Bintang Man Utd Ditawarkan Ke Kelab Lain Tanpa Pengetahuan Erik Ten Hag

Tersingkir seawal pusingan peringkat kumpulan, Manchester United sudah terlepas peluang mempertahankan Piala Carabao yang dimenangi pada musim lalu dan kini sekadar menduduki tangga keenam Premier League.

Derita skuad kendalian Erik ten Hag pada musim ini juga boleh menjadi semakin parah dengan kunjungan ke Anfield untuk berhadapan seteru dan pendahulu liga Liverpool pada Ahad ini.

Rekod sebelumnya menyaksikan United dibolosi sebanyak 11 kali dalam dua pertemuan terakhir di antara kedua-dua pasukan di Anfield termasuk kejayaan Liverpool membelasah lawan mereka itu 7-0 pada musim lalu.

Berdasarkan prestasi semasa Man Utd dijangka akan mendapatkan seorang pemain pertahanan tengah dan pemain tengah pada jendela perpindahan Januari akan datang.

Walaubagaimanapun usaha itu mungkin terhalan kerana kedudukan kewangan kelab untuk menarik minat pemain berkualiti.

Pada masa yang sama laporan daripada Independent dan Guardian mengesahkan Man Utd sedia untuk mendengar tawaran daripada mana-mana kelab untuk mendapatkan Raphael Varane, Casemiro dan Jadon Sancho pada jendela perpindahan yang sama.

The Guardian turut melaporkan Donny van de Beek dan Anthony Martial turut disenaraikan sebagai pemain untuk dilepaskan. Pada masa ini Van de Beek dilaporkan sedang dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman ke kelab Bundesliga Eintracht Frankfurt.

Independent bagaimanapun menegaskan Ten Hag hanya sanggup melepaskan pemain sedia ada sekiranya ia tidak menjejaskan pasukannya pada masa ini.

Membenarkan Casemiro untuk pergi di jendela perpindahan yang sama tanpa pengganti misalnya pasti akan membuatkan situasi dihadapi Ten Hag semakin rumit.

Dan menurut media Perancis Le10Sport, Casemiro secara diam-diam telah ditawarkan kepada PSG tanpa pengetahuan atau mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengurus itu.

Laporan tersebut mendedahkan PSG telah dihubungi oleh ejen pemain itu dan bukannya oleh pihak kelab. Perpindahan tersebut boleh menjadi kenyataan sekiranya United menerima bidaan yang sewajarnya.

Man Utd menbayar £60 juta untuk mendapatkan Casemiro dari Real Madrid pada 2022. Pada usia 31 tahun, United turut akan bergelut untuk mendapatkan pulangan sekiranya tidak melepaskan pemain itu dalam masa terdekat.

Musim lalu Casemiro membuktikan dirinya masih mampu beraksi di tahap tertinggi sebelum kariernya pada musim ini dihantui masalah kecederaan.

Laporan Le10Sport bagaimanapun tidak mendedahkan respon daripada PSG sama ada akan melakukan bidaan terhadap pemain tengah daripada Brazil itu.

Sebagai alternatif, kelab Saudi Pro League Al Nassr dan Al Hilal turut dikaitkan dengan Casemiro. Jika Casemiro menyertai Al Nassr ini bermakna pemain itu akan kembali bergandingan dengan Cristiano Ronaldo.

Kedua-dua pemain adalah aset utama Real Madrid ketika mendominasi La Liga dan pertandingan Eropah sebelum ini.

BACA:  Gol Dramatik Dan Sensasi Minit Akhir Kobbie Mainoo Beri Kemenangan Buat Man Utd