Crystal Palace Dan Manchester United: Kejayaan Glasner & Cabaran Amorim Dengan Formasi 3-4-2-1

Selama lebih sejam di Old Trafford pada hujung minggu lepas, Manchester United dan Crystal Palace saling membataskan pergerakan antara satu sama lain.

Pengurus kedua-dua pasukan, Ruben Amorim dan Oliver Glasner menyaksikan pasukan mereka bertarung dengan seimbang. Kedua-dua pasukan mencipta peluang tetapi tiada kedua-duanya juga gagal mendominasi perlawanan. Namun Palace memiliki kelebihan tersendiri.

Jean-Philippe Mateta, penyerang berbisa Palace menjadi pembeza dalam perlawanan itu. Selepas Maxence Lacroix menanduk sepakan percuma dari Eberechi Eze ke palang gol, Mateta bertindak pantas untuk menyambar bola dan meletakkan pasukannya di hadapan. United berusaha mencari gol penyamaan tetapi gagal memberi ancaman yang serius. Seminit sebelum tamat perlawanan Mateta sekali lagi menjaringkan gol untuk memastikan kemenangan Palace.

Tiga mata yang diraih dari Old Trafford menjadi bukti kejayaan Glasner dalam membentuk pasukan Palace sejak selepas berada disana sejak setahun yang lalu.

Konsistensi dan Keserasian Menjadi Kunci Kejayaan Palace

Sejak dilantik pada Februari tahun lalu, Glasner telah bekerja keras untuk memperkenalkan falsafah bola sepaknya kepada skuad Palace. Sama seperti Amorim, dia menggunakan formasi 3-4-2-1 tetapi perbezaannya terletak pada tahap pemahaman pemain terhadap sistem yang diterapkan.

Di United, selepas tiba dari Sporting CP pada November lalu, Amorim masih dalam proses menyesuaikan pasukan dengan gaya permainannya. Sebaliknya, Palace sudah mencapai tahap kestabilan kerana mereka memiliki masa dan keserasian yang lebih baik.

Perlawanan itu sebenarnya merupakan pertembungan ketiga antara Amorim dan Glasner. Mereka berdua pernah bertemu 2 kali di Liga Juara-Juara pada 2022 ketika Glasner membimbing Eintracht Frankfurt menentang Sporting yang dikendalikan oleh Amorim. Dalam kedua-dua perlawanan, mereka berjaya mengekang satu sama lain sebelum Frankfurt akhirnya menang 2-1 di Lisbon.

Perlawanan di Old Trafford menunjukkan bahawa United masih mempunyai perjalanan yang panjang sebelum dapat mencapai tahap kestabilan seperti Palace.

Jean-Philippe Mateta: Menjadi Faktor Pemisah

Salah satu faktor utama kejayaan Palace di bawah Glasner ialah kehadiran Mateta sebagai penyerang utama.

Mateta sering berlari di belakang pertahanan lawan dan gemar menyerang hantaran silang. 7 daripada setiap 10 lariannya adalah dalam situasi seperti itu. Ia membuka ruang kepada hantaran kreatif dari pemain NO10 Palace. Dengan keyakinan dan momentum yang meningkat, Mateta kini lebih klinikal di hadapan gawang.

Dalam tempoh 12 bulan terakhir, Mateta telah menjaringkan 24 gol liga. Ia satu pencapaian yang dicemburui oleh ramai penyerang lain. Daripada jumlah tersebut, 23 gol telah dijaringkan ketika Glasner mengambil alih pasukan itu.

Bekas penyerang Palace, Glenn Murray, berkata sistem Glasner mengingatkannya kepada pasukan yang dia pernah wakili bersama Yannick Bolasie dan Wilfried Zaha. Baginya, kejayaan Mateta adalah hasil pengalaman, keyakinan dan hubungan yang baik dengan rakan sepasukan.

Crystal Palace Semakin Konsisten

Pada awalnya perjalanan Palace di bawah Glasner tidak lah terlalu mudah. Palace mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan sistem baharu tetapi 6 kemenangan dalam 7 perlawanan terakhir pada musim lalu menunjukkan mereka telah memahami corak permainan Glasner.

Pada musim ini juga Palace bermula dengan perlahan. Pemain-pemain baru tiba pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas dan beberapa pemain utama menyertai kejohanan antarabangsa lewat melaporkan diri. Keadaan itu telah mengurangkan masa Glasner untuk membentuk pasukan.

