Pada penghujung bulan lepas United telah menolak tawaran sebanyak £20 juta dari West Ham untuk membeli Harry Maguire. Selang beberapa hari selepas itu United menolak pertanyaan bernilai £30 juta untuk Scott Mctominay. Namun David Moyes sangat mahukan kedua-dua pemain ini dan terus berusaha mendapatkan mereka.
Minggu ini mereka datang lagi dengan tawaran sebanyak £60 juta untuk kedua-dua pemain itu.
Di pihak Erik Ten Hag, dia sebolehnya mahu mengekalkan Mctominay tetapi boleh mempertimbangkan menjual pemain itu jika tawaran yang diterimanya berbaloi. Salah satu sebabnya, United perlu mengimbangi buku akaunnya selepas berbelanja besar membeli Mason Mount, Andre Onana dan Rasmus Hojlund.
Tawaran terbaharu itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu £30 juta untuk Maguire dan £30 juta lagi untuk Mctominay. United menolak untuk menjual McTominay tetapi kekal meneruskan rundingan untuk menjual Maguire.
🚨🔴 Manchester United reports!
West Ham have made a bid of $77M for Harry Maguire and Scott McTominay. #MUFC
Fred parmanent transfer still in talks.
Donny Van De Beek loan transfer to Real Sociedad still in talks
Sofyan Amrabat & Todibo remain their top target pic.twitter.com/tkj9PduCbS— Fabrizio Romano (@FabrizoRomanoz) August 8, 2023
Walau bagaimanapun keputusan akhir akan terletak dia tangan Maguire itu sendiri sama ada dia mahu kekal di United atau akan pergi ke West Ham. Cuma ketua jurulatih England, Gareth Southgate telah memberitahu kepada Maguire tempatnya di skuad kebangsaan akan terancam jika dia tidak bermain.
Masa depan Maguire di United telah terjejas teruk ekoran banyak kesilapan berprofil tinggi yang dilakukannya sepanjang berada di sana. dikink merupakan pilihan akhir di belakang Lisandro Martinez, Raphael Varane dan Victor Lindelof.
West Ham optimis mampu mendapatkannya dan boleh memberi tempat sebagai pemain utama pasukan.
Pada musim ini Maguire telah dilucutkan jawatan kapten pasukan dan tidak lagi diberi lilitan itu dalam dua perlawanan persahabatan yang dimainkannya.
Situasi rumit dibahagian gaji boleh menjadi penentu kepada keputusan akhir, di United Maguire menerima gaji sebanyak £190,000 seminggu dan West Ham hanya bersedia menawarkan £100,000 seminggu. Pemain itu perlu bersedia menurunkan separuh gajinya jika mahu bermain bola sepak.
Salah satu cara untuk Maguire terus kekal dengan gaji itu disamping boleh bermain bola sepak adalah melalui pinjaman, kelab peminjam dan pemberi pinjam akan sama-sama membayar gajinya. West Ham berminat dengan potensi pinjaman terapi United tidak berminat.
West Ham juga mahu mengukuhkan bahagian-tengahnya selepas pemergian Declan Rice, kini mereka dalam fasa akhir melengkapkan perpindahan Edson Alvarez dari Ajax dengan harga £32 juta.
Edson Álvarez, on his way to London — ready to undergo medical tests as new West Ham player 🛩️🇲🇽 #WHUFC
Álvarez will become most expensive Mexican player ever.
Here, Edson flying with agents Nathan and Fulco van Kooperen — and West Ham director Tim Steidten. pic.twitter.com/pKdDtN2eEF
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 8, 2023
Mereka juga berunding dengan Southampton untuk membeli James Ward-Prowse namun isu harga menjadi penghalang dan West Ham melihat Mctominay adalah sasaran yang lebih realistik.
Sekiranya Maguire menyertai West Ham, United boleh menawarkan kontrak lanjutan kepada Evans, 35. Pemain ini telah bersama United sejak pra-musim.
United tidak perlu membayar apa-apa yuran perpindahan dan bil gaji Evans jauh lebih rendah dari Maguire. Jean-Clair Todibo dari Nice antara sasaran alternatif lain yang berada dalam senarai United.
🚨 Manchester United have held talks with Jean-Clair Todibo, who they will target should they sell Harry Maguire.
[Sky] pic.twitter.com/hr67HH7GxK
— Sky Sports Premier League (@Sky_SportPL) August 8, 2023
Sementara itu Real Sociedad masih berunding dengan United dengan potensi pembelian Donny Van de Beek. Pemain itu telah berkata dia perlu berpindah untuk memulihkan semula kariernya.
Galatasaray pula sudah membuat langkah awal untuk mendapatkan Fred, pemain ini tidak menyertai pasukan di siri jelajah Amerika Syarikat atas sebab peribadi. Fulham dan kelab dari Arab Saudi juga berminat untuk membeli Fred dan United meletakkan tanda harga £20 juta.
Sekiranya United berjaya menjual dua pemain-tengahnya, tawaran rasmi untuk mendapatkan Sofyan Amrabat akan berlaku. United telah mengadakan perbincangan dengan Fiorentina mengenai pemain berusia 26 tahun itu dan syarat peribadi tidak akan menjadi isu. Amrabat yang merupakan pemain kebangsaan Maghribi mempunyai baki setahun dalam kontrak Fiorentina.
United juga sedang berusaha keras untuk menjual Eric Bailly yang jelas tiada lagi dalam perancangan pasukan. Kontrak pemain berusia 29 tahun ini akan tamat pada hujung musim ini, dengan pilihan sambung semusim lagi.