Mourinho Nafi Wujud Sebarang Masalah Antara Beliau Dan Ed Woodward

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendakwa hubungan beliau dengan Ed Woodward masih lagi berjalan dengan baik walaupun Manchester United melalui permulaan musim yang agak sukar.

Mourinho melalui jendela perpindahan musim panas yang agak sukar berikutan kegagalan Ed Woodward mendapatkan pemain yang dikehendakinya. Mourinho meminta Woodward mendapatkan sekurang-kurangnya seorang pemain pertahanan sebelum jendela perpindahan ditutup tetapi tiada seorang pon yang tiba di Old Trafford.

Tiada sebarang masalah antara kami walaupun Ed gagal mendapatkan pemain yang dihajati Mourinho

Selain itu, difahamkan Mourinho meminta United mendapatkan seorang pemain tengah menyerang untuk memperkasakan jentera serangan pasukan. Pemain antarabangsa Brazil, Willian merupakan sasaran utama Mourinho tetapi Chelsea enggan melayan sebarang tawaran yang tiba untuk pemain tersebut, lantas mengecewakan Mourinho.

Sebaik sahaja jendela perpindahan pemain ditutup, Mourinho terpaksa berpuas hati dengan 3 pemain sahaja iaitu Fred, Diogo Dalot dan penjaga gol veteran, Lee Grant. Mourinho menggambarkan kemasukan pemain baru ini sekadar menggantikan pemain yang meninggalkan pasukan tersebut dan tidak memperkuatkan United bagi menghadapi musim ini.

Selain jendela perpindahan yang mengecewakan, Mourinho juga terlibat dalam beberapa kontroversi lain. Mourinho dilaporkan bergaduh dengan Anthony Martial berikutan tindakan pemain tersebut pulang bercuti terlalu lama manakala Paul Pogba pula melahirkan rasa kecewa beliau dengan situasi semasanya di Old Trafford.

Fred dibawa masuk untuk menggantikan tempat Michael Carrick. Tapi kalau tengok gameplay lawan Brighton aritu, macam langit dan bumi

Kesemua isu ini akhirnya mengakibatkan Manchester United tumpas 3-2 di tangan Brighton hujung minggu lalu dan mengalami kekalahan pertama mereka dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dalam sidang media menjelang pertemuan menentang Tottenham Hotspurs awal pagi Selasa nanti, Mourinho berkata hubungannya dengan Ed Woodward masih berjalan lancar walaupun United berada dalam keadaan yang sukar ketika ini.

“Sudah tentu hubungan kami masih lagi baik. Tiada sebarang masalah.”

Selain itu, Mourinho turut diminta untuk mengulas komen Pogba selepas tewas di tangan Brighton dimana pemenang Piala Dunia 2018 itu mendakwa Manchester United tidak menunjukkan attitude yang betul dalam perlawanan tersebut.

“Pogba yang mengeluarkan kenyataan tersebut jadi beliau sahajalah yang mempunyai jawapan mengapa beliau berkata demikian. Jika anda mahu jawapan, anda perlu tanya Pogba sendiri.”

Mourinho juga mengesahkan beberapa pemain utama seperti Antonio Valencia, Nemanja Matic, Diogo Dalot, dan Alexis Sanchez sudah kembali menjalani latihan penuh. Menurut Mourinho, sebarang keputusan mengenai skuad yang turun menentang Spurs hanya akan dibuat pada hari Ahad ini, sehari sebelum hari perlawanan.

Willian melabel Mourinho sebagai pengurus terbaik yang pernah beliau kenali dan mahu kembali bekerjasama dengan Mourinho pada satu masa hadapan.

“Hari ni masih lagi Jumaat jadi kami mempunyai dua hari lagi untuk menjalani latihan iaitu Sabtu dan Ahad. Dan selepas itu, hari perlawanan adalah pada hari Isnin.”

“Keputusan hanya akan dibuat pada hari Ahad tetapi beberapa pemain utama kami sudah mula menjalani latihan penuh. Dalot juga turut menjalani latihan bersama pasukan utama minggu ini jadi segi kecederaan, hampir kesemua pemain kami bebas dari kecederaan.”

BACA:  Ronaldo Palau Townsend Yang Meniru Keraiannya