Skuad kendalian Jurgen Klopp melayan kunjungan Porto ke bumi Anfield untuk aksi perlawanan kelima peringkat kumpulan B, saingan Champions League.
Liverpool sudah berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik selepas mereka sebelum ini mencatatkan empat kemenangan dari empat perlawanan.
Perlawanan ini sebenarnya sekadar melengkapkan jadual sahaja untuk anak-anak buah Jurgen Klopp, dan kerana itulah the Reds tidak menurunkan skuad terbaik mereka.
Liverpool are the only Premier League team with a 100% record in Europe this season:
🔴 3-2 vs Milan
🔴 5-1 vs Porto
🔴 3-2 vs Atleti
🔴 2-0 vs Atleti
🔴 2-0 vs PortogRoUp oF dEaTh. 🤪 pic.twitter.com/PRZ6B0o3C8
— William Hill (@WilliamHill) November 24, 2021
Alisson Becker turun sebagai ketua pasukan dengan pemain seperti Virgil Van Dijk, Andy Robertson, Trent Alexander Arnold, Diogo Jota diletakkan di bangku simpanan.
Sementara Porto pula sedang berada di kedudukan kedua dalam saingan peringkat kumpulan, dengan mereka sebelum ini merekodkan satu kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.
Satu-satunya kekalahan mereka dalam saingan Champions League musim ini adalah kekalahan besar 5-1 di tangan Liverpool pada September lalu.
Sepuluh minit pertama perlawanan dilihat agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
#LFC break astonishing 82-year record in Porto victoryhttps://t.co/oqw5Zbl6cX
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) November 24, 2021
Masuk 20 minit pertama, perlawanan masih seimbang dengan kedua-dua pasukan masih bermain dengan corak permainan berhati-hati.
Pada minit ke-37, Sadio Mane berjaya membuka tirai jaringan untuk Liverpool, selepas beliau menyempurnakan hantaran cantik dari Thiago Alcantara.
Gol tersebut walau bagaimanapun telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana mendakwa Sadio Mane berada di kedudukan offside sebelum menerima umpanan dari Thiago.
Sebelum tamat aksi separuh masa pertama, kedua-dua pasukan berjaya melancarkan beberapa siri serangan ke kubu lawan masing-masing, namun tiada jaringan yang berjaya dihasilkan.
Level at the break, after Mane’s goal was ruled out for offside. #LIVPOR
— Liverpool FC (@LFC) November 24, 2021
Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi persembahan yang sangat menghiburkan.
Masuk aksi babak kedua perlawanan dilihat semakin rancak dengan aksi serang menyerang dari kedua-dua pasukan.
Pada minit ke-53 permainan, hasil dari satu sudut sepakan percuma, Thiago Alcantara berjaya menjaringkan gol yang cukup padu untuk Liverpool mendahului 1-0.
Oxlade-Chamberlain mengambil sepakan percuma dengan bola rembatan beliau berjaya ditanduk keluar oleh pemain Porto.
Thiago Alcantara has been elected Liverpool Man of the Match against Porto.
Congrats Thiago 👏❤️#LIVPOR #LFC 🔴 pic.twitter.com/jTzzVDNu6j
— Liverpool FC 🔴 (@Reds_ENG) November 24, 2021
Bola yang dikeluarkan oleh pemain Porto itu sampai betul-betul di hadapan Thiago Alcantara yang sedang berada di luar kotak penalti.
Bintang Sepanyol itu kemudiannya melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti mencari sudut tepi gawang gol Costa untuk gol pembukaan Liverpool.
Liverpool seolah-olah mendapat tenaga tambahan selepas dari mendahului Porto dengan mereka lebih kerap melancarkan serangan pada aksi babak kedua permainan.
Takumi Minamino kemudiannya berjaya meledak gol kedua untuk Liverpool selepas menyempurnakan bola percubaan Sadio Mane dari dalam kotak penalti.
FULL-TIME!
LIVERPOOL 🔴 2-0 PORTO ⚪️
WHAT A WIN 😍#LIVPOR #LFC 🔴 pic.twitter.com/pMRoUeuvzA
— Liverpool FC 🔴 (@Reds_ENG) November 24, 2021
Pengadil perlawanan membatalkan gol tersebut kerana mendakwa Takumi Minamino berada dalam kedudukan offside ketika menerima bola percubaan dari Mane itu.
Pada minit ke-71, Liverpool berjaya juga memperoleh gol kedua mereka dalam perlawanan ini menerusi Mohamed Salah hasil umpanan dari Jordan Henderson.
Ia merupakan satu gerakan yang sungguh cantik dan menakjubkan dari Liverpool yang bermula dari bawah ke atas.
