terus melakukan satu rembatan cantik dari luar kotak penalti dicelahan tiga pemain Villarreal untuk mengikat kembali kedudukan.

Pada minit ke-75 kemasukkan Nemanja Matic dan Edison Cavani menggantikan Jadon Sancho dan Paul Pogba menambah sengat Setan Merah dengan permainan penuh bersemangat dari Edison Cavani.

Percaturan genius Ole Gunnar Solskjaer pada minit ke-89 memasukkan pemain supersub Jesse Lingard dan senjata rahsia kesayangan ramai, Fred membuahkan hasil.

Kemasukkan dua pemain ini telah menghasilkan gol kemenangan Manchester United pada saat akhir perlawanan melalui Cristiano Ronaldo. Klasik Manchester United.

Hantaran yang tampak kelaut dari Fred berjaya ditanduk Cristiano Ronaldo yang mencari Jesse Lingard yang dikawal dua pemain Villarreal.

Menyaksikan kedudukan beliau membelakangi gawang, Jesse Lingard menolak kembali bola kepada Cristiano Ronaldo kembali yang segera melepaskan rembatan kencang.

Laungan SIU kembali bergema bukan sahaja di Old Trafford malahan turut bergegar ke media sosial. Ronaldo diangkat menjadi wira dan jasa Lingard dan Fred dilupakan.

Kesebelasan utama Manchester United : de Gea, Dalot, Varane, Lindelof, Alex Telles, Pogba, McTominay, Greenwood, Bruno Fernandes, Sancho, Ronaldo.

Pemain Simpanan : Bailly, Mata, Martial, Lingard, Fred, Cavani, Heaton, Henderson, Matic, van de Beek, Elanga.

Kesebelasan utama Villarreal: Rulli, Foyth, Albiol, Torres, Moreno, Parejo, Capoue, Trigueros, Pino, Alcacer, Danjuma.

Pemain Simpanan : Sergio Asenjo, Mario, Iborra, Estupinan, Dia, Pena, Mandi, Moi Gomez, Pedraza, Iosifov, Jorgensen.

Pengadil : Felix Zwayer (Jerman).

Champions League 2021/22: Young Boys 2-1 Manchester United

Manchester United berkunjung ke Wankdorf Stadion untuk beraksi bertemu Young Boys dalam perlawanan pembukaan saingan Champions League.

Setan merah pada musim lalu mengakhiri saingan liga di kedudukan kedua, seterusnya membantu mereka untuk mara ke saingan Champions League musim ini.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu berjaya mara ke aksi perlawanan akhir Europa League musim lalu, namun mereka ditewaskan oleh Villarreal menerusi penentuan sepakan penalti.

Bagi menghadapi saingan Champions League musim ini, Man United telah melakukan persiapan yang sangat rapi dengan menandatangani tiga pemain berprofil tinggi.

Setan merah berjaya melengkapkan perpindahan Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan musim panas ini.

Young Boys pula pada musim lalu telah menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam saingan Europa League, dengan mereka turut mengejutkan Bayer Leverkusen dengan kemenangan 6-3.

United jelas menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan bertemu Young Boys ini, apa lagi dengan mereka menurunkan skuad terbaik yang dimiliki.

Bermain di hadapan penyokong sendiri, Young Boys memulakan perlawanan dengan agak baik dan turut berjaya merencana beberapa gerakan merbahaya.

Manchester United kemudiannya berjaya melakukan serangan balas dan turut merencana beberapa serangan merbahaya untuk menguji gawang gol Young Boys.

Pada minit ke-13 permainan, Manchester United berjaya membuka tirai jaringan menerusi Cristiano Ronaldo yang menyudahkan percubaan awal dari Bruno Fernandes.

Selepas menjaringkan dua gol ketika debutnya dalam saingan Premier League bertemu Newcastle, Ronaldo kini berjaya meledak gol ketika aksi debutnya di pentas saingan Champions League, bersama Manchester United.

United dilihat lebih dominan sepanjang 30 minit permainan dengan mereka lebih banyak berpeluang untuk menambah gol berbanding Young Boys.

Pasukan tuan rumah turut sesekali berjaya melakukan percubaan namun kesemuanya berjaya dikawal dengan baik oleh De Gea dan barisan pertahanan United.

