Keane Nak Rembat Ole Sebab Bagi Fred Main

Roy Keane geram dengan keputusan Ole Gunnar Solskjaer yang terus menerus memberi kepercayaan kepada Fred untuk bermain dalam kesebelasan utama United.

Keane menyatakan andai Solskjaer berjalan masuk ke studio Sky Sports selepas tamat perlawanan tersebut, beliau sudah tentu akan mencekak leher pengurus United itu, dan tanya padanya, ‘Kenapa terus mainkan Fred’.

Legenda setan merah itu jelas sekali begitu terkesan dan kecewa melihat persembahan Fred dan beliau turut merasakan pemain midfield Brazil itu tak sepatutnya berada di atas padang.

Manchester United sekali lagi diaibkan di halaman mereka sendiri pada musim ini, selepas mereka teruk didominasi oleh Manchester City dalam aksi saingan Premier League malam semalam.

The Citizens seolah-olah hanya menjalani sesi latihan sahaja di Old Trafford dalam aksi Manchester derby malam semalam, dengan United sendu tak melawan.

Gol sendiri jaringan Eric Bailly dan gol jaringan Bernardo Silva sudah cukup untuk membantu skuad kendalian Pep Guardiola untuk mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan setan merah di Old Trafford.

Selepas wisel penamat dibunyikan, legenda United, Gary Neville, Graeme Souness dan Micah Richards telah berkongsi pandangan masing-masing tentang perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, Roy Keane tampil untuk mencetuskan sensasi yang lebih hangat, dengan beliau benar-benar melepaskan kemarahannya melihat aksi persembahan Fred.

Keane tidak teragak-agak membantai para pemain Manchester United yang tidak beraksi dengan baik dalam perlawanan ini.

“Ole benar-benar terganggu dalam sidang media itu.”

Jelas Keane.

“Ia sangat sukar untuk seorang pengurus, ketika kau dibelasah dalam satu perlawanan dan kemudian dia ditanya dengan soalan sukar tapi dia tetap tampil dan dia sentiasa ada dan aku puji dia untuk itu.”

“Tapi kau seorang pengurus, pagi ini dia bercakap tentang pemain sedang dalam mood terbaik di hotel, apa jadah segala yang diorang buat.”

“Kau bagi tumpuan untuk perlawanan lihat dalam bas ada Luke Shaw, Harry Maguire, Fred semua ada di sana dan tugas kau bergantung kepada diorang ni? Kau dalam masalah. Kau ada pemain antarabangsa.”

“Sesiapa yang kata pada aku yang Fred cukup bagus untuk United, diorang sebenarnya berada dalam dunia fantasi yang tak masuk akal.”

Keane turut menyatakan yang kekalahan 2-0 bertemu Manchester City malam semalam memberikan perasaan yang lebih teruk berbanding ketika kekalahan bertemu Liverpool.

“City merupakan pasukan yang berbeza berbanding Liverpool dan mereka sangat gembira menguasai bola.”

Tambah Keane lagi.

“Mereka cuma bermain-main dengan United. Ia sangat teruk, perbezaan dari segi kelas, kualiti dan cara membuat keputusan.”

“Orang tua-tua kata, dewasa bertemu kanak-kanak, tapi United punya teruk memang sungguh menakjubkan. Foden kata ia tempat yang sukar untuk dikunjungi, ia tak. Tanya Everton, tanya Aston Villa, tanya Liverpool. Setiap pasukan yang datang sini mereka akan bergembira.”

“Aku cari karakter, McTominay, Fred, tapi pemain ini memang langsung tak cukup bagus untuk Man Utd. Bailly tak konsisten. Kau sepatutnya keluar padang dengan kehabisan tenaga. Tapi Foden berborak dekat sana macam dia baru saja selesai berlatih.”

Keane jelas bengang melihat persembahan United kerana skuad setan merah benar-benar didominasi dalam perlawanan ini.

Walau mereka hanya bolos dua gol, namun pasukan pelawat benar-benar bergembira mendominasi dan menguasai sepenuhnya perlawanan ini.

Ini kali kedua United diaibkan di halaman sendiri selepas didominasi sepenuhnya oleh pasukan pelawat dan ia jelas satu hal yang tidak boleh diterima oleh para peminat.

Sebaik perlawanan tamat, para peminat sudah mula melaungkan Ole Out dan berharap agar pihak kelab memecat sahaja pengurus dari Norway itu.

Manchester City pada ketika ini sedang berada di kedudukan kedua dalam carta liga, tiga mata dibelakang Chelsea yang sedang mendahului saingan Premier League.

United sementara itu berada di kedudukan kelima, dengan mengumpul 17 mata dari 11 perlawanan, dan mereka juga berpotensi untuk dipintas oleh beberapa pasukan lain termasuk Arsenal yang akan beraksi esok.

Adakah Ole akan kekal mengurus United? Atau beliau akan dipecat selepas kekalahan memalukan bertemu seteru sebandar pada malam ini?

Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rangnick Terkesima Dengan Gol Fred, Terpaksa Tanya Pembantu Jurulatih Fred Kaki Kanan ke Kiri?