Klopp: Kami Sudah Jangka Salah Bakal Jadi Pembelian Terbaik Ketika Beliau Masih Di Roma

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata beliau sangat yakin pembelian Mohamed Salah daripada AS Roma bakal menjadi pembelian yang sangat berbaloi buat Liverpool.

Salah berpindah ke Anfield dalam perjanjian bernilai £37 pada jendela perpindahan musim panas lepas dan jika dibandingkan dengan pasaran pemain hari ini, nilai tersebut sangatlah berbaloi dengan apa yang telah ditunjukkan Salah musim ini.

Seperti nujum pak belalang, Klopp dapat meramal Salah bakal menjadi pemain yang hebat untuk Liverpool

Pemain antarabangsa Egypt itu telah berjaya menjaringkan 41 gol dalam semua pertandingan bersama Liverpool, dan 31 daripadanya hadir dalam Liga Perdana Inggeris. Beliau telah menyamai rekod tertinggi jaringan Liga Perdana Inggeris dalam satu musim dan hampir pasti akan meleburkan rekod tersebut dengan liga masih lagi berbaki 3 perlawanan.

Salah dan rakan sepasukannya kini dalam persiapan untuk menghadapi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang AS Roma Selasa ini dan Klopp mengakui terdapat elemen risiko ketika mereka ingin membawa kembali Salah ke England.

“Adakah perpindahan Salah ke Liverpool berbaloi ? Saya tiada jawapan untuk soalan tersebut kerana semuanya adalah mengenai bisnes.”

“Mana satu perjanjian yang lebih bagus ? Mendapatkan khidmat Andy Robertson dari Hull dengan yuran perpindahan beberapa juta pound sahaja atau perjanjian Salah ?”

“Ini adalah bisnes dalam bolasepak. £37juta atau tidak, saya sendiri pon tidak pasti. Itu harga pasaran Salah dan terdapat pasukan lain juga yang mampu membeli beliau.”

Nilai semasa Salah dalam pasaran pemain tidak diketahui, tetapi sudah tentu lebih tinggi daripada apa yang dibayar Barcelona untukPhilippe Coutinho

“Disebabkan Salah telah berjaya  menjaringkan 40 gol buat Liverpool, adakah kami sepatutnya membayar £50juta ? Itu adalah sebahagian risiko yang anda perlu ambil sekiranya Salah gagal untuk menyesuaikan diri di Liverpool.”

“Salah seorang pemain yang sangat bagus dan kami berharap atau sangat yakin beliau akan menjadi pemain yang hebat untuk Liverpool. Tetapi kami tidak dapat memastikan perkara tersebut 100%.”

Apabila ditanya berapakah nilai Salah dalam pasaran pemain hari ini, bekas pengendali Borussia Dortmund itu enggan berbicara lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Adakah Salah peminat K-POP suatu masa dahulu ?

“Berapakah nilai Salah ketika ini? Itu tidak menarik untuk dibincangkan sekarang. Yang penting adalah beliau berjaya meningkatkan permainannya ke tahap yang lebih tinggi.”

“Beliau adalah pemain yang sangat, sangat bagus ketika bermain untuk AS Roma. Banyak pihak di sini tidak menonton aksi Salah di Serie A dahulu kerana England mempunyai liga yang sangat hebat.”

“Sudah terang lagi bersuluh Salah adalah pemain yang hebat untuk Roma dan pemain tengah yang memiliki mindset menyerang yang tinggi. Beliau juga sangat tenang di hadapan gol.”

BACA:  Video: Gabungan Aksi Luar Biasa Mo Salah Mempermainkan Pertahanan Lawan