Erik ten Hag berkata dia akan mengambil tindakan terhadap Marcus Rashford setelah pemain itu terlepas perlawanan menentang Newport County, dengan dakwaan pemain itu sebenarnya berpoya-poya di kelab malam di Belfast pada malam sebelum latihan menjelang perlawanan tersebut.
Sebelum ini Rashford dikatakan mengalami demam menyebabkan dia terlepas kemenangan 4-2 di Rodney Parade, dan Ten Hag berkata pemain itu memberitahu dirinya tidak sihat pada pagi Jumaat.
Isu itu kini bertukar menjadi sisasatan dalaman Man Utd setelah adanya bukti Rashford sebenarnya menghabiskan malamnya sebelum latihan di kelab malam Thompson Garage sebelum terbang kembali ke Manchester pada awal pagi menggunakan jet peribadi – punca sebenar tidak menghadiri latihan.
🚨 Ten Hag: “Marcus Rashford absence? It’s an internal matter”.
“I will deal with it”, he added. pic.twitter.com/DvCXn8cQwd
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 28, 2024
Ini bukan kali pertama isu berkaitan disiplin membabitkan penyerang antarabangsa England itu pada musim ini.
Ten Hag secara terbuka memberi amaran kepada Rashford pada Oktober tahun lalu selepas meraikan hari jadi ke-26 di China Whir, hanya beberapa jam selepas kekalahan United kepada Manchester City.
🔴 Erik Ten Hag: “Rashford called in sick; the rest is an internal matter”.
“I'll take care of it. As I said before the match, it's an internal matter”. pic.twitter.com/oznAXD0oUj
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 28, 2024
Ten Hag turut pernah mengugurkan pemain itu pada musim lalu kerana lewat hadir ke sesi latihan, sebelum pemain itu menandatangani kontrak baharu bernilai £300,000 seminggu pada musim panas lalu.
Episod terbaru masalah disiplin Rashford sudah pasti memberi kemaluan kepada Ten Hag dan United. United sebenarnya cuba berlembut apabila berkata tindakan Rashford mengunjungi kelab malam Thompsons Garage adalah dibernarkan kerana pemain diberi cuti pada hari berikutnya.
Pendedahan terbaru bagaimanapun mendedahkan Rashford yang berada di Belfast untuk menemui rakannya mengunjungi kelab malam itu selama dua malam berturut-turut, termasuk pada malam Khamis sebelum latihan pada pagi Jumaat.