Pra-Musim : Atletico Madrid Ajar Manchester United Bola Sepak Elit yang Sebenar

Pasukan yang sebelum ini tampak berkeyakinan tinggi, Manchester United, ditunjukkan cara-cara bermain bola sepak di peringkat elit yang sebenar oleh jaguh La Liga, Atletico Madrid.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Ullevaal Satdion, Oslo, Norway itu, United turun dengan barisan terkuat mereka dengan David De Gea sebagai penjaga gawang.

Barisan pertahan dilengkapkan oleh empat anak muda – Diogo Dalot di sebelah kanan, Tyrell Malacia di sebelah kiri serta gandingan legenda Harry Maguire dan Victor Lindelof di bahagian tengah.

Sudah empat pengurus bertukar, Scott McTominay dan Fred masih lagi menjadi pilihan untuk menjadi pelindung kepada pertahanan dan juga pencetus di bahagian serangan.

Anthony Elanga diletakkan di bahagian serangan kanan, dengan Marcus Rashford bermain di posisi penyerang kiri, mengapit Bruno Fernandes sebagai pemain perancang serangan.

Anthony Martial bermain selaku penyerang tunggal perlawanan dan dia turun dengan semangat yang berkobar-kobar selepas menjadi penjaring terbanyak pasukan dalam jelajah pra musim.

Atletico Madrid yang dikendalikan oleh Diego Simeone pula turun dengan formasi yang lebihi ringkas dengan 4-4-2.

Jan Oblak bermain selaku penjaga gol, sambil dibantu oleh Reinildo Mandava selaku bek kiri, dan Nahuel Molina di bahagian pertahanan kanan. Stefan Savic dan Jose Maria Gimenez pula digandingkan di bahagian pertahanan tengah.

Simeone meletakkan pemain bukan pilihan utama di bahagian tengah dengan Yannick Carrasco, Thomas Lemar, Marcos Llorente dan Geoffry Kondogbia memberi perlingungan kepada pertahanan pasukan.

Matheus Cunha dan Angel Correa pula diletakkan selaku pemain penyerang pasukan.

Sepanjang separuh masa pertama, Atletico bermain secara tradisinya iaitu bertahan dengan cukup rendah di bawah dan sekali sekala melancarkan serangan balas.

Bruno Fernandes dilihat agak tergopoh gapah dan tidak tentu hala hantarannya dalam mencari Martial, Rashford dan juga Elanga.

Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh United sepanjang separuh masa pertama di mana mereka sekadar melakukan cubaan dari luar kotak penalti dan jika ada hantaran cantik ke dalam kotak penalti pun, penyerang mereka gagal untuk menyambut baik bola tersebut.

Pada hujung separuh masa pertama, gerakan build up yang cantik daripada United, diakhiri dengan satu sepakan yang lemah daripada Elanga di dalam kotak penalti dan dengan mudah ditangkap olehn Oblak.

Pada separuh masa kedua, Atletico Madrid melakukan pertukaran besar-besaran di mana sembilan pemain dimasukkan.

Rodrigo De Paul masuk menggantikan Yannick Carasso, Alvaro Morata menggantikan Matheus Cunha, Axel Witsel dan Koke masing-masing menggantikan Angel Correa dan Thomas Lemar.

Bekas pemain Barcelona, Antoine Griezmann pula dimasukkan menggantikan Stefan Savic manakala pemain yang beraksi di Chelsea secara pinjaman pada musim lalu, Saul Niguez menggantikan Jose Maria Gimenez.

Nahuel Molina dikeluarkan untuk memberi laluan kepada pemain termahal kelab, Joao Feliz dan Sergio Diez Roldan pula mengambil tempat Geoffrey Kondogbia.

Melengkapkan pertukaran ini adalah Daniel Wass yang masuk buat Marcos Llorente.

Pasukan lawan, Manchester United, hanya mula melakukan pertukaran pada minit ke-69 di mana pemain baru, Christien Eriksen masuk menggantikan Anthony Martial manakala pemain yang tidak pernah mendapat tempat di hati pengurus sebelum ini, Donny Van De Beek dimasukkan menggantikan Scott McTominay.

Selepas kedua-dua pemain ini dimasukkan, baru lah United dilihat mendapat rentak dan mula melakukan ancaman serius kepada pasukan lawan.

Pada suatu ketika, hantaran lintang Eriksen ke dalam kotak penalti Atleti sepatutnya sudah mampu untuk memberikan gol pertama perlawanan namun Rashford yang berada di dalam kotak penalti gagal membaca hantaran tersebut.

Bosan dengan Elanga yang tak pandai main bola, Erik Ten Hag bertindak memasukkan pemain muda, Facundo Pellistri.

Pada sepuluh minit terakhir, rentak serangan United semakin baik dan Pellistri dapat melakukan satu hantaran leret tepat ke arah Rashford yang berlari ke arah kotak penalti Atletico Madrid.

Sebaik mendapat bola, Rashford mengawal dengan begitu baik sebelum melepaskan rembatan ke arah gol, namun rembatan tersebut terkena kaki Witsel dan bola kemudiannya melantun kepada Peliistri yang melakukan larian susulan.

Sebaik bola sampai, Pellistri tanpa fikir panjang cuba melepaskan satu rembatan deras ke arah gol dalam kotak penalti, namun mungkin nervousnya tebal, rembatan tersebut sekadar kelepek terkena badan Wass.

Bruno yang berada di sebelah kirinya pula mula membuat muka kecewa kerana bola tidak dilorongkan kepadanya meskipun dia tidak dikawal.

Pada mint ke-85, menerusi satu serangan balas yang biasa, Atletico Madrid berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Morata yang mendapat bola di attacking third, telah melorongkan bola kepada Felix di sebelah kirinya. Felix kemudiannya buat acah-acah nak berlai sikit, lantas melepaskan rembatan leret menipu Dalot yang sudah membuat terjahan di depannya.

Bola bergolek laju ke sebelah kanan dan masuk ke dalam gol sambil hanya dapat dilihat oleh David De Gea.

Pada hujung perlawanan, pemain wonderkid, Fred, telah dilayangkan kad kuning kedua, sekaligus muncul pemain kedua United dilayangkan kad merah dalam kempen pra musim pada tahun ini.

Tidak lama kemudian, pengadil meniup wisel penamat.

Perlawanan ini menunjukkan bahawa ada sebab kenapa Atletico Madrid bermain di UCL, dan United bermain di Europa.

Manakala penjaring terbanyak musim lalu, Cristiano Ronaldo pula pasti tersenyum sinis melihat keputusan perlawanan.

Sempena jaringan tunggal Felix dalam perlawanan ini, admin belanja lagu yang pernah dinyanyikan pemain ini dalam pentas akhir Akademi Fantasia musim ketiga suatu ketika dahulu.

BACA:  Emre Can Mahu Liverpool Tamatkan Musim Di Kedudukan Ke-2 Liga