Manchester United baru baru ini diumumkan sebagai kelab paling bernilai di dunia. Dan mereka menunjukkan kenapa mereka berhak menjadi kelab paling terkenal di seantero dunia.
Terbaru Andre Onana dan Alejandro Garnacho menyampaikan mesej sokongan kepada bintang Malaysia, Faisal Halim.
Faisal Halim kini terlantar di hospital, untuk rawatan kecederaan kulitnya. Faisal telah mengalami lecur kimia tahap 4 yang serius.
Ianya selepas ada haiwan bertopengkan manusia menyimbah pemain tersebut dengan asid di sebuah medan parkir sebuah pasaraya.
Pemain Selangor dan Harimau Malaya itu segera dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Bintang Manchester United titipkan tanda sokongan
Berita tentang keganasan ke atas pemain itu sampai ke pengetahuan pemain pemain Man United. Yang dipercayai mendapat tahu menerusi krew Stadium Astro.
Astro merupakan stesen penyiar rasmi EPL dan merupakan antara syarikat penyiar yang memiliki pegangan eksklusif tayangan EPL.
Onana menyatakan bahawa mereka simpati dengan apa yang menimpa Faisal Halim. Dia menyatakan sokongan moral kepada pemain itu yang sedang dalam detik sukar.
“Hello Faisal Halim. Kami dah mendengar tentang apa yang berlaku kepada kamu. Kami simpati dengan kami dan kami bersama dengan kamu.
“Kami juga tahu, ia adalah detik yang sukar untuk kamu dan juga detik sukar untuk keluarga kami. Di sini, Garnacho dan saya, kami mendoakan yang terbaik buat kamu. Kami di sini menyokong kamu.
“Saya bercakap mewakili rakan sepasukan saya, dan kita bersama dengan kamu. Terus berjuang sahabat.”
Garnacho kemudian turut mendoakan yang terbaik buat Faisal Halim.
“Faisal, we are with you. Get well soon”
From Manchester to Malaysia. A show of solidarity from Andre Onana and Alejandro Garnacho dedicated to Malaysian footballer, Faisal Halim, who recently fell victim to a horrifying acid attack. pic.twitter.com/8i1PAaHRlX
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) May 11, 2024
Andre Onana dan Alejandro Garnacho musim ini menjadi pemain utama Man United. Sementara itu Faisal Halim seperti yang diketahui merupakan pemain penting untuk pasukannya Selangor dan juga pasukan Harimau Malaya.
Di bawah bimbingan Kim Pan Gon, Faisal Halim adalah penyerang pilihan utama jurulatih itu bersama sama dengan Ariff Aiman. Seterusnya dia juga beberapa kali sudah memakai lilitan kapten Harimau Malaya. Bukti bahawa pemain tersebut bukan sahaja lincah namun memiliki nilai kepimpinan yang disegani.
Ianya detik sukar buat Faisal. Seluruh komuniti bola sepak Malaysia berduka dan mendoakan yang terbaik buat pemain tersebut.
Sebagai info tambahan, Faisal Halim pernah berlatih di Old Trafford ketika menyertai program TV Realiti, Mencari Ramli satu ketika dahulu. Platform yang melonjakkan namanya sehingga dia menjadi bintang muda sasaran pasukan utama di Malaysia.