Wartawan terkenal, Christian Falk telah mendedahkan apa yang diberitahu oleh bintang Liverpool, Mohamed Salah kepada rakan sepasukannya di bilik persalinan.
Menurut dakwaan dari Christian Falk, Mohamed Salah memberitahu rakan sepasukannya yang lain bahawa beliau mahu kekal di Anfield untuk jangka masa panjang.
Hal ini didedahkan ketika ramai pihak ketika ini hangat membincangkan tentang masa depan pemain sayap berusia 29 tahun itu di Anfield.
Christian Falk:
In the dressing room, Mohamed Salah told his teammates that he wanted to stay at Liverpool.🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴❤️❤️😍😍 pic.twitter.com/fkSQZ3UpiM
— #Liverpool 1Nassif ayahy (@AyahyNassif) March 16, 2022
Peminat pada ketika ini sedang hangat membahaskan tentang situasi kontrak Mohamed Salah dengan beliau pada ketika ini masih belum bersetuju dengan tawaran baru dari The Reds.
Kontrak beliau bersama kelab kini hanya berbaki 18 bulan sahaja lagi dan sehingga kini masih belum nampak tanda-tanda yang beliau akan menandatangani kontrak baru bersama kelab.
Walau bagaimanapun, Christian Falk telah menyatakan yang bintang Mesir itu sudah memberitahu rakan sepasukannya yang beliau mahu terus kekal di Anfield.
Falk memuat naik status di laman twitter dengan menyatakan bahawa:
“Benar. Di dalam bilik persalinan, Mohamed Salah telah memberitahu rakan sepasukannya yang beliau mahu kekal di @LFC.”
TRUE✅ In the dressing room Mohamed Salah told colleagues that he would like to stay at @LFC pic.twitter.com/jAbctVLfxa
— Christian Falk (@cfbayern) March 16, 2022
Menurut sumber laporan dari Fabrizio Romano pula, pemain sayap berusia 29 tahun itu telah menolak tawaran baru dari Liverpool pada Disember tahun lalu.
Sejak dari itu, tiada tawaran baru yang diberikan dari Liverpool kepada pemain penyerang utama mereka itu dan penulis dari Itali itu turut menegaskan yang isu kontrak Salah masih belum mendapat persetujuan kerana masalah gaji yang ditawarkan oleh pihak kelab.
Dengan Salah bersedia untuk kekal bersama kelab sehingga tamat kontraknya, situasi jelas sekali lebih memihak kepada Liverpool pada ketika ini.
Jika The Reds gagal untuk memujuk bekas bintang Chelsea itu, Mohamed Salah sepertinya bakal meninggalkan kelab sebagai pemain berstatus free ejen pada penghujung musim hadapan.
Masalah utama Liverpool pada ketika ini adalah bukan hanya Salah seorang sahaja yang sedang menuju ke penghujung kontraknya, dengan dua lagi gandingan beliau, Sadio Mane dan Roberto Firmino juga turut berada dalam situasi hampir sama.
Kontrak kedua-dua Sadio Mane dan Roberto Firmino akan tamat kurang 18 bulan dari sekarang, namun tak ada isu berkait gaji atau apa-apa hal lain yang dinyatakan tentang kontrak mereka pada ketika ini.
Tidak pasti apa yang menyebabkan Liverpool masih belum berunding dengan kedua-dua Mane dan Firmino, namun satu hal yang pasti The Reds bakal kehilangan mereka andai kelab masih tidak menawarkan kontrak baru.
10+ – Trent Alexander-Arnold (11), Mohamed Salah (10) and Andrew Robertson (10) have all made 10+ assists in the Premier League this season, the first time a team has had three players do so since 2019-20, when the same three men also managed it for Liverpool. Luxury. pic.twitter.com/qfaj4st4yb
— OptaJoe (@OptaJoe) March 16, 2022
Roberto Firmino kemarin berjaya menjaringkan gol ketika membantu Liverpool menewaskan Arsenal 2-0 dengan beliau juga sepertinya semakin sukar mendapatkan minit permainan di Anfield.
Pemain penyerang berusia 30 tahun itu ditandatangani oleh Liverpool pada tahun 2015 yang lalu, dengan beliau dianggap sebagai pemain terpenting dalam sistem serangan Jurgen Klopp.
Mohamed Salah mesin peledak gol utama Liverpool musim ini
Mohamed Salah merupakan pemain terbaik Liverpool sepanjang musim ini dengan pemain berusia 29 tahun itu sudah berjaya menjaringkan 28 gol dan mencatatkan 10 assists dari 36 perlawanan dalam semua pertandingan.
Beliau pada ketika ini sedang mendahului carta penjaring terbanyak saingan Premier League dengan menjaringkan 20 gol.
Rakan sepasukannya, Diogo Jota berada di kedudukan kedua dengan bintang Portugal itu sudah menjaringkan 13 gol dalam saingan Premier League musim ini.
Salah turut menyertai rakan sepasukannya Andy Robertson sebagai pemain kedua yang mencatatkan assists terbanyak dalam saingan Premier League dengan mencatatkan 10 assists.
📊 STAT: Only two players in Premier League history have reached 20 goals and 10 assists more than once:
• Thierry Henry
• Mohamed SalahKing. 👑 #awlive [goal] pic.twitter.com/2MpkuKnXUD
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) March 17, 2022
Di kedudukan pertama dalam senarai pemain paling banyak mencatatkan assists sepanjang musim ini dalam saingan Premier League adalah Trent Alexander Arnold yang kini sudah mencatatkan 11 assists.
Salah menyertai Liverpool dari AS Roma pada tahun 2017 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £34 juta.
Beliau sepanjang kariernya bersama The Reds telah berjaya membantu kelab memenangi gelaran Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup, Premier League dan terbaru Carabao Cup.
This is the first time in Premier League history Liverpool have had three players with 10+ goals AND three players with 10+ assists in the same season:
⚽️ Mohamed Salah
⚽️ Sadio Mané
⚽️ Diogo Jota🅰️ Trent Alexander-Arnold
🅰️ Andrew Robertson
🅰️ Mohamed SalahMarch Madness. 🤯 pic.twitter.com/PLvnWbVJ8M
— William Hill (@WilliamHill) March 17, 2022
Tidak pasti sama ada pihak kelab akan terus berusaha memujuk Salah atau tidak, namun satu hal yang pasti, bintang Mesir itu sudah selayaknya dianggap sebagai legenda terhebat Liverpool.
Sumber: Sportskeeda