Piala FA: Man United Pertahan Kekentalan Tidak Pernah Tewas Kepada Liverpool Sejak 1921

Selepas tewas 4-0 dan dibelasah 7-0 dalam dua kunjungan terakhir ke Anfield sebelum musim ini, hampir kesemua penyokong Manchester United berpendapat pasukan mereka tidak mempunyai harapan lagi – apatah krisis kecederaan melanda skuad kendalian Erik ten Hag menjelang Disember lalu.

Namun perlawana pertama di antara kedua-dua pasukan di Anfield pada musim ini berakhir 0-0 dibantu oleh taktikal ultra-defensive parking bus menggandingkan Jonny Evans dan Raphael Varane di bahagian pertahanan.

Kejayaan menyingkirkan Liverpool pada suku akhir Piala FA pada malam tadi pula bukan sekadar keputusan positif yang amat diperlukan oleh United dan penyokong mereka.

Ia juga memadam impian Liverpool memburu quadruple – hadiah terbaik buat musim terakhir Jurgen Klopp yang mengakhiri eranya di Anfield selepas tamat saingan musim ini.

Di sebalik semua itu, mungkin ramai yang tidak menyedari Manchester United kini terus melebarkan rekod kemenangan ke atas Liverpool di Piala FA merentasi lapan pertemuan sejak 1921.

Kali terakhir United tewas kepada Liverpool adalah di 103 tahun yang lalu apabila tewas 2-1 dalam perlawanan ulangan pusingan pertama pada Januari 1921.

Berikut adalah antara pertemuan epik kedua-dua pasukan sebelum perlawanan malam tadi:

February 1903, pusingan pertama – Manchester United 2 Liverpool 1

Perlawanan ini diadakan di Bank Street, arena United sebelum Old Trafford dan United dijangka tidak berpeluang melepasi Liverpool pada ketika itu.

United adalah pasukan yang bergelut di divisyen kedua manakala Liverpool adalah pasukan terhebat di England. Namun demikian ini tidak bererti United boleh dibuli begitu sahaja dalam perlawanan ini.

Man Utd vs Liverpool FA Cup 1903

Dua gol oleh penyerang dari Scotland, Jack Peddie dan kemudian kad merah untuk salah seorang pemain pelawat menyebabkan Liverpool gagal menjelmakan kebangkitan.

United bagaimanapun disingkirkan oleh Everton di pusingan seterusnya.

Mei 1977, perlawanan akhir – Manchester United 2 Liverpool 1

Seperti perlawanan pada malam tadi, United juga adalah anjing bawahan ketika perlawanan akhir Piala FA 1977 menentang Liverpool.

Pada ketika itu Liverpool dicanang bakal juara treble dan menjadi kelab Inggeris pertama untuk menjuarai liga, Piala FA dan Piala Eropah.

Baru sahaja dinobatkan sebagai juara liga Liverpool tampil menentang United yang mengakhiri musim di kedudukan keenam liga. Jangkaan ramai Liverpool mudah meratah United bagaimanapun salah apabila perlawanan ditentukan di dalam tempoh beberapa minit pada awal babak kedua.

Stuart Pearson memberikan United gol pendahuluan dengan rembatan rendah sebelum Jimmy Case menyamakan kedudukan untuk Liverpool selang tiga minit kemudian.

United yang dikendalikan Tommy Docherty kembali di hadapan hasil rembatan Lou Macari selepas bola terbias Jimmy Greenhoff.

Skuad United kemudian berpesta sehingga subuh meraikan kemenangan tersebut di hotel penginapan mereka di London.

Pengurus United Docherty yang hampir kehilangan jawatannya kerana skandal dengan isteri fisio pasukan menikmati champagne seawal pagi berikutnya bersama Brian Greenhoff dan Steve Coppell.

April 1985, perlawanan ulangan semi-final – Manchester United 2 Liverpool 1

“Kami menentang Liverpool di Everton ketika separuh akhir 1985 dan penyokong mereka sedia melontar bola golf,” kongsi bekas kapten United Bryan Robson.

