Courtois Dituduh Menjadi Punca Kegagalan Skuad Emas Belgium Di Euro 2016

Marc Wilmots mendakwa ‘pemerintahannya’ sebagai jurulatih kebangsaan Belgium pada masa lalu telah disabotaj oleh Thibaut Courtois dan ahli keluarganya kerana penyebaran berita sensitif mengenai pasukan di media sosial.

Pada kejohanan Piala Eropah 2016 Marc Wilmott gagal membawa Belgium ke tahap yang sepatutnya diraih oleh pasukan ini. Belgium mempunyai ramai pemain berbakat besar dan sedang dilihat berada dalam generasi emas. Ada yang berpendapat sepatutnya Wilmott sudah lama perlu berundur.

Dalam kejohanan tersebut, Belgium berjaya mara ke pusingan ke-2 apabila menjadi naib juara kumpulan E dengan mencatat 2 kemenangan ke atas Republik Ireland dan Sweden tetapi tetapi tewas kepada Itali. Memasuki pusingan ke-2 Belgium membelasah Hungary 4-0. Tewas 1-3 kepada negara kecil bola sepak, Wales di suku akhir menutup cerita pasukan ini.

Marc Wilmott meninggalkan skuad Belgium 2 minggu selepas kekalahan yang menyakitkan itu.

Courtois dituduh menjadi ‘Si Kitul’ dalam skuad kebangsaan Belgium kerana membenarkan bapa beliau menyebarkan berita pasukan di media sosial sebelum berlangsungnya perlawanan, menurut bekas jurulatih Belgium yang dipecat selepas kempen Euro 2016 yang mengecewakan.

Sama seperti kejatuhan Melaka disebabkan oleh Si Kitul, kejatuhan Belgium pula berpunca daripada mulut becok Courtois, menurut Wilmots.

Penjaga gol Chelsea tersebut telah mewakili Belgium sejak tahun 2011 dan telah membuat 54 penampilan di peringkat antarabangsa sehingga hari ini.

Courtois dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia ketika ini walaupun prestasinya sedikit merudum musim ini. Penjaga gol berusia 25 tahun ini dianggap antara pemain terpenting dalam skuad Belgium.

Walaupun demikian, bekas penjaga gol Atletico Madrid ini telah dituduh sebagai antara penyebab kegagalan skuad ‘Emas’ Belgium ketika kempen Euro 2016. Beliau dituduh mendedahkan berita sensitif mengenai pasukan kepada ahli keluarganya sebelum bermulanya perlawanan yang melibatkan Belgium.

Belgium tewas mengejut di tangan Wales di peringkat suku akhir Euro 2016

“Saya mempunyai masalah ketika menguruskan Belgium. Saya merencana taktikal pasukan pada pukul 1800 tetapi pada pukul 1815, rancangan saya telah berada di media sosial.”

“Itu bermakna ada pemain yang telah mendedahkan berita paskan kepada pihak luar. Dan ia merupakan perkara yang serius. Saya mengetahui perkara ini apabila diberitahu oleh beberapa wartawan dari Perancis yang mengatakan bapa Courtois telah  mendedahkan kesebelasan utama di laman sosial miliknya.”

“Ia juga menunjukkan golongan ini tidak menghormati tanah air mereka sendiri. Saya berasa sedikit malu dengan perkara ini kerana saya mengetahui kesebelasan utama pasukan lawan sejam sebelum bermulanya perlawanan. Perkara ini sangat memalukan.”

“Dengan mengetahui kesebelasan utama kami, pihak lawan mempunyai masa yang lebih panjang untuk merencana taktikal mereka ketika perlawanan. Perkara sebegini tidak berlaku ketika Piala Dunia 2014 Brazil dimana kami berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.”

Mendengar tuduhan yang dilemparkan bekas jurulatihnya itu, Courtois mendakwa tuduhan Wilmots terhadapnya adalah tidak berasas kerana beliau menyedari betapa sensitifnya berita pasukan sebelum bermulanya perlawanan.

Courtois bersama bapanya. Dasar netizen tidak bertanggungjawab

“Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah memberitahu mana-mana wartawan mengenai berita yang melibatkan pemilihan pasukan sebelum bermulanya perlawanan.”

“Sebagai seorang pemain profesional dan teknikal staff di kelab bertaraf Eropah, saya tahu betapa sensitifnya informasi tersebut. Semua pemain tahu mengenai perkara tersebut. Kami bekerjasama dalam tempoh yang lama untuk meraih kejayaan. Saya benci kebocoran maklumat !”

Belgium kini berada di bawah kendalian bekas pengurus Everton, Roberto Martinez dan sudah berada di Separuh Akhir Piala Dunia Russia sebagai salah sebuah pasukan pilihan untuk menjulang piala paling berprestij dalam arena bolasepak.

Aksi cemelang, padu dan power teruk Thibaut Courtois telah membawa Belgium ke separuh akhir apabila berjaya menunjukkan Brazil jalan pulang. Courtois membuat 3 aksi menyelamat yang padu menafikan kemaraan Brazil.

BACA:  Conte Tiada Rancangan Tinggalkan Chelsea