Pogba Menganjing Penyokong West Ham Yang Mengganggu Beliau

Tular di media sosial pada ketika ini, bagaimana reaksi Paul Pogba menganjing penyokong West Ham yang mengganggu beliau.

Penyokong West Ham tersebut mengganggu Pogba dengan menghina dan mengejeknya, namun reaksi yang ditunjukkan oleh bintang Perancis itu sangat bijak dan menakjubkan.

Insiden tersebut berlaku di London Stadium selepas tamat aksi kemenangan 2-1 Manchester United menewaskan West Ham.

Rakaman tersebut menunjukkan pemenang Piala Dunia itu menganjing penyokong West Ham dengan berjoget dan berpura-pura tak dengar kata-kata yang keluar dari mulut penyokong tersebut.

Ketika Pogba sedang seronok menganjing penyokong tersebut, Michael Carrick dilihat menariknya untuk masuk ke terowong dan mengabaikan penyokong West Ham itu.

Rakan sepasukan Pogba, Bruno Fernandes turut berada di tempat kejadian dengan beliau hanya sekadar melihat sahaja bagaimana kebijaksanaan sahabatnya itu membalas gangguan dari para penyokong.

Laporan terbaru menyatakan yang penyokong tersebut sebenar mengutuk dan mengkritik rekod assist Pogba sepanjang musim ini dan menganggap bintang Perancis itu seorang penipu.

Bintang berusia 28 tahun itu memulakan kempen saingan Premier League musim ini dengan sangat cemerlang dan luar biasa menakjubkan.

Beliau mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan ketika beraksi bertemu Leeds United dan Newcastle di Old Trafford awal musim ini.

Walau bagaimanapun, spekulasi berkait masa depan beliau terus tersebar di media sosial pada ketika ini, dengan ramai yang percaya beliau akan meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim nanti.

Abang kandung beliau, Mathias mendakwa yang pemain midfield itu masih belum memutuskan ke mana beliau mahu pergi selepas ini dan turut mendakwa yang Pogba berasa sangat gembira di Old Trafford pada ketika ini.

Pogba tidak mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini, dengan beliau telah dikeluarkan pada aksi babak kedua permainan.

Pemain yang masuk menggantikan Pogba, Jesse Lingard berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Manchester United menewaskan bekas kelab beliau pada musim lalu.

Lingard menjaringkan gol di minit akhir permainan dengan gol yang sungguh cantik dan mengagumkan.

Pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer memuji impak yang diberikan oleh Lingard, terutama selepas pemain sama melakukan kesilapan ketika aksi kekalahan 2-1 di tangan Young Boys minggu lalu.

“Saya sangat gembira untuk dia.”

Jelas pengurus dari Norway itu kepada MUTV.

“Dia tak beraksi dengan baik pada malam Selasa lalu, kini dia berjaya dapatkan semula rentak persembahan terbaiknya. Dia jaringkan gol ketika bertemu Newcastle, naik, turun, naik tu biasa dalam dunia bola sepak.”

“Kamu perlu biasakan diri dengan semua itu dan Jesse sudah belajar bagaimana untuk berdepan dengan turun naik dalam dunia bola sepak.”

“Jangan peduli tentang itu, kerana apa yang perlu kita risaukan adalah tentang diri kita sendiri, apa kita buat, apa kita kata. Kita satu kumpulan, kita sentiasa bersama, kita bekerjasama, sentiasa bersama waktu jatuh dan bangun. Kita semua sekeluarga.”

Selepas berjaya menewaskan West Ham malam semalam, Pogba bersama rakan sepasukannya bakal beraksi bertemu Aston Villa pada minggu hadapan.

United tentunya mahu mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim ini dan mahu memintas kedudukan Liverpool dan Chelsea yang kini berada di atas mereka.

Ketiga-tiga pasukan mengumpul 13 mata namun dipisahkan dari segi jumlah jaringan sahaja.

United ketika ini berada di landasan terbaik untuk memenangi Piala pertama mereka di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Fabrizio Sahkan Sheikh Jassim Tarik Diri Beli Manchester United