[VIDEO]: Roy Keane Diserang Dan Ditanduk Penyokong Arsenal Di Emirates

Roy Keane dilaporkan telah diserang dan ditanduk di bahagian dada dan dagu oleh seorang individu dipercayai penyokong Arsenal.

Insiden tersebut berlaku di Stadium Emirates di mana Keane bertugas sebagai pundit untuk perlawanan Arsenal menentang Manchester United yang berkesudahan dengan kemenangan 3-1 kepada pasukan tuan rumah.

Sebuah video yang tular menunjukkan rakan pengulas dan juga pundit Sky Sports Micah Richard berkonrontasi dengan seorang penyokong dengan menggemgam baju individu tersebut.

Keane juga dilihat berhampiran dan dilihat bertengkar dengan lelaki itu. Pada mulanya video pendek tersebut menimbulkan tanda tanya mengenai kejadian sebenar.

Rupa-rupanya Richards sedang berusaha mengelak pergaduhan lebih besar berlaku selepas individu tersebut terlebih dahulu menyerang Keane.

Laporan mendedahkan kejadian berlaku ketika Keane dalam perjalanan untuk memberi ulasan selepas perlawanan untuk Sku Sports.

Bekas kapten Manchester United itu diserang oleh penyokong tersebut ketika sedang menunggu lif untuk turun ke padang. Tiada kecederaans serius dilaporkan berlaku.

Penyerang tersebut turut meninggalkan tempat kejadian sebelum ketibaan pegawai keselamatan.

Richards dan Keane kemudiannya diiring oleh pegawai keselamatan stadium untuk turun ke padang.

Seorang jurucakap Sky Sports kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan: “Kami difahamkan pihak polis sedang menyiasat insiden serangan berkaitan video yang tular.

“Seperti anda semua boleh dilihat, Micah Richards berusaha untuk meleraikan ketegangan yang berlaku.”

Keane dan Arsenal sememangnya dikenali dengan hubungan yang rapuh sejak bertahun lamanya.

Bekas pemain tengah berusia 52 tahun itu pernah berseteru dengan kapten Arsenal, Patrick Viera dan kelibat kedua-duanya sentiasa menhiasai insiden panas melibatkan pertemuan kedua-dua pasukan.

Pertemuan Arsenal dan Manchester United kekal sebagai antara perseteruan panas yang sering berlaku di dalam sejarah Premier League ketika kedua-duanya mendominasi pertandingan tersebut di antara 1996 sehingga 2004 – walaupun situasi pada hari ini sudah pun berbeza.

BACA:  Pembantu Jose Mourinho Bakal Tinggalkan Manchester United Selepas 17 Tahun Bersama