Taktikal Genius Cameroon Rehatkan Onana Dan Berikan Kepercayaan Kepada Sepupunya Berikan Kemenangan Ke Atas Gambia

Cameroon layak ke pusingan kalah mati Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas kemenangan penuh thriller lima gol menentang Gambia.

Dan kemenangan penting itu sudah pasti tidak akan mampu dicapai tanpa taktikal genius Rigobert Song yang meletakkan penjaga gol, Andre Onana di bangku pemain simpanan!

Tatkala Onana sekadar menonton perlawanan di tepi padang, Gambia jelas adalah pasukan yang lebih baik pada babak pertama apabila berjaya menghasilkan beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Perjudian Song menurunkan penjaga gol kedua, Fabrice Ondua yang juga merupakan sepupu kepada Onana membuahkan hasil apabila penjaga gol itu berjaya menghalang Gambia membocori gawang pada babak pertama dengan beberapa aksi menyelamat luar biasa – termasuk tindakan reflek menafikan Modou Barrow.

Selepas rehat, Cameroon berjaya menyeimbangkan penguasaan Gambia dan hampir verada di hadapan melalui Georges-Kevin N’Koudou sebelum dinafikan palang gol.

Momentum terus memihak kepada Cameroon sehingga Karl Toko-Ekambi menanduk masuk hantaran N’Koudou untuk memecah kebuntuan.

Ketinggalan 1-0, Gambia terus mengasak dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-71 melalui voli cantik Ablie Jallow yang hanya mampu diperhatikan Ondua.

Hanya selepas seminit, Gambia kemudiannya mendahului dan jaringan Ebrima Colley yang menewaskan Ondua dalam situasi satu sama satu disambut dengan keraian penuh tangisan kegembiraan.

Perlawanan terus menjadi dramatik apabila Cameroon menyamakan kedudukan seminit selepas jaringan tersebut melalui gol sendiri James Gomez selepas pemain itu cuba mengeluarkan ancaman bola lintang,

Minit akhir perlawanan Christopher Wooh menanduk masuk ke penjuru bawah gawang Gambia untuk memberikan kemenangan 3-2 kepada Cameroon.

Minit ke-94 masa kecederaan Gambia menjangkakan mereka berjaya mejaringkan gol penyamaan melalui percubaan Muhammed Sanah. Malang sekali percubaan menjadi Diego Maradona mencipta kembali gol ‘hand of God’ tidak menjadi kenyataan selepas dikesan VAR.

Cameroon kini boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi pusingan kalah mati. Dan kejayaan layak ke pusingan kalah mati mungkin tidak akan mampu terhasil sekiranya Onana tidak diletakkan di bangku pemain simpanan.

BACA:  Terkini: Man Utd Terpaksa Lupakan Onana Kerana FFP