De Gea ‘Koyak’ Sampai Cari Gaduh Dengan Terowong Di Old Trafford

David De Gea dilihat meluahkan kemarahan beliau dengan menumbuk terowong di Old Trafford selepas tamat aksi kekalahan United bertemu Man City malam semalam.

Penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu benar-benar koyak dalam perlawanan ini kerana kecewa dengan keputusan dan persembahan rakan sepasukannya.

Tidak mungkin beliau kecewa dengan dirinya sendiri kerana De Gea begitu banyak menyelamatkan United dari terus dibolosi dalam perlawanan ini.

Manchester City mendahului perlawanan seawal minit ketujuh permainan hasil gol sendiri jaringan dari Eric Bailly.

Pemain pertahanan yang dipuji kerana mempamerkan persembahan dasyat ketika bertemu Atalanta itu tertampan bola hantaran dari Joao Cancelo masuk ke gawang golnya sendiri.

De Gea berhak dipuji atas persembahan mantap yang beliau persembahkan sepanjang aksi babak pertama dalam perlawanan ini.

Beliau beberapa kali melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia dalam menyelamatkan gawang golnya dari terus dirobek oleh Man City.

The Citizens sebenarnya berpotensi untuk menjaringkan empat ke lima gol lagi pada aksi babak pertama dalam perlawanan ini, namun De Gea berjaya menyelamatkan maruah United dari dicalarkan oleh seteru sebandar mereka itu.

Penjaga gol berusia 30 tahun itu dua kali menggagalkan percubaan dari Cancelo dan turut menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi oleh Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne.

Walau bagaimanapun, City berjaya menggandakan kedudukan sebelum rehat separuh masa, selepas Bernardo Silva cemerlang memanfaatkan kesilapan dari Luke Shaw dan Harry Maguire.

Cancelo menghantar bola ke back post dengan Silva berlari masuk ke dalam kotak penalti dan menguis bola tersebut ke arah dada De Gea sebelum bola itu bergolek menerjah jaring gawang gol United.

Tidak pasti siapa yang harus dipersalahkan namun yang pasti ia bukan salah Ole Gunnar Solskjaer kerana beliau berada di luar padang.

Mungkin salah pemain midfield dan full-back kerana tak menghalang Cancelo dari melambungkan bola masuk ke dalam kotak penalti.

Dan mungkin juga benar ia salah Maguire dan Shaw yang tak melihat Bernardo Silva berada di belakang mereka dan tak mencuba untuk mengeluarkan bola hantaran dari Cancelo itu.

De Gea pada ketika itu sudah menunjukkan kemarahan beliau dengan beliau menumbuk tiang gol ketika para pemain City sedang meraikan gol mereka.

Selepas tamat perlawanan, beliau dilihat sekali lagi menunjukkan reaksi kecewa dengan menumbuk terowong menuju masuk ke bilik persalinan dengan penuh amarah.

Salah seorang peminat sempat merakam detik di mana De Gea kepal penumbuk dan menghayunkannya di pintu tersebut sebelum beliau terus menghilang masuk ke dalam terowong.

“Kesakitan yang dia rasa jelas terbukti dari apa yang baru dia lakukan sebentar tadi. Dia sudah lakukan yang terbaik tapi malang untuk dia, gawang dia dibolosi juga.”

“Dia tak berhak untuk rasa macam ni, dia antara pemain terbaik dalam perlawanan ini, orang yang sepatutnya kecewa nampak gembira tapi dia yang cemerlang nampak benar-benar kecewa. Dia legenda kelab.”

“De Gea merupakan salah seorang dari dua tiga pemain lain yang bermain demi pasukan. Dia tak berhak lalui semua ini.”

“Kesian De Gea, saya tak sampai hati tengok dia kecewa macam ni.”

Begitulah komen-komen dari para peminat di media sosial yang bersimpati dengan nasib De Gea.

Selepas tamat perlawanan, beliau turut memuat naik status di laman twitter miliknya untuk meluahkan rasa sakit dan kecewanya beliau pada ketika ini.

Kemenangan 2-0 City menewaskan United membawa mereka naik ke kedudukan kedua dalam carta saingan liga, tiga mata dibelakang Chelsea yang sedang memimpin saingan Premier League.

