Kelab gergasi La Liga, Barcelona, telah mengalami satu peristiwa yang tak pernah terjangkau dek fikiran bukan sahaja para peminat mereka, malah peminat bola sepak di seluruh dunia khususnya.
Kelab Catalan tersebut telah sah akan bermain di Liga Europa pada tahun depan selepas tewas tiga gol tanpa balas kepada Bayern Munich di Allianz Arena.
Barcelona will play Europa League football for the first time since it was the UEFA Cup in 2003-04 😐 pic.twitter.com/93vUGRg98N
— B/R Football (@brfootball) December 8, 2021
Sebelum perlawanan bermula, anak buah Xavi sedar bahawa hanya kemenangan sahaja bakal menyelamatkan mereka sekaligus layak ke pusingan kalah mati. Pada masa yang sama, mereka juga berharap Dynamo Kiev dapat mencuri mata daripada Benfica agar mereka dapat meletakkan pasukan mereka di tangga kedua kumpulan.
Walaubagaimanapun, segala keputusan perlawanan Barcelona menjadi tidak lagi relevan sebaik sahaja Benfica berjaya menewaskan Kiev dua gol tanpa balas di tempat sendiri.
Barcelona memulakan perlawanan dengan longlai dan serba tidak menjadi. Kapten Sergio Busquets telah dilayangkan kad kuning seawal minit ketiga dan ketika perlawanan baru sahaja masuk ke minit yang ke-15, Ronald Araujo pula mendapat kad yang sama.
Pada minit keenam, Barcelona berjaya melakukan satu cubaan bahaya menerusi Jordi Alba yang merembat bola ke penjuru kanan gawang Bayern, namun penjaga gol Manuel Neuer dengan tenang menangkap kemas bola tersebut.
Minit ke-27 menyaksikan Bayern hampir mendahului lawan selepas anak buah Lim Tiong Kim, Thomas Mueller, melakukan larian bersama bola di sebelah kiri padang, sebelum menghantar bola ke dalam kotak penalti untuk disambar oleh bekas bakal pemenang Ballon d’Or, Robert Lewandowski.
Lewandowski bagaimanapun gagal menolak bola ke gawang Barcelona selepas Ter Stegen terlebih dahulu menampan bola tersebut.
Walaubagaimanapun, mimpi ngeri Barcelona bermula pada minit ke-33, berpunca daripada larian Lewandowski dari sebelah kiri padang. Dia kemudiannya menghantar bola ke dalam kotak penalti dan ditanduk secara gelembung oleh Mueller, melemaskan Ter Stegen, ke dalam gol Barca.
Araujo sempat menampan dan menendang keluar bola tersebut, namun dengan teknologi yang ada pada hari ini, pengadil telah mengesahkan bahawa bola sebenarnya sudah masuk ke dalam gol lantas membawa kepada teriakan kuat Mueller yang dapat didengari dengan jelas dek bermain di dalam stadium yang kosong tanpa kehadiran penyokong.
Pada minit ke 43, Leroy Sane telah memerah asam limau ke luka Barcelona apabila menjaringkan gol cantik sekali lagi menewaskan Ter Stegen.
Sebaik menerima bola daripada Kingsley Coman, Sane yang tidak dicabar terus melakukan rembatan padu dari luar kotak penalti, membuatkan penjaga gol Barcelona sekadar mampu melihat dalam kelemasan meminta simpati.
Pada awal separuh masa kedua, Sane berpeluang untuk menjaringkan gol ketiga perlawanan. Dia yang sekali lagi menerima bola umpanan Coman di dalam kotak penalti dan hanya berhadapan dengan gol yang terbuka kerana Ter Stegen sudahpun terbaring, memilih untuk melakukan passing kepada penjaga gol Barcelona tersebut.
Sungguh mulia hati Sane. Mungkin dia ingin menjaga hati pemain Barcelona.
Walaubagaimanapun, pada minit ke-63, Jamal Musiala atau lebih dikenali sebagai Abang Jamal di kalangan pemain Bayern telah menamatkan cabaran Barcelona bukans sahaja dalam perlawanan ini, malah dalam Liga Juara-Juara apabila dia dengan mudah menolak bola cut back daripada Aphonso Davies dari sebelah kiri.
Gol ini ternyata merenggut semangat dan jiwa semua bangsa Barcelona di seluruh dunia.
Buat kali pertama sejak musim 2003-04, Barcelona gagal layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara UEFA, dan akan bermain dalam Liga Europa.
Kekalahan Barcelona ini mendapat perhatian para peminat bola sepak di seluruh dunia dan mereka menterjemahkannya ke dalam ciapan-ciapan mereka.
El @FCBarcelona_es que prometían #Xavi y @JoanLaportaFCB que romperían y harían historia en Múnich, ha firmado otro nuevo hundimiento histórico en la #UCL ante el mejor club del mundo.
Sin Messi no son nadie y no se coordinan correctamente en táctica ni precisión. Están acabados pic.twitter.com/d4yDtjdD8e
— ESPAÑA PREVALECERÁ 🇪🇸 (@PatriotaVOX) December 8, 2021
Humillada a los Xavi Boys
— Juan Enrique Loayza (@juan_lz23) December 8, 2021
#ChiringuitoBarcelona Es fantástico que sigan apoyando a Xavi, así acabarán a 30 puntos del Líder de la Liga, eso sí no luchan por no descender.
— conhonor 🔻 🇪🇸🇪🇺 (@conhonor3) December 8, 2021
Maradona era el mejor jugador del mundo,y como entrenador ,no ha sido nadie.
A Xavi hay que darle tiempo.— Jose.Marquez67 (@Jose28630706) December 8, 2021
Barcelona’s first season without Messi are going to play Europa League footy and are outside the top 4.
— 🦅 (@Ani7ii) December 8, 2021
Barcelona look mentally broken. Its sad really.
— King Manu (@NeuerWorld) December 8, 2021
Tahun 2021 menyaksikan kejatuhan yang menjunam buat Barcelona. Mereka terpalit isu hutang kelab yang mencecah 1 billion Euro, tidak dapat membeli pemain baharu, dan paling berat, mereka terpaksa berpisah dengan pemain legenda – Lionel Messi – yang telah menyertai kelab Perancis, Paris Saint-Germain.
Pada musim lalu, sebaik sahaja Ronald Koeman mengambil alih jawatan selaku ketua jurulatih, dia telah bertindak menyingkirkan beberapa pemain utama termasuk Luis Suarez yang kemudiannya menjulang kejuaraan La Liga bersama Atletico Madrid, manakala Barcelona sekadar berpuas hati di tangga ketiga.
Musim ini, selepas terperosok jauh di belakang pendahulu liga, Barcelona telah bertindak memecat Koeman dan memanggil legenda kelab, Xavi untuk mengendalikan pasukan.
Pada awalnya, pelantikan Xavi ini mendapat pujian dan perhatian para penyokong kelab Catalan ini memandangkan dia mempunyai rekod yang baik bersama pasukan di Liga Qatar, Al Sadd.
Tambahan pula, dia mampu mengatur pasukan tersebut untuk bermain bola sepak ala-ala tiki taka persis ketika era kemuncak Barcelona ketika dikendalikan oleh Joseph Guardiola.
Walaubagaimanapun, Xavi setakat ini dilihat masih belum mampu mencari penawar kepada penyakit yang dihidapi oleh Barcelona ini.