Selepas permulaan buruk yang menyaksikan Palace hanya menang 1 kali dalam 8 perlawanan awal, mereka kini telah mencatatkan hanya 2 kekalahan dalam 13 perlawanan terakhir dan menduduki tangga ke-7 dalam carta prestasi sejak November.

Kestabilan pasukan juga jelas apabila 8 daripada 11 pemain yang menentang United adalah pemain Palace musim lalu. Keserasian ini menjadi tunjang kekuatan mereka.

Cabaran di Manchester United

United masih dalam proses mencari identiti di bawah Amorim. Salah satu perbezaan utama antara kedua-dua pasukan adalah kestabilan di posisi penyerang utama.

Di Palace, Mateta telah menjadi pilihan utama dalam hampir setiap perlawanan dan sudah menjaringkan lebih satu pertiga daripada jumlah gol pasukan.

Di United, Amorim masih bergelut untuk menentukan siapa penyerang utamanya. Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee masing-masing memulakan 13 dan 8 perlawanan liga. Zirkzee sering masuk sebagai pemain gantian.

Masalah utama adalah perbezaan gaya permainan mereka. Hojlund lebih mirip dengan Mateta, sering berlari di belakang pertahanan lawan manakala Zirkzee lebih kepada pemain yang gemar menghubungkan permainan dan beraksi di kawasan tengah. Pertukaran kerap di posisi ini menyebabkan jentera serangan United tidak menentu.

Selain itu, United juga menghadapi masalah di bahagian sayap dan bek kiri. Mereka belum mempunyai pemain bek kiri yang benar-benar sesuai, menyebabkan Diogo Dalot yang berkaki kanan sering mengisi posisi itu. Ini mengehadkan lebar serangan pasukan.

Dengan Patrick Dorgu, United berharap mereka dapat menyelesaikan masalah di bahagian bek kiri.

Di Palace, Daniel Munoz dan Tyrick Mitchell memberikan ancaman dari kedua-dua sayap. Sepanjang musim ini mereka telah terlibat dengan 8 gol. Sebaliknya, Dalot dan Noussair Mazraoui di United hanya mencatatkan 2 bantuan dalam 45 penampilan liga (digabungkan).

Masa dan Kesabaran Penting dalam Proses Pembangunan

Salah satu faktor utama kejayaan Glasner adalah kesabaran dalam membangunkan pasukannya.

“Bekerja dengan pasukan yang sama untuk beberapa tahun akan menghasilkan kestabilan,” katanya sebelum perlawanan di Old Trafford. “Lihat Liverpool, mereka mempunyai pemain yang telah bersama selama 5, 6 atau 7 tahun. Hubungan dan pemahaman antara mereka sangat penting.”

Amorim kini berdepan cabaran serupa di United. Sejak perlawanan pertamanya disana, dia telah mengubah 36 kali kesebelasan utamanya berbanding hanya 43 oleh Glasner untuk sepanjang musim.

Di samping itu, perubahan taktikal masih lagi berlaku. Amad Diallo telah digunakan di beberapa posisi berbeza, Bruno Fernandes bermain sebagai NO6 dan NO10. Kobbie Mainoo pula digunakan sebagai false nine dalam perlawanan menentang Palace.

Perubahan ini adalah sebahagian daripada eksperimen Amorim untuk mencari kombinasi terbaik tetapi ia juga menunjukkan bahawa United masih dalam fasa penyesuaian.

Kesimpulan

Di bawah pengurusan baharu, perkembangan Manchester United dan Crystal Palace berada di tahap yang berbeza.

Palace sudah mencapai kestabilan dan memahami sistem Glasner manakala United masih dalam proses membentuk identiti di bawah Amorim.

Jika United ingin mencapai tahap kestabilan seperti Palace, mereka perlu memberi masa kepada Amorim untuk membina pasukannya. Namun, di kelab sebesar United kesabaran bukan sesuatu yang mudah untuk diberikan.

Buat masa ini, Glasner terus mencari cara untuk memperbaiki Palace manakala Amorim perlu berharap dia diberikan masa yang cukup untuk membawa United ke tahap diinginkannya.

BACA:  Manchester United Mungkin Akan Dipotong Mata?