Antonio Conte telah mengharamkan dua barang dari kantin Tottenham Hotspur kerana merasakan ia punca kebanyakkan pemain semakin gemok.
Beliau melakukan perubahan drastik itu demi untuk mengelakkan berat badan para pemain terus naik dan mengganggu persembahan mereka.
Conte dilaporkan telah ‘merevolusikan’ rancangan pemakanan kelab dalam usahanya untuk meningkatkan tahap kecergasan dan prestasi para pemain pada musim 2021/22.
🚨 NEW: Antonio Conte banned ketchup and mayonnaise from the players, and has also cut down on fruit juice and cooking with oil and butter, he wants the players to eat more fruit. [The Athletic] pic.twitter.com/I1wgdak1LZ
— The Spurs Web ⚪️ (@thespursweb) November 10, 2021
Ia merupakan pendedahan yang dilakukan oleh The Athletic yang mendakwa bahawa pengurus dari Itali itu percaya segelintir pemainnya memiliki berat badan berlebihan dan menyebabkan persembahan mereka terjejas.
Oleh yang demikian, beliau memutuskan untuk mengharamkan sos tomato dan mayonnaise dari kantin Spurs dan mengarahkan para pemain supaya memakan makanan yang menyihatkan.
Tahap kecergasan yang terbaik akan membantu para pemain untuk memenuhi kehendak beliau ketika di padang latihan dengan beliau mahu menggunakan kaedah latihan yang lebih mencabar.
Bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan itu telah mengendalikan Spurs sebanyak dua perlawanan pada ketika ini, selepas menggantikan Nuno Espirito Santo sebagai pengurus Tottenham Hotspur.
🇮🇹Antonio Conte feels a number of the players are overweight.
❌Conte has now banned ketchup & mayonnaise.
🥗Conte wants the squad to eat even more healthily as he feels increased fitness levels will help them play his intense style of football.
🗞[@TheAthleticUK]#THFC #COYS pic.twitter.com/MVdSblnwMN
— Last Word On Spurs 🇮🇹 (@LastWordOnSpurs) November 10, 2021
Beliau berjaya membantu Spurs mencatatkan kemenangan ketika aksi bertemu Vitesse dalam saingan Europa Conference League sebelum mencatatkan keputusan seri bertemu Everton minggu lalu.
Pengurus berusia 52 tahun itu menegaskan yang tidak ada alasan untuk merasa kecewa walau skuadnya hanya mampu membawa pulang satu mata dari Goodison Park.
“Saya perlu untuk gembira atas alasan berbeza.”
Jelas Conte.
“Pertama sekali adalah bukan mudah untuk bermain bertemu Everton di Goodison Park, terutama ketika kamu melalui minggu yang sangat sukar, saya bercakap dari hati.”
The Tottenham players looked “Dead" and looked like they'd run a marathon after training last week. In a bid to increase fitness levels at Tottenham, Antonio Conte has banned ketchup, mayonnaise, butter, oil and post-training sandwiches.
Shape up or ship out, 😉 pic.twitter.com/pQlSaxav30
— Jules Tottenham Bevis 📞🖊 (@julesbevis) November 10, 2021
“Sudah tentu, kami boleh perbaiki dan kami ada banyak ruang untuk memperbaiki apa yang perlu.”
“Dalam situasi berbeza, taktikal, fizikal, tapi juga mentaliti. Saya nampak hati para pemain saya, semangat, keinginan mereka untuk berjuang, untuk bekorban, untuk memahami yang ada ketika kita akan berdepan dengan cabaran yang sangat, sangat sukar.”
“Untuk melihat reaksi seperti ini menjadikan saya lebih yakin untuk masa hadapan.”
“Kadang kala, kamu boleh ajar seni taktikal dan seni fizikal lebih baik, tapi dari segi hati, semangat, keinginan, intensiti, kamu ada atau tidak?”
Antonio Conte feels some of the players are overweight, with current levels being unacceptable and wants the team mentality to change.
He wants the squad to eat healthier and has banned ketchup/mayo. Also cut downs on fruit juice and cooking with oil/butter.
📰 [@TheAthleticUK] pic.twitter.com/R0LMToz7Ue
— COYS.com (@COYS_com) November 10, 2021
“Pemain saya menunjukkan kepada saya yang kami sedang berada di kedudukan terbaik dan ia merupakan titik terbaik untuk bermula.”
Kehadiran Antonio Conte merupakan berita paling menggembirakan para peminat, yang mana mereka percaya pengurus dari Itali itu akan berjaya membantu kelab untuk menjulang Piala pertama mereka.
Conte sendiri sudah menegaskan kepada pihak kelab yang beliau akan berusaha membantu Tottenham Hotspur untuk memenangi sesuatu.
Namun begitu, beliau meminta sokongan dari pihak kelab agar menyediakan dana yang cukup, untuk beliau dapatkan pemain yang beliau mahukan.
In a bid to increase fitness levels at #Tottenham, Antonio Conte has banned ketchup, mayonnaise, butter, oil and post-training sandwiches. @CDEccleshare #THFC
— The Spurs Express (@TheSpursExpress) November 10, 2021
Conte turut sudah menyenaraikan beberapa pemain yang mahu beliau tandatangani, dan merasakan barisan pemain tersebut akan berjaya membantu beliau untuk memenangi Piala bersama Tottenham Hotspur.
Antonio Conte memang tidak diragukan lagi sememangnya antara pengurus yang cukup berpengalaman, dengan beliau boleh dikatakan sentiass berjaya untuk menjulang Piala bersama mana-mana kelab yang beliau kendalikan.
Atas reputasi itu jugalah yang menyebabkan para penyokong Tottenham Hotspur pada ketika ini semakin bersemangat untuk menyokong pasukan mereka, dan berharap Piala pertama yang diidamkan oleh mereka akan tiba tidak lama lagi.
Antonio Conte's 'special request' to Tottenham stars during international breakhttps://t.co/WKBcQg1oT1 pic.twitter.com/KyIOeWKUOO
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 9, 2021
Selepas rehat antarabangsa ini, Spurs bakal beraksi bertemu Leeds United, dengan Antonio Conte akan melakukan yang terbaik untuk bantu Spurs mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.
Sumber: SPORTbible