Courtois Tolak Spekulasi Real Madrid, Mahu Terus Kekal Bersama Chelsea

Penjaga gol Chelsea, Thibout Courtois menolak spekulasi yang mengaitkan beliau dengan perpindahan ke Real Madrid dan berazam untuk kekal bersama Chelsea sekurang-kurangnya semusim lagi.

Pemain antarabangsa Belgium ini berterusan dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol musim panas dan Courtois pernah berkata sebelum ini yang hatinya kini berada di Madrid.

Hatiku tertinggal di Madrid

Walaupun kenyataan Courtois brbunyi agak kontroversi, beliau berkata demikian kerana dua anaknya kini berada dalam jagaan bekas teman wanitanya yang menetap di bandar Madrid.

Courtois pernah dipinjamkan ke Atletico Madrid selama beberapa musim sebelum ke Chelsea untuk mengambil alih tempat Petr Cech selaku penjaga gol utama pasukan.

Courtois berkata beliau mahu pulang ke Atletico Madrid pada masa hadapan tetapi dengan kontraknya bersama Chelsea masih berbaki setahun, beliau tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan Chelsea. Perbincangan juga telah diadakan di antara ejen beliau dan Chelsea bagi menyambung kontraknya di Stamfrod Bridge.

Ketika ditemuramah akhbar Evening Standard, Courtois berkata beliau mahu kekal di Chelsea paling kurang semusim lagi kerana kontraknya hanya akan tamat pada tahun 2019.

Courtois tidak akan tergesa-gesa meninggalkan kapal yang sedang karam

“Saya masih fokus dengan Chelsea. Saya mempunyai kontrak yang hanya akan berakhir pada tahun hadapan. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk Chelsea.”

“Buat masa sekarang, masih lagi tiada persetujuan untuk lanjutan kontrak dan pada pendapat saya, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenai kontrak saya. Lebih baik jika kami menunggu musim ini tamat terlebih dahulu.”

Apabila ditekan sama ada beliau akan terus kekal bersama Chelsea selepas 2019, Courtois enggan memberikan sebarang jaminan kepada peminat setia The Blues.

“Tiada apa lagi yang boleh saya katakan sekarang. Mudah untuk pihak di luar sana bercakap mengenai saya kerana kontrak saya hanya berbaki setahun sahaja lagi. Saya berasa sakit hati apabila ada pihak bercakap mengenai perkara tersebut.”

“Fokus saya sekarang adalah untuk membantu Chelsea kembali memenangi perlawanan di Liga Perdana Inggeris dan memastikan kami meraih empat teratas supaya dapat beraksi dalam Liga Juara-Juara musim hadapan. Kami juga ingin mara lebih jauh dalam saingan Piala FA.”

Satu lagi pintu untuk Chelsea meraih trofi musim ini tertutup beberapa hari yang lalu apabila mereka tumpas di tangan Barcelona 4-1 secara aggregat dalam pusingan ke-2 Liga Juara-Juara Eropah.

Courtois mempunyai kangkang yang besorr

Courtois antara pemain yang mendapat kritikan ketika mereka tumpas 3-0 di Nou Camp Rabu lalu, dimana Lionel Messi berjaya menjaringkan dua gol melalui celah kakinya.

Courtois menerima kritikan tersebut tetapi beliau mahu Chelsea segera bangkit dengan menewaskan Leicester dalam suku akhir Piala FA hujung minggu ini.

“Amat penting buat saya perkara yang sama [kesilapan ketika pertemuan Barcelona] tidak berulang kembali. Pengurus [Antonio Conte] juga mahu kami tidak melakukan kesilapan tersebut lagi.”

BACA:  Mourinho Tidak Risau Dengan Dakwaan Guardiola Menerima Tawaran Untuk Mendapatkan Pogba