Terkini: Man Utd Terpaksa Lupakan Onana Kerana FFP

Laporan terkini oleh media Britain mendedahkan Manchester United terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana kerana nilai yang dipinta kelab Itali itu bermakna United akan melanggar peraturan FFP.

Jendela perpindahan musim panas ini menyaksikan kelab-kelab Premier League termasuk Manchester United berusaha menyeimbangkan akaun masing-masing untuk tidak melanggar peraturan kewangan – bermakna kelab perlu menjual pemain terlebih dahulu untuk mendapatkan dana sebelum berbelanja.

Chelsea antara kelab yang berjaya berbuat demikian sehak beberapa minggu lalu dengan beberapa pemain djual ke kelab Arab Saudi – walaupun usaha membenarkan Hakim Ziyech meninggalkan Stamford Bridge gagal dilakukan.

FFP turut menjadi salah satu sebab Chelsea menjual Mason Mount sebelum 30 Jun lalu dan United pantas menyambar pemain tengah itu dengan nilai £60 juta.

United sememangnya memerlukan seorang pemain tengah kreatif dan pemain England itu bakal menjadi pemain pilihan utama Erik ten Hag di posisi tersebut, walaupun ia bukan keperluan utama pasukan.

Ini kerana keperluan United di beberapa posisi termasuk pemain penyerang dan pertahanan sebenarnya lebih mendesak.

Dan yang terutama pastinya ialah untuk mendapatkan seorang penjaga gol baharu selepas kontrak David de Gea tamat, dan kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan untuk penjaga gol Sepanyol itu kekal di Old Trafford – buat masa ini.

Untuk menggantikan De Gea, Onana dilihat sebagai penjaga gol pilihan utama yang Ten Hag mahukan.

Namun demikian, kerana United sudah berbelanja besar untuk Mount, kemampuan berbelanja kelab itu kini sudah berkurangan disebabkan oleh FFP.

Situasi tersebut menyebabkan United kini beralih untuk mencari pilihan alternatif yang lebih murah dengan penjaga gol Feyenoord, Justin Bijlow dan Kevin Trapp di Franfurt menjadi sasaran baharu kelab Manchester itu.

Beberapa laporan sebelum ini mendedahkan Erik ten Hag hanya memiliki sekitar £100 juta untuk dibelanjakan.

United telah melakukan bidaan £45 juta untuk Onana sebelum ini, namun ditolak oleh Inter Milan yang mahukan £55 juta untuk penjaga gol antarabangsa Cameroon itu.

BACA:  Inter Milan Bercadang Tukar Icardi Dengan Dybala