Bola hantaran jauh dari Morton disambung dengan hantaran cantik dari Jordan Henderson dan disempurnakan dengan cukup kemas oleh Mo Salah untuk menewaskan Costa.
Kostas Tsimikas vs FC Porto:
51 touches
3/3 tackles won (100%)
5/6 dribbles completed
4/4 ground duels wonLiverpool are still yet to lose when Tsimikas has started.
⚽️ 8 starts
✅ 8 wins
⛔️ 8 clean sheets pic.twitter.com/xXYPvh8uE4— Watch LFC (@Watch_LFC) November 24, 2021
Liverpool lebih kerap melancarkan serangan dan sedikit mendominasi aksi babak kedua dalam perlawanan ini namun masih tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.
Perlawanan tamat dengan Liverpool berjaya merekodkan kemenangan kelima mereka dari lima perlawanan awal dalam saingan peringkat kumpulan.
Porto kekal di kedudukan kedua selepas Atletico Madrid gagal untuk mencatatkan kemenangan bertemu AC Milan, seterusnya menyebabkan gergasi La Liga itu sah tersingkir dari saingan Champions League musim ini.
Liverpool (4-3-3): Alisson 6: Williams 6.5, Matip 7, Konate 6, Tsimikas 6 (Robertson 63 6.5); Oxlade-Chamberlain 6 (Milner 82), Morton 7, Thiago 7.5 (Henderson 63 6); Salah 8 (Fabinho 71 6), Minamino 5.5, Mane 6 (Origi 71 6)
Pemain simpanan: Adrian (Gk), Kelleher (Gk), Alexander-Arnold, Phillips, Van Dijk, Jota
Penjaring: Thiago 52, Salah 70
Kad kuning: Konate, Milner
Porto (4-4-2): D Costa 6: Joao Mario 7, Pepe 6.5 (Cardoso 25), Mbemba 5.5, Sanusi 6; Otavio 6.5, Uribe 5.5 (Grujic 76 6), Oliveira 6.5 (Vitinha 64 6), Diaz 6.5; Evanilson 6 (Martinez 76 6), Taremi 6 (Conceicao 64 6)
Full time
Liverpool 2-0 Porto
5/5 for the Reds in Group B, thanks to a Thiago stunner and a Salah special 🔴#LFC pic.twitter.com/QHaL1eq0EQ
— Neil Jones (@neiljonesgoal) November 24, 2021
Pemain simpanan: Marchesin (Gk), Cardoso, Corona, Managod, Wendell, B Costa, Vieira
Kad kuning: Uribe, Mbemba
Pengadil: Felix Zwayer 6
Highlights Champions League: Porto 1-5 Liverpool
Skuad kendalian Jurgen Klopp berkunjung ke Estadio do Dragao untuk bertemu Porto dalam aksi peringkat kumpulan B saingan Champions League.
Liverpool di undi untuk berada dalam kumpulan B bersama Porto, AC Milan dan Atletico Madrid dengan kumpulan mereka dianggap kumpulan maut dalam kejohanan musim ini.
The Reds memulakan kempen Champions League musim ini dengan mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan AC Milan.
5 – This will be the fifth time Liverpool have faced FC Porto in the UEFA Champions League under Jürgen Klopp– they’ve won more games (3), scored more goals (11) and kept more clean sheets (3) against them than any other opponent in the competition under Klopp. Favourite. pic.twitter.com/SStzb5kuUU
— OptaJoe (@OptaJoe) September 28, 2021
Porto sementara itu hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan bertemu Atletico Madrid di Wanda Metropolitano.
Melihat kepada rekod pertemuan sebelum ini, Liverpool jelas lebih berpotensi untuk pulang dengan mengutip tiga mata penuh.
Kedua-dua pasukan turut menurunkan kesebelasan terbaik mereka dalam perlawanan ini dengan harapan untuk mencatatkan kemenangan, seterusnya mengukuhkan kedudukan untuk mara ke pusingan kalah mati.
Trent Alexander Arnold masih belum boleh diturunkan dek kerana beliau mengalami kecederaan otot dan tempatnya telah diisi oleh James Milner.
James Milner starts for Liverpool against Porto as injury blow confirmed.
Team news in full via @ptgorst 👇 #lfc https://t.co/QW9t73HXhB
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 28, 2021
Lima minit pertama perlawanan berlangsung dengan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan dilihat sering berbalas serangan, namun tiada serangan merbahaya yang berjaya dilakukan.
Liverpool dilihat sedikit dominan dengan bola lebih kerap berada di kawasan mereka berbanding masuk ke kotak penalti Liverpool.
10 minit pertama, perlawanan masih berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi serang menyerang yang sangat menarik untuk ditonton.
Barisan pertahanan dan jentera serangan kedua-dua pasukan berfungsi dengan sangat bagus namun bahagian midfield tidak begitu menyerlah.