Pada minit ke-35 permainan, Aaron Wan Bissaka terpaksa mandi awal selepas beliau dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras ke atas pemain Young Boys.

Jaringan pendahuluan Cristiano Ronaldo kekal sehingga tamat aksi babak pertama permainan, dengan skuad setan merah kembali ke bilik persalinan dengan hati yang tenang.

Kekurangan seorang pemain, Ole Gunnar Solskjaer terpaksa mengeluarkan Sancho dan Van de Beek untuk memasukkan Diogo Dalot dan Raphael Varane.

Young Boys kemudiannya beberapa kali melakukan percubaan ke arah gawang gol United namun kesemuanya gagal untuk menghasilkan jaringan.

Pada minit ke-66, pasukan tuan rumah akhirnya berjaya merobek gawang gol United menerusi, Nicolas Ngamaleu.

Terkejut dengan gol itu, United dilihat semakin tertekan dengan Young Boys menguasai hampir 78% penguasaan bola.

Ole menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam berhadapan dengan situasi kekurangan pemain dengan mengeluarkan Ronaldo dan Fernandes pada minit ke-72 permainan.

Jesse Lingard dan Nemanja Matic dibawa masuk dalam usaha Ole untuk menstabilkan bahagian tengah dan mengurangkan beban barisan pertahanan beliau yang teruk di uji.

Young Boys terus menerus melancarkan serangan untuk mencari gol pendahuluan, namun mereka sebenarnya dilihat sudah berpuas hati dengan keputusan seri.

https://twitter.com/UntitledHK/status/1437858143564931077?s=19

Pasukan tuan rumah dilihat buntu untuk mencari gol dengan segala usaha mereka hanyalah berakhir dengan kegagalan.

Ketika perlawanan sudah hampir tamat, Jesse Lingard telah melakukan satu kesilapan ultimate dungu, dengan beliau menghantar bola ke dalam kotak penalti, tetapi jauh dari kaki De Gea.

Tidak tahu apa hasrat dan perancangan beliau, namun beliau seolah-olah melakukan hantaran terus mencari Jordan Siebatcheu yang kemudiannya tenang menewaskan De Gea untuk gol kemenangan Young Boys.

Ia merupakan kekalahan yang sungguh perit dan pahit untuk ditelan, dek kerana United bertahan dengan pelbagai ujian, namun hanya kerana kedunguan Lingard, mereka terpaksa dihukum dengan kekalahan.

Pengadil perlawanan kemudiannya membunyikan wisel penamat, dengan para pemain Young Boys bergembira meraikan kejayaan mereka menewaskan pilihan utama kejohanan Manchester United.

Ia jelas sekali permulaan yang tidak begitu baik untuk Manchester United dalam saingan Champions League pada musim ini, dengan mereka mencatatkan kekalahan pertama di tangan pasukan bukan pilihan.

YOUNG BOYS (4-2-3-1): Von Ballmoos 6.5; Hefti 7 (Sulejmani 83), Camara 6.5, Lauper 7 (Zesiger 90+2), Garcia 6.5; Sierro 6 (Siebatcheu 46), Martins Pereira 7 (Rieder 82); Fassnacht 6, Aebischer 7, Ngameleu 8; Elia (Kanga 90+2). Subs: Zbinden, Faivre, Spielmann, Jankewitz, Burgy, Mambimbi, Maceiras.

Penjaring: Moumi 66, Siebatcheu 90+5

Kad kuning: Martins Pereira, Fassnacht

Pengurus: David Wagner 8

MAN UTD (4-2-3-1): De Gea 6; Wan-Bissaka 4, Lindelof 6, Maguire 6.5, Shaw 6.5; Van de Beek 6 (Varane 46, 5.5), Fred 6 (Martial 89); Sancho 6 (Dalot 37, 6), Fernandes 7 (Matic 72, 6), Pogba 5; Ronaldo 6.5 (Lingard 72, 4).

Pemain simpanan: Heaton, Kovar, Bailly, Mata, Greenwood, Elanga.

Penjaring: Ronaldo 13

Kad Merah: Wan-Bissaka

Kad kuning: Varane

Pengurus: Ole Gunnar Solskjaer 5.5

Pengadil: Francois Letexier (France) 7

Sumber line up: Daily Mail

BACA:  Premier League 2024/25:Joshua Zirkzee Wira Kemenangan United