Kemenangan Hambar Menentang Wolves, Kebimbangan Man United Kini Adalah Bahagian Tengahnya

Manchester United tidak mungkin akan memenangi Liga Perdana pada 2023-24.

Erik ten Hag awal-awal telah mengatakan hanya Manchester City yang boleh bercakap mengenai gelaran seawal pramusim.

“Baki kelab lain perlu bersaing untuk muncul sebagai pasukan pertama mengesahkan tempat di kelompok 4 teratas” kata Ten Hag di pramusim

Persembahan goyah United dalam kemenangan 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers telah menjadi bukti kepada kenyatan Ten Hag itu.

United berjaya memenangi perlawanan pembukaan mereka. Pada musim lepas mereka kalah 1-2 kepada Brighton diikuti dengan 0-4 di Brentford.

Dua kekalahan tersebut menyebabkan mereka berada di tempat tercorot. Jadi, kemenangan ke atas Wolves merupakan satu peningkatan yang mantap.

United sentiasa mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik daripada apa yang mereka miliki sekarang.

Cuma tahap perkembangannya tidak begitu lancar dan mungkin menyaksikan mereka sekali lagi berjuang untuk mendapat slot Liga Juara-Juara.

Perlawanan diantara United dan Wolves sentiasa menghasilkan hiburan berkualiti tinggi. United mempunyai rekod kemenangan 6 kali, 4 seri dan kalah 3 kali dalam 13 mereka sejak 2018-19.

Walaupun Wolves sentiasa berubah termasuk menukar pengurus beberapa kali namun permainannya masih sama.

Wolves bertahan dalam garisan rendah dan cuba memenangi bola di bahagian-tengah sebelum melakukan serangan pantas. Ini memberi masalah kepada United.

Ruben Neves cukup berkesan dalam perlawanan ini sehingga para penyokong United yakin dia sangat sesuai dengan pasukan mereka.

Dalam perlawanan ini ia hanya berkisar pertarungan pemain-tengah, pasukan mana boleh mengawal permainan untuk dimanfaatkan oleh pemain di posisi lain.

Hantaran silang dari Aaron Wan-Bissaka yang kemudiannya disudahkan oleh Raphael Varane melalui tandukan telah memberikan gol kemenangan untuk United.

Namun hakikatnya, kebimbangan sebenar United adalah di bahagian-tengahnya.

Pada bulan Jun dan Julai, Ten Hag mempunyai peluang untuk mentakrifkan semula pasukannya, pemain mana yang akan berada di dalam skuadnya dan gaya permainan bagaimana yang mahu diamalkannya.

Ten Hag telah memasukkan Andre Onana dan Mason Mount kedalam barisan kesebelasan utamanya. Ten Hag bercita-cita mahu menjadikan United sebuah pasukan transition terbaik dunia.

Namun ketika menentang Wolves, keadaan menjadi keliru apabila Ten Hag meminta Luke Shaw masuk ke bahagian-tengah menyertai Casemiro.

Mount pula bergerak ke atas menyertai Bruno Fernandes untuk membentuk midfield box (3-2-4-1).

United mempunyai ramai pemain yang bercirikan hantaran pendek, hantaran selamat dan hantaran konservatif.

Dengan pertahan-bertiga ditambah dengan ciri pemain yang dimilikinya, pasukan ini lambat mengesan pemain di bahagian-atas.

Apabila Shaw diarahkan supaya bergerak ke bahagian-tengah, permainan Alejandro Ganarcho menjadi goyah tanpa sokongan dari belakangnya.

Pada babak kedua Victor Lindelof dimasukkan untuk menggantikan Martinez yang mempunayi 1 kad kuning. Kemasukan Lindeloft menamatkan shape 3-2-4-1.

Namun masalah dibahagian-tengah masih berterusan.

Pelan asalnya, Ten Hag membeli Mount untuk dijadikan sebagai pemain box to box atau mempunyai sedikit pemikiran bertahan.

Ten Hag membayangkan Mount akan berfungsi sebagai pencetus dibahagian-tengah, free NO8 dan akan berada disisi Bruno Fernandes di kawasan final third.

Mount menghabiskan sebahagian besar permainan di sebelah Bruno dan meninggalkan ruang besar dibelakanganya untuk diuruskan oleh Casemiro.

Casemiro tidak mempunyai masalah menjaga kawasan itu secara bersendirian tetapi dia sudah berusia 31 tahun untuk berlari melindungi banyak kawasan di atas padang.

Dalam perlawanan seterusnya, United perlu menentukan bagaimana mereka mahu berfungsi dibahagian-tengah.

Sama ada Mount akan mengurangkan sedikit permainan di bahagian atas atau Casemiro perlu belajar bagaimana mahu menyertai Mount dengan strategi risk and reward.

Ia kerana idea Ten Hag ialah mahu pemainnya memenangi bola di bahagian-atas (middle third) dan melancarkan serangan pantas.

Dalam perlawanan pertama, United telah meninggalkan terlalu banyak ruang di bahagian-tengah untuk pemain lawan membuat kekacauan.

Masalah United menjadi semakin banyak apabila pressing dibahagian-atas mereka terlalu lemah. United juga terlalu santai ketika menguasai bola.

Pada perlawanan pagi Isnin waktu Malaysia itu, United telah hilang bola sebanyak 81 kali. Duo Wolves, Cunha dan Matheus Nunes terlalu mudah menembusi kawasan-tengah.

United telah membenarkan Wolves melepaskan 23 percubaan. Hanya Luton Town (27) dan Sheffield United (24) membenarkan pasukan lawan melepaskan lebih banyak percubaan dalam perlawanan pertama liga.

Positifnya, United menang.

Ten Hag seorang pengurus yang mahir dalam membetulkan keadaan apabila pasukannya memerlukan perubahan.

Dia memasukkan Jadon Sancho dan Christian Eriksen untuk menggantikan Garnacho dan Mount.

Perubahan itu memberi ketenangan kepada pasukan ketika mereka menguasai bola dan hasilnya Varane menjaringkan gol tunggal perlawanan.

“Kami perlu bergerak dengan bola dan kompak,” kata pengurus United itu pada sepenuh masa pertama

“Dan apabila anda kompak, anda perlu menjadi agresif dan bertarung dalam duels.”

“Hari ini, kami tewas dalam beberapa pertarungan dan membenarkan pihak lawan melakukan serangan balas.

“Nasib baik, sama ada kami menyerap serangan balas dengan baik atau kami mempunyai Andre Onana yang melakukan beberapa penyelamatan .”

BACA:  Man Utd Hubungi Kelab Arab Saudi Untuk Lelong Sancho Dan Antony