Ini Rekod Hebat Ten Hag Dalam Proses Mahu Tamatkan Era Guardiola-Klopp

Sebelum ini Erik Ten Hag menyatakan bahawa dia boleh menamatkan era Pep Guardiola dan Jurgen Klopp di EPL. Di mana kedua dua pengurus itu benar benar dominan dalam beberapa musim ini. Mengutip jumlah mata yang banyak dan seringkali bersaing sesama mereka.

Erik Ten Hag ketika itu berkata pada sidang media pertamanya sebagai pengurus United pada 2022: “Saya mengagumi kedua dua mereka [Pep Guardiola dan Jurgen Klopp]. Tetapi era mereka akan berakhir.”

Ten Hag tidak lupa untuk memuji pasukan United yang sangat berbakat, dan sedia mengembalikan zaman kegemilangan Manchester United.

Ten Hag menjelaskan: “Saya memiliki pasukan yang sangat berbakat, dan hebat sekali rasanya bekerja untuk pasukan ini. Manchester United salah sebuah kelab terbesar di dunia, jika bukan yang terbesar.”

“Ianya hebat sekali dan kami akan melakukan apa sahaja untuk mengembalikan United ke tempat iya sepatutnya berada.”

Penyokong Man United kini mengungkit beberapa pencapaian Ten Hag setakat ini selepas kenyataannya dulu.

Berikut adalah beberapa rekod yang dicipta Ten Hag:

1. Manchester United tak pernah kalah di tangan Tottenham di Stadium Tottenham Hotspurm sehinggalah Erik Ten Hag tiba.

2. Manchester United tidak pernah kalah 2 aksi pembukaan di tempat lawan sejak 1973/74, sehinggalah Ten Hag tiba.

3. Manchester United tak pernah bolos 2 gol dalam 4 minit pertama di dalam EPL di Old Trafford, sehinggalah Erik Ten Hag tiba

4. Manchester United tak pernah diserang dengan 23 percubaan dalam 1 perlawanan di Old Trafford, sehinggalah Ten Hag tiba

5. Manchester United tak pernah kalah di tangan Brighton di Old Trafford, sehinggalah Ten Hag tiba

6. Brigton tak pernah menang 2 kali berturut turut di Old Trafford, sehinggalah Erik Ten Hag tiba.

7. Liverpool 7 Man United 0

Fakta itu semua diungkit sendiri oleh peminat Man United yang menyampah dengan Erik Ten Hag. Termasuk tambahan statistik baharu iaitu, Man United tak pernah kalah 3 daripada 5 perlawanan pembukaan liga mereka, sehinggalah hadir manusia bernama Erik Ten Hag.

Walaupun apa sahaja kritikan ke atas Ten Hag, masih ramai peminat United berdiri teguh di belakangnya.

Dia adalah pengurus yang berjaya mengembalikan United untuk memenangi trofi. Musim lalu United memenangi Piala Carabao Inggeris, selepas kejayaan mereka memenangi piala speaker usb bluetooh dengan lampu RGB di Thailand pada aksi pra musim sebelum  ini.

Dia juga berjaya mendapatkan penjaga gol terbaik dunia di mata peminat Man United iaitu Andre Onana. Laman rasmi kelab itu sendiri menganggap Onana adalah ‘lain macam sikit’.

BACA:  Bruno Fernandes Dedah Reaksi Maguire Apabila Dia Diumumkan Kapten Baharu MU