Community Shield bagi musim 2020/21 telah berlangsung menemukan pasukan juara Premier League, Liverpool King of Comeback serta sang penakluk dan juara FA Cup, Arsenal Lemah dan Lembik.
Berlangsung Community Shield atau Perisai Masyarakat ini menjadi satu perlambangan bahawasanya musim baharu Premier League akan bermula tidak lama lagi.
Kurang sebulan musim 2019/20 telah pun tamat, musim 2020/19 bakal membuka tirainya selepas perlawanan Arsenal menentang Liverpool di Stadium Wembley.
4 – This is the fourth #CommunityShield meeting between Liverpool and Arsenal, with the Reds winning at Wembley in 1979 and 1989, and the Gunners winning in Cardiff in 2002. Curtain-raiser. #ARSLIV pic.twitter.com/ooic1l5hEt
— OptaJoe (@OptaJoe) August 29, 2020
Liverpool memulakan perlawanan dengan satu sinar harapan yang tinggi dan bergaya tetapi sinaran itu telah segera di padamkan oleh Pierre Emerick-Aubameyang pada minit ke-12.
Pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk terlebih dahulu meletakkan Liverpool dihadapan pada minit ke-7 namun gol tersebut dibatalkan kerana offside.
Pierre Emerick-Aubameyang menjaringkan gol pembukaan buat Arsenal melalui satu sepakan lencong padu, padat dan sendat diatas garisan kotak penalti.
5 – Pierre-Emerick Aubameyang is now Arsenal's joint top scorer in games played at Wembley Stadium (5, level with Alexis Sanchez). Aubameyang's five goals at the ground have come in the space of 42 days. Crucial. #ARSLIV pic.twitter.com/cvWCL1FidE
— OptaJoe (@OptaJoe) August 29, 2020
Bola lencongan dihadapan Aubameyang tidak dapat diselamatkan penjaga gol terbaik dunia, Alisson Becker yang meregangkan sepanjang boleh badannya namun gagal untuk menyentuh bola.
Pemain antarabangsa Jepun, Takumi Minamino menyamakan kedudukan buat Liverpool selepas rehat separuh masa pertama dan mengukuhkan keperibadian Liverpool sebagai King of comeback.
Minamino cuba menghantar bola kepada Mohamed Salah namun bola kembali semula ke kakinya, lalu dilepaskan satu sepakan penyudah yang tenang menewaskan Emi Martinez.
1 – Takumi Minamino is the first player to score his first ever goal for @LFC at Wembley Stadium, with this his 15th appearance for the Reds in all competitions. Arch. #ARSLIV
— OptaJoe (@OptaJoe) August 29, 2020
Kedudukan kembali seimbang buat kedua-dua pasukan dan tiada gol tambahan sehingga tamat 90 minit permainan memaksa pemenang ditentukan pada penentuan sepakan penalti.
Empat sepakan pertama berjaya disempurnakan dan Mohamed Salah menjadi penendang pertama disusuli oleh Reiss Nelson, Fabinho dan Ainsley Maitland-Niles.
Sepakan ke-5 gagal disempurnakan oleh pemain muda terbaik dunia, Rhian Brewster. Sepankannya telah menghentam palang dan deras keluar menuju ke bulan.
9 – Arsenal have won nine of their last 11 penalty shootouts in all competitions, having won just four of their previous 10. Nerve. #ARSLIV pic.twitter.com/osHANVKHS4
— OptaJoe (@OptaJoe) August 29, 2020
Kemudian Takumi Minamino, David Luiz dan Curtis Jones tidak berdepan masalah untuk menjaringkan dan menyudahkan sepakan penalti.
Gol Pierre Emerick-Aubameyang gol penentuan menjadi jaringan penutup perlawanan yang memihak kepada Arsenal dengan kedudukan 5-4.
Liverpool kempunan lagi untuk menjulang dulang Perisai Masyarakat selepas dikecewakan Manchester City musim lalu juga melalui sepakan penalti.
🏆 2014
🏆 2015
🏆 2017
🏆 2020Arsenal have now won the Community Shield in each of their last four appearances in the competition. pic.twitter.com/98HNnCNmww
— Squawka Football (@Squawka) August 29, 2020
Satu kemenangan nasib buat Arsenal membuatkan penyokong mereka kembali berbunyi dan timbul.
Ini merupakan dulang Perisai Masyarakat Arsenal yang ke-16. kedua terbanyak di belakang Manchester United yang mengumpul 21 dulang.
Arsenal XI: Martinez, Luiz, Holding, Tierney, Maitland-Niles, Bellerin, Xhaka, Elneny, Saka, Aubameyang, Nketiah
Subs: Leno, Cedric, Saliba, Kolasinac, Olayinka, Willock, Nelson, Smith Rowe, John-Jules
Liverpool XI: Alisson; Robertson, van Dijk, Gomez, N Williams; Wijnaldum, Milner, Fabinho; Mané, Firmino, Salah.
Subs: Adrian, Tsimikas, Keita, Grujic, Jones, Minamino, Elliott, Koumetio, Brewster