Porto terpaksa melakukan pertukaran awal dengan mengeluarkan Otavio yang dilihat seperti mengalami kecederaan dan digantikan oleh Fabio Vieira.
The home side forced into an early switch as Otavio is replaced by Fabio Vieira.
Pepe was also replaced during the warm-up, with Cardoso starting instead.
Porto 0-0 Liverpool#PORLIV #UCL https://t.co/R5uSYzj3tT
— Indy Football (@IndyFootball) September 28, 2021
Pada minit ke-17, Mo Salah berjaya membuka tirai jaringan untuk Liverpool selepas beliau mudah menolak bola di hadapan gawang gol yang sudah terbuka luas untuknya.
Jones membawa bola masuk ke dalam kotak penalti sebelum beliau melepaskan rembatan padu yang diselamatkan oleh penjaga gol Porto.
Bola yang ditepis oleh Diogo Costa muntah terkena Zaidu Sanusi sebelum Salah mudah menolak masuk bola untuk gol pendahuluan Liverpool.
Dari lapan perlawanan terakhir Mo Salah dalam semua pertandingan, beliau berjaya menjaringkan gol dalam semua perlawanan tersebut kecuali aksi ketika bertemu Burnley.
‘The Egyptian King’ sepertinya memulakan saingan musim ini dengan semangat dan gaya permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan membuatkan beliau merupakan nadi penting untuk The Reds.
Mohamed Salah has played in eight games across all competitions for Liverpool this season:
⚽️ vs. Norwich
◎ vs. Burnley
⚽️ vs. Chelsea
⚽️ vs. Leeds
⚽️ vs. Milan
⚽️ vs. Palace
⚽️ vs. Brentford
⚽️ vs. PortoOnly Burnley have shut him out so far this campaign. pic.twitter.com/6r28CixJZE
— Squawka Football (@Squawka) September 28, 2021
25 minit pertama permainan, Porto berjaya menyeimbangi perlawanan dengan tidak membenarkan Liverpool terlalu dominan.
Kedua-dua pasukan masih lagi mempamerkan aksi serang menyerang, namun serangan dari Liverpool dilihat lebih merbahaya berbanding Porto.
Masuk minit ke-30 Liverpool masih mendominasi permainan dengan mereka menguasai 70% penguasaan bola dan lebih kerap melakukan serangan ke kubu Porto.
Masuk minit ke-40 Liverpool masih lagi dominan, namun sesekali Porto berjaya melancarkan serangan ke kubu mereka, namun tiada percubaan merbahaya yang berjaya dilakukan.
Pada minit ke-41, Liverpool hampir saja menggandakan kedudukan menerusi sepakan percuma Jordan Henderson, namun Diogo Costa berjaya menafikan rembatan tersebut dengan aksi penyelamatan yang sungguh menakjubkan.
Chelsea ⚽️
Leeds ⚽️
AC Milan ⚽️
Crystal Palace ⚽️
Brentford ⚽️
Porto ⚽️@MoSalah has netted in his last six Reds appearances 🔥⚽️ pic.twitter.com/IgWbyMaBpu— Liverpool FC (@LFC) September 28, 2021
Pada minit terakhir aksi babak pertama permainan, Liverpool berjaya menggandakan kedudukan menerusi Sadio Mane hasil hantaran James Milner.
Milner membawa bola dari tepi dan melakukan hantaran lintang masuk ke kotak penalti, dengan bola hantaran dari pemain veteran Liverpool itu hanya mampu dilihat sahaja oleh pertahanan dan penjaga gol Porto.
Mane yang berada di belakang mudah menolak bola tersebut untuk menewaskan Diogo Costa yang sudah tidak mampu untuk menyelamatkan bola tersebut.
Aksi babak pertama tamat dengan Liverpool mendahului Porto 2-0 dengan mereka turut mendominasi hampir keseluruhan aksi babak pertama permainan.
Liverpool's top scorers away from home in the Champions League/European Cup:
🇪🇬 Mohamed Salah (12)
🇸🇳 Sadio Mané (12)Sharing the load. pic.twitter.com/PvpvmmVqZ2
— Squawka Football (@Squawka) September 28, 2021
Lima minit pertama aksi babak kedua permainan, Porto dilihat lebih tenang dan teratur dengan mereka beberapa kali berjaya melancarkan serangan ke gawang gol Liverpool.
The Reds turut berpeluang untuk menambah jaringan, namun beberapa percubaan mereka gagal untuk menewaskan Costa untuk kali yang ketiga.
Minit ke-59 permainan, Liverpool berjaya memperoleh gol ketiga mereka dalam perlawanan ini menerusi Mo Salah yang menyempurnakan hantaran cantik dari Jones.
