Sheikh Jassim Mahu Solskjaer Kembali Ke Old Trafford Jika Berjaya Ambil Alih Man Utd

Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan akan kembali menyertai Manchester United dan diberikan peranan baharu bersama kelab itu sekiranya Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani berjaya melengkapkan pengambilalihan kelab itu.

Sheikh Jassim dan Sir Jim Ratchliffe kini sedang menanti nasib mereka sebagai dua pembida terakhir kelab itu daripada keluarga Glazer.

Selepas keluarga Glazer memutuskan siapakah di antara keduanya memenangi bidaan untuk memiliki kelab tersebut, ia akan diikuti oleh tempoh sekitar lapan sehingga 12 minggu untuk proses dokumentasu sebelum pemilik baharu boleh diumumkan secara rasmi.

Menurut tabloid Mirror, Sheikh Jassim kini bersedia memanggil semula beberala legenda kelab untuk membantu beliau memimpin kelab tersebut.

Bekas bintang dan pengurus pasukan, Solskjaer dikatakan antara nama yang sedang dipertimbangkan.

Bekas penyerang antarabangsa Norway itu menjaringkan 126 gol daripada 366 perlawanan untuk Red Devils, dan pernah menjuarai enam gelaran Premier League selain UEFA Champions League ketika masih bergelar pemain bersama kelab itu.

Solskjaer kemudiannya pernah mengendalikan pasukan itu selama tiga tahun sebelum pengurus berusia 50 tahun itu dipecat pada November 2021 selepas deretan prestasi kurang memberangsangkan.

Pada bulan lalu Solskjaer berbicara mengenai potensi kembali ke Old Trafford dengan peranan yang berbeza.

β€œSaya juga mampu melakukan tugas lain sekiranya peluang itu tepat dan menarik,” kata Solskjaer yang masih dianggap sebagai salah seorang legenda kelab.

β€œAda banyak [tawaran dari] kelab, tetapi saya tidak akan menyertai mana-mana hanya kerana mahu kembali bekerja.

β€œIa harus sesuatu yang istimewa, dengan persekitaran baharu dan kelab yang benar-benar mengujakan saya.

β€œAtau sekiranya mereka [United] mahukan saya kembali dengan kapasiti lain. Siapa tahu kan?”

Laporan oleh Reuters pada minggu lalu berkata pihak pengurusan Manchester United kini memberikan keistimewaan secara eksklusif untuk melakukan rundingan bersama sebuah firma yang dimiliki Sheikh Jassim.

Firma tersebut dikenali sebagai Nine Two Foundation didaftarkan di London – dan menjadi firma yang akan digunakan oleh Sheikh Jassim untuk membeli pemilikan di dalam kelab tersebut.

Keputusan memberikan hak rundingan secara eksklusif kepada Nine Two Foundation bagaimanapun bukan indikasi firma tersebut telah memenangi perebutan dan bidaan.

Pada awal minggu lalu laporan media di Britain turut melaporkan kedua-dua pembida telah mengakhiri butiran untuk bidaan akhir kepada firma kewangan, Raines di Amerika Syarikat yang mengendalikan proses pindah milik.

Kedua-dua bidaan dilaporkan bernilai sekitar Β£5 billion dan tiada bidaan yang mampu mencapai kehendak Glazer yang menagih Β£6 billion untuk melepaskan pegangan mereka.

Keputusan pemenang bidaan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat. Tetapi pemilikan penuh oleh mana-mana pihak akan mengambil tempoh masa yang agak lama untuk diselesaikan.

BACA:Β  Dokumen Dedahkan Ratcliffe Dalam Bahaya Disingkirkan Oleh Man Utd Selepas 18 Bulan