Chanatip Songkrasin mempamerkan aksi FIFA Street ketika mengayam-ayamkan Phan Van Duc dalam aksi pertemuan Thailand bertemu Vietnam malam semalam.
‘Messi Thailand’ itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika kejayaan Thailand menewaskan Vietnam malam semalam.
Beliau berjaya menjaringkan dua gol untuk membantu Thailand menewaskan Vietnam dengan keputusan 2-0 dalam aksi peringkat separuh akhir pertama saingan AFF Suzuki Cup.
That skill from Chanathip 💥
エグw pic.twitter.com/SnYDRT4uLx— J. League Now (@j_league_now) December 23, 2021
Kedua-dua pasukan ini merupakan calon kegemaran untuk memenangi kejohanan pada tahun ini, namun mereka telah dipertemukan di peringkat separuh akhir.
Akai separuh akhir ini dianggap final sebenar oleh para peminat kerana ia menemukan dua gergasi di rantau Asia Tenggara ini.
Vietnam layak ke peringkat separuh akhir sebagai naib juara kumpulan B, sementara Thailand pula mara sebagai juara dari saingan kumpulan A.
Apa yang menariknya, kedua-dua pasukan layak ke peringkat separuh akhir dengan mereka tidak mencatatkan sebarang kekalahan ketika aksi peringkat kumpulan.
Chanatip Songkrasin Sudah Lupakan Kegagalan Penaltinya #Berita #International #TopNewshttps://t.co/Cdyy4R4n6U
— Football5star (@Football5star) December 24, 2021
Thailand memiliki rekod 100% di peringkat kumpulan dengan mereka mencatatkan empat kemenangan dari empat perlawanan.
Mereka juga hanya mencatatkan satu sahaja bolos dari kesemua empat perlawanan tersebut dan turut merekodkan 10 gol.
Vietnam pula dari empat perlawanan peringkat kumpulan, mereka berjaya merekodkan tiga kemenangan dan hanya mencatatkan satu sahaja keputusan seri.
Lebih menakjubkan lagi, skuad kendalian Park Hang-seo itu berjaya merekodkan clean sheet dari kesemua aksi peringkat kumpulan, dan turut cemerlang merekodkan sembilan gol.
Vietnam 0 – 1 Thailand
Gol oleh Chanathip Sokrasin pada minit ke 14 pic.twitter.com/PSvVhc68Xg
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 23, 2021
Kedua-dua pasukan ini sudah sememangnya dianggap calon kegemaran sejak dari awal lagi dan selepas melihat aksi persembahan mereka di peringkat kumpulan, ia makin mengukuhkan dakwaan yang menganggap merekalah dua pasukan terhebat di rantau ini.
Park Hang-seo tukar taktikal menyerang babak kedua permainan
Pemain yang bermain bersama Hokkaido Consadole itu telah membuktikan tentang mengapa beliau dianggap pemain paling bernilai di rantau Asia Tenggara ini selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.
Terdapat satu insiden dalam perlawanan ini yang memperlihatkan bagaimana Chanatip Songkrasin mempamerkan aksi FIFA Street ketika berdepan dengan Phan Van Duc.
Vietnam 0 – 2 Thailand
Gol oleh Chanathip Sokrasin pada minit ke 23 pic.twitter.com/RZMFrv89cu
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 23, 2021
Ketinggalan 2-0, Park Hang-seo memutuskan untuk mengeluarkan dua pemain penyerang beliau Nguyen Tuan Anh dan Nguyen Van Toan untuk memasukkan Nguyen Tien Linh dan Phan Van Duc sebaik bermula aksi babak kedua permainan.
Beliau memasukkan dua pemain penyerang itu jelas sekali dengan tujuan untuk mencari gol dan merasakan dua pemain yang dikeluarkan itu tidak begitu memberi impak dalam perlawanan ini.
Kemasukkan dua pemain itu walau gagal menjaringkan gol namun mereka kerap menguji gawang gol Thailand dan turut beberapa kali hampir untuk menjaringkan gol.
Jentera serangan Vietnam nampak semakin hidup selepas pertukaran pemain itu dilakukan, namun sayangnya tiada gol yang berjaya dihasilkan.
Chanatip pamer aksi FIFA Street
Malang untuk Phan Van Duc apabila beliau terlibat dalam satu insiden yang memperlihatkan bagaimana beliau diayam-ayamkan oleh ‘Messi Thailand’.
Chanatip Songkrasin = Messi Thailand 🥶🤟🏻 https://t.co/f1bBgpUNqQ
— 𝐆𝐞𝐧𝐣𝐢. (@_afqdnl) December 23, 2021
Beliau ketika itu mengawal Chanatip di sudut tepi padang dan sedang dalam usaha untuk menghalang Messi Thailand itu masuk ke kawasan Vietnam untuk melancarkan serangan.
