Conor McGregor Berminat Untuk Membeli Chelsea FC

Conor McGregor telah mendedahkan rasa minatnya untuk membeli kelab bola sepak Chelsea, selepas tularnya berita yang mendakwa bahawa Roman Abramovic bersedia untuk melepaskan kelab yang sudah 19 tahun beliau miliki itu.

Bekas Juara Dunia UFC itu pernah beraksi bersama Lourdes Celtic dan Crumlin United ketika karier kanak-kanak beliau.

Dek kerana pernah ada sejarah dengan dunia bola sepak, beliau sebelum ini sudah beberapa kali memberi bayangan tentang minatnya terhadap sukan tersebut.

Bahkan, beliau langsung tak segan silu untuk pamer skill terpendam beliau walau ia sebenarnya agak teruk, dan mungkin kerana beliau sudah lama tak bermain.

Setidak-tidaknya McGregor tahu sedikit sebanyak tentang dunia bola sepak dan beliau kini sedang berminat untuk mengkaji lebih dalam, dek kerana berhasrat mahu membeli Juara dunia 2021 itu.

Beliau memuat naik status di laman media sosial miliknya dengan menyatakan:

“Saya minat untuk meneroka tentang ini @ChelseaFC.”

McGregor sememangnya sudah beberapa kali mendedahkan secara terang-terangan tentang minat beliau untuk memiliki kelab bola sepak.

Tahun lalu, beliau pernah mendedahkan tentang minatnya untuk membeli Manchester United, 48 jam selepas vice chairman kelab, Ed Woodward mengundurkan diri dari kelab.

“Hey guys, saya fikir saya mahu beli Manchester United, apa kamu rasa?”

Petarung berusia 33 tahun itu menyokong Manchester United sejak era kegemilangan setan merah di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Pada tahun 2019 yang lalu, dalam satu temu bual bersama FIFA, beliau menyatakan bahawa:

“Saya tertarik dengan kejayaan serta winning mentality yang ada pada kelab dan pada orang-orang sekeliling United.”

“Legenda Ireland seperti Denis Irwin dan Roy Keane didedikasikan oleh pimpinan mereka dan ada winning mentality itu.”

“Roy Keane merupakan pemain midfield terhebat di pentas bola sepak Eropah yang pernah dilihat. Pihak lawan dah kalah dari segi mental ketika mereka masuk padang dan bertemu dengan dia.”

Adakah McGregor sebenarnya berpeluang untuk membeli Chelsea?

Pada Selasa baru-baru ini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa ada tiga pembeli yang berpotensi untuk membeli kelab dari London itu.

Billionaire dari Switzerland, Hansjorg Wyss telah mengesahkan yang beliau telah ditawarkan untuk membeli Chelsea dari Abramovich.

“Sama seperti semua oligarch yang lain, dia juga dalam keadaan panik.”

Jelas Wyss kepada media Switzerland, Blick.

“Abramovich berusaha untuk menjual semua villa dia di England. Dia juga mahu lepaskan Chelsea dengan segera. Saya dan tiga lagi orang lain telah ditawarkan untuk membeli Chelsea dari Roman Abramovich.”

Wyss dilaporkan memiliki kekayaan bernilai £4.36 billion dengan beliau turut menegaskan yang beliau tidak akan membeli Chelsea seorang diri.

“Saya perlu tunggu empat ke lima hari lagi. Abramovich sekarang meminta terlalu banyak. Kamu tahu, Chelsea ada hutang dia £2 billion.”

Jelas billionaire itu.

“Sehingga sekarang, kami masih belum tahu berapa sebenarnya harga yang diorang minta untuk membeli Chelsea.”

“Saya boleh bayangkan saya ada rakan kongsi di Chelsea. Tapi saya perlu kaji dulu semua syarat utama yang lain.”

“Tapi apa yang boleh saya katakan, saya tak akan lakukan semua hal seperti ini seorang diri. Jika saya beli Chelsea, maka ia akan bersama syarikat konsortium yang ada enam ke tujuh pelabur.”

Wyss telah mendedahkan yang beliau memerlukan pelabur tambahan untuk membeli Chelsea, jadi adakah McGregor boleh jadi salah seorang dari mereka?

Bayangkan McGregor jadi pemilik Chelsea dan setiap kali sebelum perlawanan beliau akan ‘Trash talk’ memaki hamun John Henry atau Glazer.

Sudah tentu dunia bola sepak akan jadi lebih menarik dan menakjubkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Koyak Kena Nganjing, McGregor Petik Nama Messi Dan Ronaldo