Chelsea tewas 2-1 kepada Brighton dalam aksi pusingan keempat Piala FA. Kelemahan ketara di bahagian serangan menjadi punca utama kepada kekalahan itu. Christopher Nkunku yang diberi peranan sebagai penyerang utama gagal memberikan impak kerana dia bukan pemain NO9 semula jadi. Ia menyebabkan Chelsea kehilangan ancaman di hadapan gol.
Chelsea Tumpul Tanpa No. 9
Pada minit ke-81, Chelsea berjaya melepasi tekanan tinggi Brighton. Tyrique George memulakan gerakan dari sebelah kiri diikuti dengan hantaran pantas oleh Enzo Fernandez kepada Nkunku. Namun pemain Perancis itu gagal membuat keputusan betul malah hampir melanggar Fernandez sebelum melepaskan bola dalam keadaan tertekan. Penyokong Chelsea yang menyaksikan dari belakang gol nyata kecewa kerana tiada pemain yang mara ke dalam kotak penalti untuk menyambut hantaran. Sepatutnya Nkunku lah yang perlu berada di situ.
Pada minit ke-31 Chelsea sekali mengancam kotak penalti Brighton menerusi Nkunku apabila dia menerima hantaran daripada Moises Caicedo dan cuba menanduk bola kepada Cole Palmer. Tetapi percubaannya hanya singgah di atas gawang.
Sepanjang musim ini, jelas Nkunku bukanlah penyerang tengah yang sesuai. Enzo Maresca terpaksa bereksperimen dengan Nkuku kerana ingin merehatkan Nicolas Jackson dan Marc Guiu mengalami kecederaan. Dia memilih untuk menggunakan Nkunku dan Palmer pula sebagai falsenine. Palmer akan menyerang dari posisi lebih dalam dan memimpin tekanan ke atas Brighton. Namun, masalah timbul apabila Nkuku juga lebih gemar berada di luar kotak penalti berbanding masuk ke dalam untuk menerima hantaran silang.
Chelsea Merindui Kelibat Jackson
Perlawanan ini sebenarnya membuktikan betapa pentingnya Jackson dalam sistem serangan Chelsea. Keupayaannya untuk berlari tanpa bola, mengheret pertahanan lawan dan memberi laluan kepada rakan sepasukan adalah aspek yang sangat dirindui. Ketika Chelsea menewaskan Brighton 3-2 di Stamford Bridge pada September lalu, Jackson memainkan peranan utama dalam merobek barisan garisan tinggi pertahanan pasukan lawan. Kali ini, tanpa Jackson Chelsea seakan tidak mempunyai jawapan.
“Kadang-kadang kita perlu bermain tanpa pemain tertentu untuk tahu betapa pentingnya mereka,” kata Maresca selepas perlawanan. “Nico sangat penting, bukan sahaja dalam serangan tetapi juga ketika bertahan dengan intensitinya yang tinggi.”
Brighton sepatutnya menang dengan lebih selesa tetapi kesilapan penjaga golnya, Bart Verbruggen yang menghadiahkan Chelsea gol awal selepas dia gagal mengawal hantaran silang dari Cole Palmer pada minit ke-5. Namun Brighton tetap berjaya mengawal permainan dan mencipta lebih banyak peluang berbahaya. Georginio Rutter menunjukkan keupayaan yang sepatutnya dimiliki Chelsea di posisi penyerang utama.
Chelsea Perlukan Penyelesaian di Bahagian Serangan
Ketika perlawanan hampir tamat, Maresca membuat keputusan terdesak dengan mengarahkan Tosin Adarabioyo naik ke bahagian serangan. Ia jelas menunjukkan keperluan mendesak Chelsea untuk mendapatkan penyerang berkualiti terutama selepas mereka memilih untuk tidak membeli penyerang baharu dalam jendela perpindahan. Malah Chelsea meminjamkan Joao Felix ke AC Milan. Maresca menegaskan dia tidak menyesali keputusan itu.
“Saya tidak fikir kami merindui Joao. Dia gembira di sana dan kami juga gembira untuknya. Tiada siapa menjangka pada hari akhir perpindahan bahawa kami akan kehilangan dua penyerang kerana kecederaan.”
Fokus Chelsea Kini Beralih ke Liga Perdana dan Conference League
Dalam tempoh 4 hari Chelsea akan pergi ke Stadium Amex Stadium hari untuk menghadapi Brighton dalam saingan Liga Perdana. Dengan baki 14 perlawanan liga, kempen domestik ini akan menjadi penentu kepada musim pertama Maresca di Stamford Bridge.
“Jika ada sesuatu yang positif daripada kekalahan ini, kami kini boleh fokus sepenuhnya kepada Liga Perdana dan Conference League,” kata Maresca.
Kejayaan di pentas Eropah boleh menjadi pencapaian manis untuk Chelsea tetapi sasaran utama kelab itu adalah kedudukan empat teratas liga. Untuk mencapainya Chelsea perlu segera mendapatkan semual Nicolas Jackson. Jackson pemain yang semakin jelas menjadi kunci utama dalam serangan Chelsea.
Artikel asal dari Liam Twomey