Liverpool walau bagaimanapun berada di kedudukan ketiga, satu mata di belakang Man City dan mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.

Setan merah sementara itu kekal di kedudukan kelima dalam carta liga dengan mereka sembilan mata ketinggalan dari pendahulu saingan liga, Chelsea.

Roy Keane bengang dengan pemain United

Legenda Manchester United, Roy Keane menghentam kedua-dua Shaw dan De Gea ketika rehat separuh masa kerana mereka gagal menghalang gol kedua City.

“Lihat pada Shaw dan De Gea. Apa peluang yang kamu ada lagi dalam perlawanan ini? Aku dah bertahun-tahun memang geram dengan diorang ni.”

“Aku menyerah kalah dengan pemain ni. Diorang pemain antarabangsa! Aku tak faham cara mereka bertahan… Ketika memandu datang ke sini, aku terfikir, ‘Adakah Man Utd akan ada peluang kalau mereka ni tak main.”

“Mereka sentiasa macam ni sepanjang musim, melepaskan peluang. Dan City menjadi sedikit angkuh dalam memberi satu ke dua kesempatan.”

“Ia sudah dua pada ketika ini, melainkan United melakukan perubahan drastik, kalau tidak mungkin akan jadi empat atau lima.”

Selepas tamat perlawanan, beliau meluahkan rasa kecewanya beliau terhadap Ole Gunnar Solskjaer kerana terus mempercayai Fred.

Keane menyatakan andai Solskjaer berjalan masuk ke studio Sky Sports selepas tamat perlawanan tersebut, beliau sudah tentu akan mencekak leher pengurus United itu, dan tanya padanya, ‘Kenapa terus mainkan Fred’.

Legenda setan merah itu jelas sekali begitu terkesan dan kecewa melihat persembahan Fred dan beliau turut merasakan pemain midfield Brazil itu tak sepatutnya berada di atas padang.

Keane tidak teragak-agak membantai para pemain Manchester United yang tidak beraksi dengan baik dalam perlawanan ini.

“Ole benar-benar terganggu dalam sidang media itu.”

Jelas Keane.

“Ia sangat sukar untuk seorang pengurus, ketika kau dibelasah dalam satu perlawanan dan kemudian dia ditanya dengan soalan sukar tapi dia tetap tampil dan dia sentiasa ada dan aku puji dia untuk itu.”

“Tapi kau seorang pengurus, pagi ini dia bercakap tentang pemain sedang dalam mood terbaik di hotel, apa jadah segala yang diorang buat.”

“Kau bagi tumpuan untuk perlawanan lihat dalam bas ada Luke Shaw, Harry Maguire, Fred semua ada di sana dan tugas kau bergantung kepada diorang ni? Kau dalam masalah. Kau ada pemain antarabangsa.”

“Sesiapa yang kata pada aku yang Fred cukup bagus untuk United, diorang sebenarnya berada dalam dunia fantasi yang tak masuk akal.”

Keane turut menyatakan yang kekalahan 2-0 bertemu Manchester City malam semalam memberikan perasaan yang lebih teruk berbanding ketika kekalahan bertemu Liverpool.

“City merupakan pasukan yang berbeza berbanding Liverpool dan mereka sangat gembira menguasai bola.”

Tambah Keane lagi.

“Mereka cuma bermain-main dengan United. Ia sangat teruk, perbezaan dari segi kelas, kualiti dan cara membuat keputusan.”

“Orang tua-tua kata, dewasa bertemu kanak-kanak, tapi United punya teruk memang sungguh menakjubkan. Foden kata ia tempat yang sukar untuk dikunjungi, tapi sebenarnya tak. Tanya Everton, tanya Aston Villa, tanya Liverpool. Setiap pasukan yang datang sini mereka akan bergembira.”

“Aku cari karakter, McTominay, Fred, tapi pemain ini memang langsung tak cukup bagus untuk Man Utd. Bailly tak konsisten. Kau sepatutnya keluar padang dengan kehabisan tenaga. Tapi Foden berborak dekat sana macam dia baru saja selesai berlatih.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bukan Tribute Kepada Treble Man City, Scholes Bengang Old Trafford Dibanjiri Bendera Biru Dan Putih