Padu Gol Casemiro Namun Gol No Look Backheel Fred Lagi Jahat

Casemiro telah menjaringkan satu dua gol yang padu ketika Manchester United menewaskan Reading 3-1 namun jaringan no look Backheel dari Fred teramatlah jahat dan penuh bersahaja.

Pemain dari Brazil telah menjadi tonggak kemenangan Manchester United dalam perlawanan ini dengan tiga gol dan dua assist serta Bruno Fernandes sempat menyelit.

Casemiro yang menjadi faktor penting Manchester United dalam memberi kestabilan di bahagian pertahanan dan mampu juga membantu serangan terus mempamerkan kualiti.

Gol pertama dari Casemiro adalah dari satu sentuhan penyudahn yang tenang selepas menerima lorongan dari Antony, Casemiro melakukan sungkitan untuk menewaskan penjaga gol Brighton, Joe Lumley.

Sungguh cantik larian dari Casemiro dan Antony yang dikritik sebelum ini seperti sudah tidak mahu lagi melakukan skil yang sia-sia apabila berjaya membaca larian Casemiro dan terus menghantar bola.

Gol kedua dari Casemiro datang tiga minit selepas gol pertama, Bruno Fernandes ditutup ruang disebelah kiri dan berlegar-legar seketika sebelum menghantar bola kepada Fred.

Fred bermain secara ringkas dan terus menolak bola kepada Casemiro yang menjadi satu setting yang cantik tanpa berfikir panjang terus satu percubaan jarak jauh dilakukan Casemiro.

Bola melengcong ke kanan gawang jauh melepasi jangkauan Joe Lumley yang sehabis daya melayangkan badan untuk meyelamatkan bola tetapi gagal, Casemiro tersengih gembira seperti tidak percaya dengan jaringan sendiri.

Fred yang masuk menggantikan Cristian Erik terus membalas kepercayaan yang diberikan oleh Erik Ten Hag, tidak cukup dengan assist sahaja, Fred turut mencetak nama selaku penjaring.

Jika jaringan Casemiro sudah padu dan cantik, gol dari Fred ini teramatlah jahat dan penuh berseni, sangat kena dengan asal kelahirannya dari Brazil.

Hantaran Bruno Fernandes dengan penuh yakin telah disusuli dengan satu no look backheel dari Fred dengan satu lompatan penuh bersahaja menolak bola dengan membelakangi gawang.

Tiada siapa yang menjangka aka kehadiran gol itu, apabila semua sedar bola sudah selamat masuk ke dalam jaring.

Gol Marcus Rashford pada separuh masa pertama dibatalkan kerana Wout Weghorst terlebih dahulu ofsaid sebelum membuat hantaran melalui tandukan kepada Rashford.

Video Assistant Referee (VAR) membatalkan jaringan Rashford itu selepas melakukan penilitian lanjut bagi mencari keadilan untuk gol itu.

Jika gol itu dikira pasti kelakar kerana Joe Lumley menyelamatkan bola di dalam jaring kerana kelam kabut diperlakukan jentera serangan Manchester United

BACA:  Casemiro Nyatakan Minat Ganti Maguire Jadi Kapten Baru MU