Pasukan yang berpengkalan di kota London, Chelsea akhirnya mula mengorak langkah dalam jendela perpindahan pemain apabila dilaporkan telah membuka pintu rundingan untuk mendapatkan pemain pertahanan sensasi Juventus, Matthijs de Ligt.
Chelsea telah menyatakan niat mereka untuk meminang de Ligt yang hanya mempunyai baki 2 tahun dalam kontraknya selain klausa pelepasan pemain berjumlah €120 juta. Jika Juventus enggan berunding, Chelsea dilihat mempunyai kuasa kewangan yang kukuh untuk mengaktikan klausa pelepasan pemain itu seterusnya meleburkan rekod Harry Maguire selaku pemain pertahanan termahal dunia.
The Blues dilihat terdesak untuk memperkuatkan barisan pertahanan mereka berikutan pemergian Antonio Rudiger yang berpindah ke Real Madrid secara percuma berikutan tamatnya kontrak pemain tersebut. Thomas Tuchel melihat de Ligt sebagai pengganti terbaik terhadap kekosongan yang ditinggalkan Rudiger dan kedua-dua kelab dilaporkan telah memulakan rundingan awal.
Tiada bidaan rasmi telah dilakukan setakat ini tetapi Chelsea telah bertanya kebarangkalian untuk Juventus menjual pemain antarabangsa Belanda tersebut. Di pihak Juventus pula, mereka tidak mahu melepaskan de Ligt buat masa sekarang dan sedang berusaha untuk melanjutkan kontrak pemain tersebut.
Sekiranya de Ligt enggan melanjutkan kontrak, jalan untuk menandatangani de Ligt mungkin akan terbuka dimana Chelsea boleh mengaktifkan klausa pelepasan pemain tersebut yang berjumlah €120 juta.
Di pihak pemain pula, de Ligt pada awal bulan ini menyatakan beliau kini sedang berunding dengan Juventus mengenai tawaran kontrak barunya. Namun begitu, beliau menggesa Juventus untuk memperbaiki prestasi pasukan sebelum menandatangani kontrak baru dimana mereka sekadar mampu menduduki tangga ke-4 Serie A musim lepas.
Perbincangan sedang berjalan dan apabila tiba masa saya akan membuat keputusan sama ada melanjutkan kontrak atau berpindah ke tempat lain. Saya sentiasa mencari yang terbaik buat diri saya.
Dua kali berturut-turut menamatkan musim di tangga ke-4 tidak cukup, kami perlu memperbaiki situasi sekarang kerana pencapaian ini amat mengecewakan.
Bintang Oranje ini menyertai Juventus dari Ajax dengan yuran perpindahan berjumlah £67.5 juta pada tahun 2019 dan telah melakukan 117 penampilan dalam semua pertandingan setakat ini dimana beliau berjaya menjaringkan 8 gol.
🚨 Matthijs de Ligt want to leave Juventus this summer two seasons before the end of his contract. The Dutchman's representatives and Juve have not reached an agreement over an extension.
He could leave for €80M!
(Source: @CorSport) pic.twitter.com/FUQdGXoyOx
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 24, 2022
Chelsea dilihat agak terlambat dalam jendela perpindahan pemain kali ini. Seteru utama Liga Perdana Inggeris, Manchester City sudah selesai menandatangani Erling Haaland dan Kalvin Philips dan sedang mengintai peluang untuk membeli pemain pertahanan kiri Brighton, Marc Cucurella.
Manakala seteru London, Arsenal baru sahaja menandatangani bintang muda Portugal, Fabio Vieira disamping hampir selesai memeterai perjanjian untuk membawa masuk Gabriel Jesus.
Youngest player to captain a team in a Champions League knockout game. Ajax captain at 19. At the top level of football since 17. Still just 22.
What a signing Matthijs de Ligt would be for Chelsea… 🌟 pic.twitter.com/RVZJ2LaVbe
— LDN (@LDNFootbalI) June 24, 2022
Manchester United pula ghairah mengejar bintang tengah Barcelona, Frenkie de Jong dan Liverpool sudah selesai menandantangani pengganti Sadio Mane, Darwin Nunez walaupun baru sahaja membeli Luis Diaz lima bulan yang lalu.
Kelewatan Chelsea dalam membeli pemain mungkin disebabkan masalah pemilikan kelab yang baru sahaja diselesaikan beberapa minggu yang lalu. Pemilik baru Chelsea, Todd Boehly dilaporkan akan turun padang berunding sendiri untuk mendapatkan pemain baru dan situasi ini jelas berbeza dengan pendekatan yang diambil Roman Abramovic yang memilih untuk berada di tirai belakang sahaja.
Disamping de Ligt, Chelsea turut mensasarkan pemain sayap England dan Manchester City, Raheem Sterling. Tuchel memandang tinggi kebolehan Sterling dan pemain seperti Hakim Ziyech telah dibenarkan untuk mencari kelab yang baru bagi memberi ruang kepada Sterling.