Chelsea dilaporkan sudah mulakan rundingan untuk mendapatkan bekas pengarah sukan Liverpool, Michael Edwards tetapi mereka perlu mengatasi dua halangan utama terlebih dahulu seblum Edwards menerima jawatan tersebut di Stamford Bridge.
Pemilik kelab, Todd Behly difahamkan sudah mula mensasarkan Edwards sejak dia meninggalkan ANfield pada penghujung musim lalu, dalam misinya untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Marina Granovskaia.
🚨 NEW: Chelsea have opened talks with Michael Edwards over becoming their next sporting director. #lfc [mail] pic.twitter.com/WaI1DVHD76
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) August 2, 2022
Billionair tersebut dilihat memikul tanggungjawab yang besar dalam menerajui aktiviti Chelsea di dalam jendela perpindahan musim panas tahun ini, dengan jurulatih Thomas Tuchel turut dilihat memainkan peranan yang besar.
Setakat ini, Blues telah berjaya membeli Encik Raheem Sterling dari Manchester City pada harga £47.5 juta dan juga Kalidou Koulibali dari Napoli dengan tanda harga £34 juta. Terkini, mereka semakin hampir untuk mendapatkan bek kiri Brighton and Hove Albion, Marc Cucurella, mengenepikan cabaran dan tawaran daripada Manchester City.
Marc Cucurella to Chelsea, here we go! Full agreement in place between Chelsea and Brighton for more than £50m. Levi Colwill on the verge of joining Brighton soon. 🚨🔵 #CFC
Personal terms already agreed, no way for Man City. Cucurella will become Chelsea new signing, done. pic.twitter.com/5Rw6CvDT1l
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 3, 2022
Sasaran utama yang lain seperti Raphinha dan Jules Kounde telahpun disailang oleh kelab yang mengamalkan moto ‘biar papa asal bergaya’, Barcelona.
Chelsea juga kini sedang memburu bek kanan dan dikatakan sudi membayar £42 juta kepada Inter Milan untuk membawa Denzel Dumfries ke London. Jika bidaan ini gagal, pemain Southampton Kyle Walker-Peters dikatakan bakal menjadi sasaran.
Pada masa yang saam, Chelsea juga masih mempunyai pemain yang belum mengangkat kaki dan Tuchel yang kecewa mengakui bahawa pasukannya masih belum bersedia untuk permulaan musim baru Liga Perdana Inggeris yang akan bermula dengan perlawanan menentang Everton di tempat lawan.
Untuk rekod, Edwards membina repusatinya di Liverpool sebagai seorang pakar rundingan dan sangat cekap dalam mengendalikan sebarang urusan perpindahan. Malah dengan keadaan pemilik pasukan yang haji bakhil tahi hidung masin, Edwards mampu menganalisa data yang dibekalkan oleh scouts dengan begitu baik dalam memenuhi permintaan daripda ketua jurulatih, Jurgen Klopp.
Selepas segala kejayaan yang dicapai beberapa tahun kebelakangan ini, tidak ramai yang tahu bahawa Edwards menjadi sasaran utama Boehly dalam rancangannya untuk mewujudkan kepakaran yang sama taraf dengan pengurusan di bawah Roman Abramovich.
Edwards, walaubagaimanapun, telah mengatakan sebelum ini bahawa dia mahu bercuti selama setahun untuk merehatkan diri dan minda sebelum mula kembali dalam cabaran yang berikutnya.
Secara idealnya, Chelsea mahukan seseorang berada di jawatan tersebut lebih kurang bermula pada bulan hadapan dan inilah halangan pertama seperti yang disebut dalam perenggan pertama tadi. Dah lupa lah tu, kan?
Keduanya, sampai manakah kuasa yang akan dimiliki oleh pengarah sukan di bawah dinasti Boehly dan Clearlake Capital.
