“Kehebatan Maguire Dan Onana Diamkan Haters” – Mesut Ozil

Mesut Ozil menyampaikan mesej sebagai tanda sokongan kepada Harry Maguire dan Andre Onana setelah kedua-dua pemain menjadi hero Manchester United dalam kemenangan 1-0 ke atas Copenhagen di pertandingan UEFA Champions League pada awal pagi tadi.

Selepas tewas 3-2 kepada Bayern Munich dan Galatasaray dalam dua perlawanan pertama, United akhirnya berjaya mendapatkan mata pertama mereka di Eropah pada musim ini.

Ketika perlawanan ini turut kelihatan akan berkesudahan dengan kekecewaan buat barisan anak buah Erik ten Hag, Harry Maguire berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-72 perlawanan.

Pemain pertahanan England itu menanduk masuk hantaran lintang Christian Eriksen dan meneruskan kisah kebangkitan daripada karier yang sentiasa mendapat kritikan sejak beberapa musim lalu.

Merupakan pemain terbaik perlawanan pada hujung minggu lalu menentang Sheffield United, jaringan menentang Copenhagen nyata begitu bermakna buat Maguire yang sentiasa menjadi mangsa jenaka dan kritikan melampau penyokong sendiri dan lawan selama ini.

Selain Maguire, Andre Onana turut memberikan sumbangan besar di dalam kemenangan ini.

United memberikan sepakan penalti kepada Copenhagen pada minit akhir perlawanan apabila Scott McTominay didakwa melakukan kekasaran. Namun demikian Onana berjaya menyelamatkan sepakan tersebut.

Dan selepas itu bekas bintang Arsenal dan Real Madrid Mesut Ozil memberikan satu komen berkaitan kesukaran yang telah dilalui kedua-dua pemain selama ini bersama United.

Melalui hantaran di X, Ozil menulis: “Harry Maguire dan Andre Onana selayaknya terima semua ini – iaitu mendiamkan haters.”

Onana dibawa masuk daripada Inter Milan yang merupakan finalis Champions League musim lalu di jendela perpindahan Julai lalu.

Di sebalik reputasi sebagai antara penjaga gol moden terhebat dunia, Onana melalui permulaan sukar bersama United dengan beberapa kesilapan berprofil tinggi menyebabkan kekalahan United kepada Bayern Munich dan Galatasaray.

Aksi menyelamat Onana pada awal pagi tadi bagaimanapun berjaya menghidupkan peluang United untuk mara ke pusingan seterusnya pertandingan elit Eropah itu pada musim ini.

Signed from Champions League finalists Inter Milan, Onana has had a tough start to life at United and made costly errors against Bayern and Galatasaray.

“Saya hanya melakukan tugas saya,” kata penjaga gol itu kepada TNT Sports selepas tamat perlawanan.

“Saya harus melakukannya [menyelamatkan penalti] untuk memberikan kemenangan kepada kami, untuk menang menentang sebuah pasukan yang kental. Kami melalui perlawanan yang hebat.

“Juga gol yang hebat daripada Harry [Maguire] dan saya amat gembira. Kami harus terus [menang] perlawanan seterusnya.

“Ya, sudah tentu ada cabaran. Kami adalah Manchester United, sebuah kelab yang besar dengan pemain yang hebat. Jadi hanya masa akan menentukan. Sekarang kami harus terus begini [menang], dan kami akan melalui semua kesukaran ini.”

Ahad akan datang cabaran lebih besar menanti United apabila akan berhadapan Manchester City di Old Trafford.

BACA:  Berapakah Kerugian Manchester United Selepas Tersingkir Dari Champions League?