Liverpool Sebenarnya Cuba Sailang Sterling Dari Sertai Chelsea

Raheem Sterling dijangka bakal menyertai Chelsea selepas tujuh musim beraksi bersama Manchester City, namun urusan perpindahan itu sepertinya bakal diganggu.

Chelsea bukanlah satu-satunya pasukan yang berminat mahu mendapatkan bintang berusia 27 tahun itu.

Menurut sumber laporan dari The Mirror, Raheem Sterling sebenarnya berpotensi untuk membuat kepulangan semula ke Anfield pada musim panas ini.

The Reds dilaporkan telah menghantar bidaan di saat-saat akhir untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England itu.

Walau bagaimanapun, Sterling pada ketika ini dilaporkan sudah hampir pasti untuk ke Stamford Bridge dan sepertinya tidak ada yang boleh menghalang perpindahan itu dari berlaku.

Seandainya Liverpool berjaya menyailang Chelsea di saat-saat akhir, ia jelas sekali bakal membuka mata banyak pihak.

Legenda kelab, Sadio Mane telah meninggalkan Anfield pada jendela perpindahan musim panas ini untuk menyertai Bayern Munich.

Gol-gol jaringan beliau jelas sekali bakal dirindui, namun Liverpool sebenarnya telah berjaya mendapatkan pemain pengganti yang dikatakan berpotensi menjadi yang terhebat dalam dunia bola sepak.

Liverpool mendapat pengganti Mane pada jendela perpindahan musim panas ini selepas mereka mengeluarkan dana bernilai £85.5 juta.

Kualiti skuad depth Liverpool jelas sekali akan semakin mantap seandainya mereka berjaya mendapatkan khidmat Raheem Sterling.

Kemampuan Darwin Nunez juga tidak patut dipandang rendah kerana beliau mempunyai potensi untuk menjadi pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak.

Manchester City walau bagaimanapun dilaporkan sudah berjaya mencapai kata sepakat bersama Chelsea berkait urusan perpindahan Raheem Sterling.

Mereka juga mungkin agak sukar untuk melepaskan pemain penyerang mereka itu untuk menyertai Liverpool kerana The Reds merupakan pencabar utama mereka dalam saingan Premier League.

Jurgen Klopp sementara itu dilaporkan sudah sangat gembira dengan skuad yang beliau ada pada ketika ini bagi menghadapi musim baharu nanti.

Nunez dan Fabio Carvalho dikatakan bakal menjadi pengganti kepada Sadio Mane, Takumi Minamino dan Divock Origi.

Sementara Calvin Ramsay pula sangat diharapkan akan mampu untuk beri cabaran dan saingan kepada Trent Alexander Arnold.

Di posisi midfield, Liverpool sepertinya masih belum mempunyai penambahan pemain baru pada musim panas ini, namun mereka mungkin akan berusaha untuk setidak-tidaknya mendapatkan seorang pemain.

The Reds dikatakan merupakan pasukan kegemaran untuk menandatangani bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Walau bagaimanapun, mereka tidak mungkin akan mendapatkan bintang muda England itu pada musim panas ini.

Liverpool dikatakan akan menandatangani Jude Bellingham pada musim panas 2023 nanti dan sepertinya Dortmund juga sudah sedar tentang hal tersebut.

Penyokong Liverpool jelas sekali tidak mengharap agar Sterling akan kembali ke Anfield, apa lagi selepas memikirkan yang Liverpool tidak begitu memerlukan pemain seperti beliau.

Pemain berusia 27 tahun itu lebih memilih untuk bermain di sebelah kiri, dengan Liverpool kini memiliki Diogo Jota dan Luis Diaz yang sudah sedia ada untuk bermain di posisi tersebut.

Chelsea jelas sekali lebih memerlukan pemain seperti Raheem Sterling, apa lagi selepas memikirkan yang mereka kekurangan pemain di bahagian serangan.

Manchester City mungkin akan sedikit menyesal kerana melepaskan Raheem Sterling, namun mereka akan lebih gembira kerana tidak melepaskan bintang England itu kepada Liverpool.

Kedua-dua Liverpool dan Manchester City merupakan dua pasukan yang mendominasi sepenuhnya saingan Premier League musim lalu, dan mereka dijangka akan mengulangi hal yang sama musim baharu nanti.

Adakah mereka akan mampu untuk mengulang semula hal tersebut pada musim baharu ini? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ejen Beri Respon Perkhabaran Klopp Bakal Latih Jerman