Dengan segala benda dalam urusan utama kelab dilakukan sendiri oleh Boehly, dia mendapat jolokan ‘jelmaan Ed Woodward’ daripada bekas pemain Manchester United, Gary Neville.
Berkata kepada The Overlap, Neville menyatakan bahawa Boehly seolah-olah sedang bermain permainan video Football Manager.
“Macam ada sesuatu yang tak kena dengan orang itu. Dia macam tak ada hala tuju pun ada dan sekarang ini mereka sudah mula panik.
“Kau macam terfikir la ‘oh diorang nak Frenkie de Jong pagi ni’ sebab dia rasa dia kena buat sesuatu – tekanan sekarang memang kena kat dia.
“Dia tidak perlu tertekan pun kalau dia kekalkan pekerja yang ada di situ [Chelsea] selama ini dan patutnya dia biar je lah mereka kekal bekerja di situ selama setahun dua.
“Tapi menarik sebenarnya nak tengok macam mana Chelsea ni nanti. Yang jelasnya, mereka dah hilang beberapa pemain pertahanan. Mungkin akan hilang beberapa lagi kepada Barcelona.”
Neville juga menuduh bahawa Boehly membeli pemain tanpa berfikir panjang dan dia berasakan bahawa Chelsea membeli pemain baru kerana mereka rasa mereka perlukan pemain tersebut.
“Mereka [Chelsea] dah macam melompat sana-sini sebab nampak si Boehly ni macam terpaksa buat kerja.
“Aku dah dengar nama dia banyak kali. Rasa macam, bukan nak kurang ajar kan sebab kau tahu dia ni orang hebat, dia beli kelab dan semua sekali.
“Dia jadi muka depan [kepada konsortium] yang membayar dua billion setengah pound, tapi dengan menyingkirkan orang yang dah berada dalam operasi kelab yang menakjubkan selama bertahun lepas tu dia datang dan buat kerja tu sendiri, nampak macam Ed Woodward la bagi aku. Tengok la macam mana nanti,” tambah Neville lagi.
🚨 Ed Woodward is said to seriously interested in replacing Marina Granovskaia at @ChelseaFC. The former @ManUtd CEO is reportedly keen on working with Toad Boehly and co.
More to follow…#CFC[Via @SkySports]
— Absolute Chelsea (@AdsoIuteCheIsea) June 21, 2022
Bekas jurulatih Valencia ini kemudian mengutarakan lagi pendapatnya dengan mengatakan bahawa cara Boehly ini adalah begitu mirip kepada cara Glazer dan Woodward – dua entiti yang sangat dibenci oleh para pendukung Manchester United.
Neville berkata,”Maksud aku, kau tengok ek, pertama sekali mereka[Chelsea] sekadar macam bertindak mengikut apa yang ada dan menurut apa yang kelab lain tengah buat.
“Keduanya, kau dengar nama dia [Todd Boehly] terlalu kerap dan dia jadi macam terlalu menonjol. Patutnya kau tengok apa yang Manchester City dan Liverpool buat, Txiki Begiristain di City sebagai pengarah kesukanan.
“Sesetengah orang mungkin pernah tak pernah tahu tu, sesetengah orang yang lain tahu pasal tu [Beigiristain].
“Akan tetapi, ada orang yang tak pernah kenal dia, tak pernah tahu pun rupa dia macam mana tapi dia berjaya buat kerja dengan cepat dan begitu cekap.
“Apabila kelab dapat berjalan dengan elok, kau tak akan dengar siapa yang ejas supaya dapat beli pemain tapi kau tahu pemain tu dah dibeli.
“Chelsea ni dah macam Manchester United di bawah Glazer dan Ed Woodward – ‘aku ambil alih dah, aku orang penting sekarang’,’aku sendiri yang akan keluar dan beli pemain’, lepas ti diorang pun dikaitkan dengan setiap pemain yang Barcelona nak, setiap pemain yang City nak, setiap pemain yang United nak.”
Sumber : Daily Mail