Lukaku Anggap Dirinya ‘Sarjan’ Dalam Skuad Jose Mourinho

Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku percaya Jose Mourinho melihat dirinya sebagai seorang ‘sarjan’ setiap kali Manchester United beraksi di atas padang.

Dalam satu temubual ekslusif bersama Skysports menjelang pertemuan getir menentang Liverpool hujung minggu ini, Lukaku percaya Mourinho melihat beliau sebagai seorang yang bekerja keras di atas padang dan beliau nekad mahu membalas kepercayaan Mourinho terhadapnya dengan membantu United memenangi trofi pada masa hadapan.

Sarjan Misai

Liverpool dan Manchester United bakal berentap Sabtu ini di gelanggang keramat United iaitu Old Trafford. Mereka hanya dipisahkan 2 mata sahaja dari satu sama lain, dengan United berada di tangga ke-2 diikuti dengan Liverpool di tangga ke-3.

Persaingan untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan memasuki fasa penting dengan 4 pasukan mengintai peluang untuk mengakhiri musim di tangga ke-2 sehingga ke-4. Selain Liverpool dan Manchester United, Tottenham dan Chelsea dilihat masih lagi berpeluang untuk menduduki slot automatik ke Liga Juara-Juara.

Dengan liga hanya berbaki 9 perlawanan sahaja lagi, kedudukan Manchester City sudah tidak tercabar lagi dan Mourinho dipetik berkata sebelum ini yang United mahu menghabiskan musim di kedudukan ke-2 dalam Liga Perdana Inggeris.

Manchester United Power bersedia merobek gawang Liverpool This Year Is Our Year

Dan pertemuan dua pasukan yang sudah lama bermusuh hujung minggu ini bakal mempengaruhi kedudukan mereka dalam liga ketika ini. Mourinho sudah tentu meletakkan harapan tinggi terhadap Lukaku untuk mengetuai jentera serangan mereka bagi membolosi barisan pertahanan Liverpool yang semakin kukuh kebelakangan ini.

Lukaku merupakan pemain yang dibawa masuk Mourinho musim panas lalu dari Everton dengan nilai perpindahan sekitar £75juta. Lukaku diletakkan dalam kesebelasan utama sebanyak 28 kali dari 29 perlawanan Liga Perdana Inggeris yang telah diharungi United.

Untuk tahun 2018, Lukaku berjaya menjaringkan 8 gol dan mencatatkan 3 assists dari 11 penampilan beliau dalam semua pertandingan. Mourinho telah beberapa kali memuji sumbangan Lukaku kepada Manchester United musim ini, dimana kepentingan Lukaku bukan sahaja terletak pada gol tetapi juga penglibatan beliau dalam satu unit.

Lukaku sedar penghargaan Mourinho terhadapnya dan berpendapat beliau adalah pemain penting dalam skuad United. Pemain antarabangsa Belgium ini juga menggunakan analogi tenteta untuk menggambarkan peranan beliau dalam skuad Jose Mourinho.

Kepentingan pasukan melebihi individu

“Saya rasa Mourinho melihat saya sebagai seorang ‘sarjan’ di atas padang. Ia agak janggal buat seorang penyerang menerima perana tersebut kerana ia selalunya digalas oleh pemain tengah. Tetapi saya bekerja keras setiap hari dan sebagai seorang penyerang, anda harus menjaringkan gol dengan banyak.”

“Saya percaya Mourinho sedar saya bekerja keras untuk pasukan. Saya meletakkan pasukan melebihi kepentingan individu dan ia merupakan perkara yang saya beritahu beliau dimana pasukan adalah perkara terpenting.”

“Keinginan untuk memenangi sesuatu semakin memuncak sejak saya menyertai kelab ini. Saya seorang pemain yang dahagakan kemenangan dan mengejar trofi. Saya meletakkan perkara tersebut di hadapan objektik peribadi saya dan Mourinho sedar mengenainya.”

BACA:  Ole Gunnar Solskjaer Secara Rasminya Sah Dipecat Manchester United