Jones membawa bola dari tepi masuk ke dalam kotak penalti, dengan beliau kemudiannya berjaya melorongkan bola tepat ke arah Mo Salah yang tidak di kawal.
WHO ELSE BUT THE KING HIMSELF? 😍😍
Mohamed Salah adds his second of the night and makes it 3 for Liverpool 🇪🇬👑
Form of his life 💪❤️ pic.twitter.com/NkwGGRKZN4
— KingFut.com (@King_Fut) September 28, 2021
Salah kemudiannya menerima bola hantaran Jones, dengan beliau tenang mengawal bola tersebut sebelum melepaskan rembatan menewaskan Costa untuk gol ketiga Liverpool.
Minit ke-74, Porto berjaya membuka tirai jaringan mereka dalam perlawanan ini menerusi Mehdi Taremi yang menanduk padu bola hantaran dari Fabio Vieira.
Fabio Vieira tenang mengawal bola di kawasan Liverpool sebelum beliau melambungkan bola masuk ke kotak penalti.
Bola tersebut gagal ditanduk oleh Van Dijk dengan Mehdi Taremi pantas menanduk padu bola menewaskan Alisson Becker.
[#UCL] PORTO 🇵🇹 1-3 🏴 LIVERPOOL
⚽️ BUUUUUUUUUUUUUUT DE TAREMI !#PORLIV pic.twitter.com/9BjPfPsc01
— Footballogue⭐️⭐️ (@Footballogue) September 28, 2021
Liverpool tidak menunggu lama untuk membalas gol tersebut dengan Roberto Firmino berjaya menjaringkan gol keempat untuk Liverpool pada minit ke-77 permainan.
Firmino menerima bola hantaran Jones dengan beliau menahan bola menggunakan pehanya, sebelum kembali memenangi bola tersebut.
Memandangkan Costa sudah mara ke atas, Firmino kemudiannya sekadar melepaskan rembatan leret ke arah gawang gol Porto yang sudah kosong.
Costa melakukan kesilapan dengan beliau naik terlalu pantas dan kesilapan beliau itu dihukum oleh Roberto Firmino untuk gol keempat Liverpool.
(⏱ 78') ⚽️ BUUUUT DE ROBERTO FIRMINO !!!
PORTO 🇵🇹 1-4 🏴 LIVERPOOL#UCL | #FCPLIV pic.twitter.com/mzjoePHvLT
— BeFoot (@_BeFoot) September 28, 2021
Pada minit ke-81, Firmino sekali lagi merobek gawang gol Porto selepas beliau memanfaatkan bola muntah rembatan dari Jones.
Jones merembat padu bola dari luar kotak penalti, dengan bola kemudian terkena pemain pertahanan Porto, sebelum Firmino memenangi bola tersebut seterusnya melepaskan rembatan untuk menewaskan Costa.
Pengadil awalnya membatalkan gol tersebut kerana mendakwa Firmino berada dalam kedudukan offside, namun selepas merujuk VAR, beliau mengesahkan gol tersebut untuk Liverpool mendahului Porto 5-1.
GOOOOOOOOOOOOL DO LIVERPOOL!!!
FIRMINO (2)!!!
Porto 1 x 5 Liverpool #LFC #ChampionsNaHBOMax pic.twitter.com/h2i0swwWT0
— Central LFC Brasil (@central_lfc_br) September 28, 2021
Di hujung-hujung minit permainan, Liverpool mempunyai beberapa kesempatan emas untuk menambah jaringan, namun mereka gagal untuk memanfaatkan kesemua peluang yang ada.
Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat, seterusnya mengesahkan kenduri gol Liverpool menewaskan Porto 5-1 di Estadio do Dragao.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kini merupakan pendahulu kumpulan B, selepas mereka mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan awal.
Porto sementara itu berada di kedudukan ketiga dalam saingan peringkat kumpulan B, dengan mereka mengumpul satu mata.
Porto: Costa, Corona, Cardoso, Marcano, Sanusi (Wendell 56), Otavio, Oliveira (Pepe 67), Uribe (Vitinha 56), Diaz, Taremi, Martinez (Grujic 46)
Pemain simpanan: Marchesin, Conceicao, Manafa, Mario, Costa, Evanilson, Nanu, Vieira
Penjaring: Taremi 75
Pengurus: Sergio Conceicao
Liverpool: Alisson, Milner (Gomez 66), Matip, van Dijk, Robertson, Henderson (Oxlade-Chamberlain 73), Fabinho, Jones, Salah (Firmino 67), Jota (Origi 88), Mane (Minamino 67)
Pemain simpanan: Konate, Keita, Adrian, Tsimikas, Phillips, Kelleher, Williams
Penjaring: Salah 18, 60, Mane 45, Firmino 77, 81
Pengurus: Jurgen Klopp
Sumber line up: Daily Mail