Ciuman Tevez Ke Mulut Maradona Membawa Tuah Lalu Bergelar Juara

Ciuman Carlos Tevez ke mulut Diego Maradona nyata membawa tuah apabila jaringannya berjaya membawa Boca Junior bergelar juara liga Argentina.

Bekas pemain Manchester United itu telah mengucup mulut pemain lagenda dunia bagi mendapatkan tuah dalam perlawanan ini.

Perlakuan yang agak janggal sesama jatina ini dilakukan oleh Tevez sebelum sepak mula perlawanan antara Boca Junior dan Gimnasia.

Perlawanan hari terakhir musim menyaksikan Boca Junior berjaya menewaskan Gimnasia dengan jaringan tunggal perlawanan mula tiba ke penghujung.

Nyata tuah yang diperlukan Tevez dengan mencium Maradona datang melalui satu rembatan padu luar kota penalti.

Gol tunggal Tevez cukup untuk mengetepikan River Plate yang sekadar seri 1-1 menentang Atletico Tucuman.

Tevez juga telah menyedut tuah Gimnasia yang dibimbing oleh Maradona.

Selepas perlawanan Tevez telah menjelaskan kenapa beliau mencium Maradona.

“Aku tahu aku perlu cium Maradona. Aku perlukan tuah. Kadang kala kau perlu mencari tuah.”

“Aku dahagakan kejayaan lagi. Aku rasa aku perlu kembali ke kejiranan untuk melupakan banyak perkara dan berlawan seperti kanak-kanak yang aku lawan ketika aku masih kecil.”

“Sangat sukar untuk aku untuk kembali ke tempat asal. Aku perlu kembali dan dahagakan kejayaan. Aku kembali menemui diri aku pada masa yang tepat.”

Tevez bekas pemain West Ham, Manchester United dan Manchester City kembali bersama Boca Junior buat kali ke-3 pada Januari 2018.

Tevez telah menjaringkan sembilan gol dalam 17 perlawanan bersama Boca Junior dan membantu Boca Junior muncul juara Superliga.

Aksi Boca Junior akan bersambung di kejohanan Copa Libertadores, macam Champions League tapi untuk negara Amerika Selatan.

Juara Copa Libertadores akan beraksi di FIFA Club World Cup. Piala yang Liverpool menang haritu.

Ini merupakan kejuaraan ke-4 Boca Junior dalam tempoh 3 tahun dan merupakan gelaran juara ke-34 secara keseluruhan.

BACA:  Maradona: Messi Tidak Sepatutnya Kembali Dari Persaraan