Andre Onana enggan melayan ejekan dan tuduhan Virgil van Dijk ketika kedua-dua pemain berada di terowong menuju ke bilik persalinan sejurus selepas tamat perlawanan di antara Liverpool dan Manchester United yang berkesudahan 0-0 di Anfield semalam.
Penjaga gol dan pemain pertahanan terbaik dunia itu menjadi wakil pasukan masing-masing untuk ditemuramah media selepas tamat perlawanan ketika insiden tersebut berlaku.
Wartawan talkSPORT Alex Crook berada berhampiran ketika kejadian tersebut dan melihat sendiri bagaimana Van Dijk menuduh Onana sengaja membuang masa sepanjang perlawanan.
Van Dijk dikatakan berkata: “Kerana awak, kami hanya bermain setengah jam sahaja.”
Sebagai respon, penjaga gol Manchester United itu enggan termakan umpan provokasi daripada Van Dijk tetapi sebaliknya hanya membalas dengan senyum kambing.
Penjaga gol antarabangsa Cemeroon itu turut dipercayai membuatkan penyokong Liverpool di Anfield bengan dengan komennya mengenai atmosfera di Anfield.
Virgil van Dijk to Onana in the tunnel. 'because of you we only played a half hour game.' Onana responds with a smile #LFC #MUFC
— Alex Crook ⚽️🎙 (@alex_crook) December 17, 2023
Anfield sentiasa dianggap sebagai gelanggang keramat milik Liverpool dan pernah digelar oleh Jurgen Klopp sebagai ‘the temple of football’.
Ini kerana pasukan lawan sentiasa akan mendapati diri mereka sukar beraksi di gelanggang tersebut kerana atmosfera luar biasa yang dihasilkan oleh penyokong mereka.
Ditanya oleh Crook apakah perasaannya beraksi pertama kali di Anfield atau sama ada dia kagum dengan atmosfera perlawanan, Onana menjawab dengan ringkas: “Saya tak rasa apa-apa.’
Komen dan insiden tersebut tiba selepas prestasi hebat Onana menafikan lapan percubaan daripada Liverpool untuk memastikan United pulang dengan satu mata daripada perlawanan tersebut.
🚨🚨| Virgil van Dijk to Andre Onana in the tunnel after the game: “Because of you we only played a half hour game.”
Andre Onana responded with a smile.
[@alex_crook] pic.twitter.com/TKPCUDr5xJ
— centredevils. (@centredevils) December 17, 2023
Sebelum perlawanan tersebut skuad kendalian Jurgen Klopp merekodkan 11 kemenangan daripada 11 perlawanan di Anfield sepanjang tahun ini.
Walaupun merekodkan 34 percubaan dalam perlawanan ini, The Reds gagal menewaskan corak permainan bertahan yang dipamerkan oleh United.
Keputusan seri itu sudah pasti mengecewakan Liverpool yang hanya seminggu gayat di kemuncak liga apabila dipintas kembali oleh Arsenal yang merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Brighton.
Maka boleh disimpulkan ia adalah keputusan seri yang berharga buat United, tetapi satu kerugian buat Liverpool kerana keciciran dua mata.
Ia menjelaskan mengapa Van Dijk geram dengan Onana. Dan Onana pula pulang dengan sengihan.