Cristiano Ronaldo Dipersalahkan Sebagai Punca Aksi Hambar United

Cristiano Ronaldo telah dipersalahkan atas persembahan buruk Manchester United pada ketika ini, dengan dakwaan yang menyatakan beliau mengubah corak permainan skuad.

Bintang Portugal itu dikatakan menghalang skuad dari bermain corak permainan yang sering mereka mainkan dan perlu mengikut corak permainan yang beliau mahukan.

Ronaldo berjaya menjaringkan lima gol dari lima perlawanan awal sejak kepulangan semula beliau ke bumi Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Beliau walau bagaimanapun telah diketepikan dari kesebelasan utama setan merah, ketika beraksi bertemu Everton kemarin.

Walaupun sedang dalam rentak persembahan terbaiknya, pemain berusia 36 tahun itu gagal membantu United untuk terus mencatat kemenangan.

United dilihat berdepan kesukaran sejak menandatangani Ronaldo, dengan mereka hanya memenangi tiga sahaja dari tujuh perlawanan terakhir mereka.

Bekas bintang Juventus itu gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan, ketika beliau diturunkan dalam aksi bertemu The Toffees kemarin.

Bekas bintang Ajax, Danny Blind percaya yang Ronaldo bertanggungjawab sebagai punca masalah yang dihadapi oleh United pada ketika ini.

“Ronaldo tidak begitu perlu untuk bermain peranan lebih aktif.”

Jelasnya kepada Sportnieuws.

“Ia seperti, ‘ambil masa kamu’. Dia juga boleh lihat pemain lain melihat dia dan fikir, ‘bagaimana untuk kita selesaikan semua ini?’

“Kebiasaannya penyerang akan berlari dari seorang pemain centre-back ke arah seorang lagi. Hal ini menyebabkan banyak komunikasi.”

“Sekarang, mereka tidak bermain dengan corak permainan kebiasaan mereka. Ketika terlepas bola, kamu boleh nampak Pogba mengarahkan pemain lain supaya memberi tekanan kepada pasukan lawan.”

“Ronaldo tidak melakukan itu, dia bukan macam itu. Dia hanya fikir untuk jaringkan gol dan berharap pemain lain akan kawal dan menangi bola.”

Blind merupakan ayah kepada Daley yang sebelum ini pernah beraksi bersama Manchester United, dan beliau turut menegaskan yang Ronaldo malas mengejar pemain lawan dan ia bakal menambah tekanan lebih berat untuk skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Dakwaan yang beliau lakukan dilampirkan dengan bukti statistik menunjukkan tidak ada pemain penyerang lain dalam liga yang kurang menekan pemain pertahanan lawan berbanding pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu.

Selagi mana penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan Champions League itu menjaringkan gol, sama seperti ketika beliau menjaringkan gol kemenangan bertemu Villarreal, para penyokong sudah tidak mempedulikan hal lain.

Ronaldo baru-baru ini turut membuat permintaan kepada Ole Gunnar Solskjaer, dengan beliau meminta agar pengurus United itu mengubah corak permainan skuadnya.

Cristiano Ronaldo meminta Ole Gunnar Solskjaer supaya mengubah taktikal Manchester United agar dapat disesuaikan dengan corak dan gaya permainan beliau, selepas beliau menjadi pemain terpenting setan merah pada ketika ini.

Walaupun beliau dilihat sudah berada di tahap persembahan terbaiknya, namun Ronaldo tetap meminta Ole Gunnar Solskjaer agar mengubah gaya permainan Manchester United.

Menurut sumber laporan dari ESPN, pemain berusia 36 tahun itu mahu agar para pemain United untuk membawa bola masuk ke kawasan serangan dengan lebih pantas lagi, dalam usaha kelab untuk mendapatkan yang terbaik darinya di atas padang.

Pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu sudah menjelaskan tentang hal tersebut kepada pengurus dan barisan jurulatih yang lain dengan beliau yakin dirinya akan menjaringkan lebih banyak gol andai United lebih pantas untuk membawa bola masuk ke final third.

Laporan tersebut turut menyatakan yang United sudah mula berusaha untuk penuhi permintaan Ronaldo itu, dengan mereka ketika ini sedang menjalani latihan untuk membiasakan pemain lain agar bergerak lebih pantas untuk masuk ke kawasan lawan, dan menghantar bola kepada bintang Portugal itu.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer itu sedang dalam usaha mereka untuk menjadi pasukan yang paling digeruni kerana ketajaman jentera serangan mereka.

Tambahan lagi, barisan kejurulatihan turut meminta agar pemain di bahagian defensive midfielder dan pertahanan agar mengubah gaya permainan mereka dan perlu turut lebih pantas menghantar bola membantu jentera serangan.

Pemain seperti Paul Pogba, Bruno Fernandes dan Mason Greenwood turut memainkan peranan penting dalam jentera serangan United sepanjang musim ini.

United walau bagaimanapun meminta agar mereka boleh pamerkan aksi lebih baik dan lebih kerap untuk menghulur bola kepada Ronaldo yang lebih klinikal di hadapan gol.

Bintang Portugal itu telah membuktikan ketajaman beliau di hadapan gol dan ketika karier keduanya bersama United, Ronaldo masih tetap sangat klinikal di dalam kotak penalti, dengan beliau kerap menjaringkan gol dari kawasan tersebut.

Walau sudah berusia 36 tahun, namun ketajaman dan kualiti penyudah yang beliau miliki tidak boleh diragui sama sekali. Dari tujuh perlawanan awal ini sahaja, Ronaldo sudah beberapa kali membantu United untuk mencatatkan kemenangan dengan menjaringkan gol penting.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bas Bermasalah Tak Menghalang Manchester United Catat Seri Bermaruah Demi Najib Razak