Ten Hag Salahkan Pengadil Punca United Kalah: ‘Dari Segi Kualiti Tak Jauh Pun’

Erik Ten Hag menyalahkan pengadil punca pasukannya kalah bermaruah di tangan Manchester City. Ten Hag rela menerima kad kuning dalam perlawanan ini kerana membantah keputusan pengadil yang dianggap tidak cukup bagus.

Menurutnya, keputusan perlawanan mungkin berbeza jika pengadil meniup wisel dalam dua insiden yang berlaku sebelum 2 gol oleh Phil Foden.

Insiden pertama adalah, di mana Kyle Walker menolak Marcus Rashford sebelum gol penyamaan oleh Foden terhasil.

Ketika itu Manchester United sudah mendahului menerusi Marcus Rashford.

Seterusnya, Ten Hag mempersoalkan bentesan Ederson ke atas Garnacho yang tidak diberikan penalti kepada Man United, sebaliknya pengadil anggap itu bentesan adil dan bersih.

Dan tidak lama selepas itu Foden meletakkan Man City 2-1 di hadapan sebelum Haaland menyumbat gol ketiga.

Ten Hag berkata: “Saya tidak akan mengatakan ia adalah terjahan keras daripada Kyle Walker. Mereka berdua berlari dan Rashford mengesahkan sendiri kepada saya bahawa ada tolakan dan saya telah melihatnya kembali – sangat sedikit.

“Tetapi apabila anda berada dalam larian pada kelajuan penuh dan anda mendapat sedikit sentuhan, itu akan membuatkan anda hilang kawalan.

“Kami boleh menjaringkan gol kedua dalam detik yang boleh dipertikaikan [tetapi] berdepan detik aksi melulu penjaga gol City [menjatuhkan Garnacho di dalam kotak penalti] dan selepas serangan itu kami bolos.

Saya tidak akan mengatakan ia adalah terjahan daripada Kyle Walker. Mereka berdua berlari dan Rashy mengesahkan kepada saya ada tolakan dan saya telah melihatnya kembali – sangat sedikit. Tetapi apabila anda berada dalam larian pada kelajuan penuh dan anda mendapat sedikit sentuhan, itu akan membuatkan anda hilang kawalan.

“Kami boleh menjaringkan gol kedua dalam detik yang boleh dipertikaikan [tetapi] berdepan detik aksi melulu penjaga gol City [menjatuhkan Garnacho di dalam kotak penalti] dan selepas serangan itu kami bolos.

Ditanya sama ada kekalahan ini bukti bahawa kualiti antara Manchester City dan Manchester United kian jauh? Ten Hag membidas kenyataan itu. Menurutnya, Man United tidak jauh bezanya dengan Manchester City. Cuma ketika ini mereka tidak ada pasukan yang cergas. Ramai pemain masih cedera.

“Tak, saya tak fikir begitu, tidak sama sekali. Jurang antara kami tidak begitu besar dan apabila kita mempunyai semua pemain cergas, maka kita boleh berdaya saing.

“Kami menunjukkannya pada perlawanan akhir Piala menentang mereka apabila ia benar-benar hampir mendapat keputusan [kalah 2-1, Mei lalu] tetapi City, pada masa ini, pasukan terbaik di dunia. Jangan lupa ini.”

“Ia tidak begitu besar [jurang kualiti antara City dan United] dan apabila kita mempunyai semua pemain cergas, maka kita boleh berdaya saing. Kami menunjukkan pada perlawanan akhir Piala menentang mereka apabila ia benar-benar hampir mendapat keputusan [kalah 2-1, Mei lalu] tetapi City, pada masa ini, pasukan terbaik di dunia. Jangan lupa ini.”

Skuad Pep Guardiola meneruskan misi mempertahankan kejuaraan EPL milik mereka. Dengan aksi liga yang berikutnya adalah kunjungan ke Anfield yang berpotensi menjadi pertemuan terakhir Klopp dan Guardiola dalam Liga Perdana Inggeris.

Man City kini hanya 1 mata di belakang Liverpool dalam persaingan kejuaraan. Skuad The Reds menang tipis 1-0 ke atas Nottingham Forest, sehari sebelum aksi derbi Manchester di Etihad.

Sementara itu, Manchester United menelan kekalahan bermaruah mereka buat kali ke-11 musim ini dalam liga. Mereka masih berusaha untuk menempatkan diri dalam slot UCL.

BACA:  Ini Rekod Hebat Ten Hag Dalam Proses Mahu Tamatkan Era Guardiola-Klopp