Peminat Yang Tak Ada Otak Je Nak Ten Hag Out Kata Legenda Kelab

Rio Ferdinand melabel penyokong Manchester United yang suka menyalahkan Ten Hag sebagai tiada otak.

Ten Hag menerima banyak kritikan daripada peminat Man United. Dan Ferdinand tidak selesa dengan sikap segelintir penyokong yang mahukan Ten Hag out.

Mujur penyokong 19 lagi pasukan EPL masih berotak dan menyayangi Ten Hag kerana tahu kehebatan pengurus tersebut dalam membentuk DNA taktikal.

Ferdinand menegaskan kerosakan pada United sekarang bukan kerana pengurus. Namun kerana pemain pemain yang tidak cukup bagus dan tidak berkualiti.

Meskipun mereka ada pertahanan terbaik dunia, Lisandro Martinez, pemain tengah berprestasi tinggi sebab menghambat dan membentes Mbappe, Sofyan Amrabat, penjaga gol terbaik UCL musim lalu, Andre Onana, pemain paling berskil tinggi, Antony, pemain prospek next CR7, Alejandro Garnacho, kemudian ada pemenang 5 UCL, Raphael Varane, pencipta peluang lebih banyak daripada KDB iaitu Bruno Fernandes dan ramai lagi.

Ia tidak cukup lagi menurut Ferdinand. Kerana United memerlukan semua pemain yang berkualiti dalam skuad ini. Bukannya hanya ada yang menumpang sahaja.

Lantas, hanya peminat Manchester United yang tak ada otak sahaja yang mahukan Ten Hag Out.

Rio Ferdinand berkata: “Saya tak rasa, penyokong Manchester United yang ada otak akan menyalahkan Erik Ten Hag di atas apa yang berlaku pada kelab ini.

“Pasukan Manchester United ini perlukan pembaikan. Sebab pasukan ini tiada kualiti. Hanya ada beberapa sahaja pemain Man United yang berkualiti. Yang lain harus pergi daripada kelab ini.

“Saya harap INEOS akan menguruskannya.”

Erik Ten Hag dikenali sebagai pengurus yang memiliki pemikiran taktikal mirip Pep Guardiola ketika di Ajax.

Dia menjadi pengurus idaman semua. Namun ketika di United dia gagal mendapatkan rentak terbaik bersama skuad The Reds walaupun memenangi Piala Liga musim lalu.

Namun sebagai kelab bernama Manchester United, peminat dahagakan EPL atau UCL.

Musim ini Man United sudah tersingkir daripada UCL apabila sekadar menjadi bot di atas padang dalam kejohanan itu. Seterusnya dalam carta EPL mereka sudah tidak dapat menggapai kejayaan lagi.

Semoga peminat United terus memberikan sokongan kepada Ten Hag seperti mana peminat peminat kelab lain yang sangat sukakan Ten Hag terus kekal di United.

BACA:  De Jong Tak Kisah Tinggalkan Barca Tapi Menolak Untuk Sertai Manchester United