Chanatip ketika itu dilihat tenang mengawal bola ketika berdepan Phan Van Duc dan beliau cemerlang melakukan aksi FIFA Street untuk melepasi pemain Vietnam itu.
Beliau menarik bola ke belakang kemudiannya melakukan flick ke sisi belakang sebelum menolak semula bola ke depan dengan gerakan kaki yang cukup pantas.
Chanatip kemudiannya menolak bola melepasi Van Duc yang sudah hilang arah seterusnya mudah melepasi pemain Vietnam itu untuk melancarkan serangan ke kawasan lawan.
Phan Van Duc jelas tidak mampu melakukan apa-apa melainkan hanya bersedia untuk tutup kangkang kerana bimbang Chanatip akan melakukan nutmeg untuk melepasinya.
Pehhh memang padan dengan gelaran Messi Thailand. Chanatip Songkrasin betul-betul another level punya pemain dekat Asia Tenggara ni. pic.twitter.com/NGu2llP8s9
— shikh saiful rizal (@ShikhRizal) December 24, 2021
Pengulas ESPN sendiri terpukau dan terpegun melihat aksi Chanatip Songkrasin yang seolah-olah sedang bermain futsal untuk melepaskan diri dari kawalan pemain Vietnam itu.
Messi Thailand jaringkan gol yang menakjubkan
Perlawanan yang menemukan kedua-dua pasukan ini sangat menarik untuk ditonton dengan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi saling berbalas serangan.
Thailand terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 permainan menerusi Chanatip Songkrasin yang memanfaatkan kesilapan dari pemain Vietnam sendiri.
Hasil dari satu serangan balas yang dilakukan oleh Thailand dan kesilapan pemain pertahanan yang membuka ruang kepada Chanatip, ditambah pula penjaga gol yang keluar terlalu awal, mudah untuk ‘Messi Thailand’ itu meledak gol pembukaan dalam perlawanan ini.
vietnam utk pertama kalinya kebobolan, chanatip songkrasin pemain J-league yg menjadi aktor. komentar bung maruf ttg thailand yg unggul smntra: NGERI. https://t.co/VOnxLvq71E
— fikri (@fikribudiawan) December 23, 2021
Walau bagaimanapun, bukan gol pertama ini yang menarik untuk disaksikan, sebaliknya gol kedua Thailand lah yang sangat menarik untuk dibincangkan.
Vietnam terkenal dengan gaya permainan bertahan yang luar biasa dan tidak keterlaluan untuk menganggap kualiti bertahan mereka adalah antara yang terbaik di benua Asia ini.
Kerana kehebatan barisan pertahanan mereka inilah Vietnam mampu layak hingga ke aksi separuh akhir tanpa dibolosi sebarang gol dari pasukan lawan.
Walau bagaimanapun, kebijaksanaan Chanatip Songkrasin tidak boleh dipertikaikan lagi dengan beliau mampu merencana serangan yang mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Vietnam.
Beliau bermula dengan melakukan satu sentuhan mencari Teerasil Dangda yang kemudiannya segera menolak semula bola mencari Chanatip yang sedang berlari menuju ke dalam kotak penalti.
Chanatip kemudiannya menolak bola mencari Sarach Yooyen yang kemudiannya tenang menolak semula bola ke arah ‘Messi Thailand’ yang sudah masuk ke kotak penalti Vietnam itu.
A string of passes ➡️the skipper who calmly places it low in bottom corner 😍#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #VIEvTHA pic.twitter.com/YSjRNowpy5
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 23, 2021
Pemain Hokkaido Consadole itu kemudiannya melepaskan rembatan padu untuk menewaskan penjaga gol Vietnam, seterusnya menghasilkan gol kedua Thailand dalam perlawanan ini.
Ia jelas sekali gol yang sungguh cantik dan menakjubkan dan tidal keterlaluan untuk mengatakan gol itu persis gerakan tiki-taka yang pernah dipopularkan oleh generasi emas Barcelona suatu ketika dahulu.
Chanatip Songkrasin hampir mencatatkan hat-trick dalam perlawanan ini, selepas Thailand dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan pada minit ke-85 permainan.
Sayang sekali beliau sekadar menyepak perlahan di bahagian tengah dan mudah diselamatkan oleh penjaga gol Vietnam, Nguyen Manh Tran.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇻🇳 Vietnam 0-2 Thailand 🇹🇭
There was far more goalmouth action than the scoreline suggests, making for big showdown in the second leg between them on boxing day! ⭐️🆚🐘#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #VIEvTHA pic.twitter.com/PMP3pu3nZ8
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 23, 2021
Perlawanan tamat dengan Thailand berjaya menewaskan Vietnam 2-0 dan kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertemu pada 26 Disember nanti untuk aksi leg kedua.
Sumber: J League