Onana Anggap Inter Kelab Lebih Kecil Berbanding United

Andre Onana menyatakan bahawa keputusannya menyertai Manchester United adalah tepat. Dan dia tidak sesekali menyesali keputusan tersebut.

Pemain yang pernah cemerlang bersama Inter Milan yang menyelamatkan semula kariernya selepas kantoi ambik barang. Onana jelas sekali tidak berselindung melabel Inter Milan kelab lebih kecil berbanding Manchester United.

Penjaga gol itu meraih gelaran penjaga gol terbaik UCL ketika bersama Inter Milan. Memulakan karier yang sukar bersama Man United musim ini.

Dia sebenarnya bermula dengan cemerlang kerana menjadi pemain yang berjaya menarik perhatian peminat United kerana memaki Maguire dalam pra musim. Cukup dengan makian itu dia terus memenangi hati peminat.

Onana kemudian mendapat banyak kritikan di atas prestasinya. Namun dia tak kisah dengan kritikan itu. Kerana dia sudah melaluinya sejak di Inter lagi.

Bercakap kepada media, Onana berkata: “Karier saya di Inter berakhir dengan cinta yang kekal, namun Setan Merah adalah kelab lebih besar berbanding Inter.”

Pemain antarabangsa Cameroon itu merupakan salah satu pembelian besar dibuat Man United pada 2023 dengan nilai perpindahan €50 juta dari Inter.

Onana menambah: “Ianya impian sangat besar. Saya datang daripada keluarga yang humble. Kami hampir tidak mempunyai apa apa. Saya bermula bermain bola sepak di Cameroon dengan kawan kawan. Dan saya tak sangka karier saya akan sehebat ini.”

“Hakikatnya, ia memang sesuatu yang sangat besar. Saya telah bekerja keras sepanjang hidup saya untuk sampai ke sini. Saya sangat berbangga mewakili Manchester United dan menyarung jersi ini yang sangat berat nilainya.”

Man United ketika ini di kedudukan ketujuh dalam EPL. Nombor yang pernah dikaitkan dengan Erik Seven Hag selepas peristiwa kalah 7-0 di tangan Liverpool.

Onana bertanggungjawab untuk sebahagian daripada keputusan teruk Man United musim ini. Dan dia menilai setakat ini dia telah melakukan tugasnya dengan baik sekali.

Onana memberikan jaminan bahawa dia orang yang tepat untuk menggalas tugas di hadapan gawang United.

Kritikan baginya adalah rutin biasa yang menjadi latihan bagi dirinya selaku seorang pemain yang berkualiti. Sebab ramai orang mahukan lebih baik daripadanya. Itu perkara yang bagus menurutnya.

Dia juga yakin Man United akan tersenyum selepas ini sama seperti mana ketika dia di Inter. Dia memulakannya dengan agak sukar namun berakhir senyuman dan cinta yang tidak ada penghujungnya kata beliau dengan nada penuh melankolik.

Andre Onana berkata: “Kesilapan itu sebahagian daripada latihan untuk diri sendiri. Orang ada harapan yang tinggi kepada saya, sebab tu la saya banyak dikritik.”

“Bagi saya, tiada masalah pun kena kritik, sebab saya memang sudah terbiasa sebagai seorang pemain. Di Inter pun saya dikritik juga. Saya dikritik pada awalnya dan berakhir dengan cinta yang tiada penghujungnya dengan Inter.”

“Manchester United ini kelab lebih besar dan orang di sini ada harapan sangat tinggi. Namun saya saya yakin saya melakukannya dengan baik. Kami semua di United akan tersenyum selepas ini sama seperti berlaku di Inter.”

“Musim lalu pun tak ramai yang percaya dengan kami. Dan kami membuktikan kami boleh melakukannya. Dan saya gembira dengan apa yang kami capai musim lalu.”

“Sekarang masa depan saya bersama Manchester United, kami harus berdiri teguh. Ada momen yang berlaku dan kami harus menghadapinya. Detik indah dan pahit tidak akan kekal selamanya.”

Onana memenangi Coppa Italia dan Supercoppa bersama Inter pada 2022/23 dan melakukan 19 clean sheets daripada 41 penampilan dalam semua pertandingan.

BACA:  Andre Onana Risau Hilang Gelaran Penjaga Gol Utama Man Utd Kerana AFCON