“Isteri saya mahu menghadiri perlawanan tersebut tetapi dihalang oleh saya. Kami bermain di hadapan padang yang dipagar kerana insiden mencerobohi padang sebelum itu.”

Selepas terikat 2-2 di Goodison Park hasil gol penyamaan Paul Walsh untuk Liverpool pada minit ke-119, perlawanan ulangan diadakan di Maine Road – stadium milik Man City sebelum ini.

Dalam perlawanan itu Robson menjaringkan gol kemenangan United selepas gerakan satu dua menarik bersama Frank Stapleton.

United kemudian menewaskan Everton di perlawanan akhir, tetapi gagal menjuarai liga.

Mei 1996, perlawanan akhir – Manchester United 1 Liverpool 0

Ada beberapa perkara menarik mewarnai perlawnaan ini. Suit putih aneh Armani Liverpool, Cantona, apa lagi?

“Perlawanan akhir Piala FA 1996 adalah impian yang menjadi kenyataan buat saya,” kata pemain pertahanan United, David May.

“Keluarga saya teruja. Ayah saya tidak pernah mengatakan apa-apa tetapi saya tahu dia bangga melihat anak lelakinya beraksi di perlawanan akhir Piala FA.

“Dan suit putih dipakai pemain Liverpool? Kami lihat ia seperti tombol pintu – kelakar,” kata May sambil ketawa.

“Mereka semua berwarna putih dengan suit jenama Armani dan suit kami pula buatan kedai jahit tempatan, Burton.”

Perlawanan akhir tersebut dianggap antara yang paling klasik pernah berlangsung di antara kedua-dua pasukan di pertandingan Piala FA.

“Kami sukar memperolehi peluang, mereka juga sama,” tambah May.

“Saya tahu kami tidak akan kalah. Kami memperolehi sepakan sudut pada lewat perlawanan. Saya menghimpit penjaga gol (David James) dan cedera. Bola bergolek ke arah Eric Cantona dan dia menyempurnakan peluang tersebut.”

“Saya bangun kembali daripada kecederaan dan meraikan jaringan tersebut. Sangat gila!”

Januari 2011, pusingan ketiga – Manchester United 1 Liverpool 0

Liverpool tiba di Old Traffford ketika United semakin menghampiri kejuaraan liga dan perlawanan akhir Champions League ketiga dalam tempoh 4 tahun.

Liberpool menamatkan saingan Premier League di kedudukan keenam, 22 mata di belakang United dan ia adalah perlawanan pertama kendalian Kenny Danglish yang kembali buat kali kedua melatih kelab berpengkalan di Merseyside itu.

Sebelum itu Roy Hodgson hanya bertahan selama 6 bulans sebelum dipecat.

Hanya selepas dua minit, Dimitar Berbatov menjaringkan gol melalui sepakan penalti selepas Ryan Giggs dikasari. Kedudukan kekal sedemikian sehingga tamat perlawanan tatkala Steven Gerrard dilayangkan kad merah kerana kekasaran terhadap Michael Carrick.

United menuju ke Wembley tetapi membenarkan Manchester City memenangi trofi tersebut buat kali pertama sejak 1976.

Januari 2021, pusingan keempat – Manchester United 3 Liverpool 2

Digelar bola sepak pandemik dan kedua-dua pasukan beraksi di Old Trafford tanpa penonton tetapi ia tetap perlawanan mendebarkan apabila Mohamed Salah meletakkan Liverpool di hadapan.

Mason Greenwood menyamakan kedudukan buat United dan ia mungkin adalah perlawanan terbaik Greenwood ketika menyarung jersi United.

Penyerang muda itu kemudian mencipta assist buat Marcus Rashford untuk membenarkan United di hadapan tetapi Salah berjaya menyamakan keduddukan menjadi 2-2.

Sepakan percuma Bruni Fernandes pada minit ke-78 kemudiannya memberikan kemenangan buat United.

Kemenangan 4-3 pada malam tadi juga bermakna United kini memenangi semua lima perlawanan Piala FA menentang Liverpool di Old Trafford.

BACA:  Di Bawah Kendalian Conte, Spurs Berjaya Pamer Aksi Luar Biasa Menakjubkan Bertemu Liverpool