Lukaku Mahu Rekod Jaringannya Lebih Dihormati

Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku percaya beliau berhak menerima lebih penghormatan atas rekod jaringan sepanjang kariernya.

Lukaku menyertai Manchester United musim panas lalu dalam perjanjian bernilai £75juta tetapi sering menerima kritikian dari pengkritik bolasepak kerana gagal memberikan lebih impak kepada United terutamanya dalam perlawanan-perlawanan besar.

Siapa cakap aku mandul lawan pasukan besar ? Chelsea ni pasukan kecik ke ?

Bekas pemain United yang kini bekerja sebagai pengkritik di Skysports, Gary Neville pernah mengkritik Lukaku berkenaan rekod jaringannya ketika menentang kelab besar yang lain.

Walaubagaimanapun, penyerang antarabangsa Belgium ini berjaya menutup mulut pengkritik beliau selepas membantu United menewaskan Chelsea 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi di Old Trafford.

Lukaku memainkan peranan penting dalam kemenangan pasukannya dan berjaya menjaringkan satu gol disamping mencatatkan assist bagi jaringan kemenangan United yang dijaringkan oleh Jesse Lingard. Beliau juga diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

Hormatilah pencapaianku yang agung ini.

Ketika ditemu ramah selepas tamat perlawanan, Lukaku berkata beliau memiliki rekod jaringan yang baik walaupun ada pihak yang mengkritik beliau gagal menjaringkan gol dengan lebih kerap.

“Saya tahu saya mampu bermain lebih baik dan sedang berusaha keras kearah tersebut. Saya mahu memenangi trofi. Kami masih lagi berada dalam dua pertandingan. Ia tidak mudah tetapi cabaran yang baik untuk diterima.”

Apabila ditanya adakah pengkritik lupa dengan umur beliau yang masih muda, Lukaku bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Betul, kerana saya sudah bermain bolasepak sudah agak lama. Saya mula bermain sejak berusia 16 tahun. Setiap musim semua pihak beranggapan saya harus menjaringkan 20 gol. Saya telah melakukan perkara tersebut selama 10 tahun berturut-turut, jadi saya telah membuktikan keupayaan saya kepada peminat.”

Lukaku ketika berusia 13 tahun. Raksasa besor bapok

“Saya mahu lebih penghormatan atas rekod tersebut tetapi ia tidak berlaku kerana situasi United sekarang. Saya tidak hiraukan kritikan terhadap saya. Saya hanya mahu menjadi lebih baik dan membuktikan kepada mereka yang di luar sana kemampuan sebenar saya di atas padang.”

Lukaku juga berkata beliau lebih berminat untuk membantu pasukannya meraih trofi daripada memburu pencapaian peribadi.

“Asalkan pasukan saya menang dan berjaya membawa pasukan memenangi sesuatu, pada masa itulah saya baru akan puas.”

“Sebagai seorang pemain bolasepak, saya tidak bermain demi pencapaian individu. Saya rasa kebanyakan pemain ternama dunia ketika ini merupakan pemain yang telah banyak membantu pasukan mereka memenangi sesuatu dan saya mahu tergolong dalam kategori pemain tersebut.”

BACA:  Jersi Keramat No.7 Man Utd Hampir Pasti Dimiliki Pemilik Baharu