Sebelum ini Thibaut Courtois menyatakan bahawa Barcelona tidak berhak menjadi juara jika liga Sepanyol ditamatkan awal.
Liga Sepanyol ditangguhkan buat sementara waktu. Dan pada kedudukan semasa, Barcelona berada di puncak liga dengan 58 mata, hanya dibezakan dua mata daripada Real Madrid di tangga kedua.
Jika La Liga mengambil keputusan yang sama dengan Ligue 1 dengan menamatkan liga lebih awal – bukan batalkan ye – maka Barcelona bakal ditabalkan sebagai juara liga.
Namun begitu, penjaga gol Real Madrid dan juga Belgium, Thibaut Courtois menyatakan La Liga tidak boleh berbuat demikian, dengan memberikan kejuaraan kepada Barcelona. Ini kerana menurut beliau, pasukannya, Real Madrid lebih baik daripada seteru mereka itu.
Courtois membandingkan situasi Barcelona dengan Liverpool. Ternyata jurang mata di antara Barca dengan pasukan di tangga kedua sangat sedikit. Maka tiada alasan untuk La Liga menobatkan Barcelona sebagai juara, jika musim dihentikan – menurut Courtois.
Courtois sur un possible sacre du Barça : « Je pense que nous montrons actuellement que nous sommes la meilleure équipe, même si nous avons deux points de retard. À Barcelone, ils trouveraient cela logique, mais je ne pense pas que ça le soit. » (Sporza) pic.twitter.com/hxYBGXu65u
— Actu Foot (@ActuFoot_) May 5, 2020
“Kami ketinggalan hanya dua mata di belakang Barcelona, jadi masih ada banyak kemungkinan kami boleh menjadi juara,” kata Courtois dalam wawancara di laman webnya.
“Adalah malang jika musim dibatalkan.”
“Sekiranya mereka memutuskan untuk menghentikan pertandingan ini dan memtuskan Barcelona dinobatkan sebagai juara, saya tidak akan rasa itu perkara yang betul.”
“Mereka seri sekali menentang kami dan kalah sekali, jadi kami menunjukkan kepada mereka bahawa kami adalah pasukan yang lebih bagus daripada mereka.”
“Kami ketinggalan dua mata sahaja daripada mereka, tetapi saya tidak akan bersetuju dengan itu.”
“Di England, saya dapat memahami jika Liverpool menjadi juara.”
“Saya tidak tahu berapa banyak mata mereka di hadapan sekarang ini. Saya mahu menamatkan musim ini. Saya rasa kejuaraan harus ditentukan berdasarkan semua perlawanan yang harus dimainkan.”
"We were the better team"
Courtois doesn't think @FCBarcelona should be handed the title if the season is cancelled
👇https://t.co/cPmZYQmAjD pic.twitter.com/K5WvrJZIfT
— MARCA in English (@MARCAinENGLISH) May 5, 2020
“Baki 11 perlawanan terlalu awal untuk menentukan juara. ”
Pemain Madrid akan kembali ke tempat latihan Valdebebas pada hari Rabu pagi untuk menjalani ujian untuk kesihatan, dengan tujuan untuk kembali menjalani latihan pada hari Isnin depan setelah kakitangan perubatan kelab mendapat keputusan ujian.
Minggu ini, fasiliti di pusat latihan tersebut telah didesinfeksi dan disiapkan untuk digunakan. Ia bagi mematuhi protokol yang ditetapkan oleh kerajaan Sepanyol.
“Saya rasa kita harus bermain, tetapi tentu saja kita harus mempertimbangkan keselamatan kita,” tambah Courtois.
“Kami harus memastikan keadaan 100% selamat sebelum kami akan boleh bermain lagi, kerana gejala penyakit ini sangat sukar dikenalpasti.”
“Anda harus berhati-hati dengan siapa anda bersentuhan. Apa yang berlaku apabila ada pemain yang dijangkiti di pasukan lain? Tetapi tentu saja saya ingin menghabiskan musim ini.”
Courtois says Barca don't deserve the title 🗣️ pic.twitter.com/Dm32Hy9RYV
— B/R Football (@brfootball) May 5, 2020
Terbaru Courtois telah menjelaskan tentang komen beliau itu. Di mana beliau memperbetulkan tanggapan beberapa peminat Barcelona yang menyatakan seolah olah Courtois merasakan Real Madrid lagi berhak juara.
Courtois menegaskan, beliau tidak pernah kata Real Madrid berhak juara. Cuma menyatakan Barcelona yang tak berhak juara dalam keadaan semasa.
Bercakap kepada TV Espanola, Courtois berkata: “Saya tidak ada kata langsung Real Madrid harus ditabalkan juara. Jika liga ini ditamatkan awal, kami berada dalam kedudukan terbaik, walaupun tewas di tangan Real Betis.”
“Jika liga ini diteruskan sehingga tamat, baki 11 perlawanan yang kami ada, saya yakin kami akan menang liga ini.”