Peminat Cameroon Salahkan Onana Punca Pasukan Mereka Hambar

Kegagalan Cameroon dalam Piala Afrika kali ini membuatkan peminat mereka menghentam Andre Onana. Yang dianggap telah menyusahkan pasukan mereka dan merupakan salah satu sebab mereka tersingkir.

Langkah Cameroon kali ini terheti pada pusingan 16 akhir di tangan Nigeria.

Onana yang bergelut dengan prestasi musim ini, telah dipanggil semula ke skuad Cameroon sebaik sahaja dia berdamai dengan pengurus Rigobert Song.

Namun peminat mulai menyampah apabila dia meminta untuk tiba lambat di Ivory Coast kerana mengutamakan aksi Man United vs Spurs dahulu.

Kemudian ketika dia tiba di kem Cameroon, dia dilihat mengamuk kerana tidak disenaraikan dalam aksi pertama pasukan itu. Dia mengungkit: “Apa gunanya saya menyewa jet peribadi datang ke sini jika tidak diturunkan.”

Ketika itu Onana terpaksa ditenangkan El Hadji Diouf. Song menjelaskan bahawa pemain itu tidak diturunkan kerana dia tak terlibat dalam latihan taktikal sebelum perlawanan.

Pemain pemain lain sekurang kurangnya seminggu sudah berkumpul untuk berlatih bersama. Onana pula baru sampai. Alasan itu tidak dapat diterima Onana yang merasakan dia cukup bagus untuk beraksi.

Aksi pertama Cameroon dengan Guinea pada ketika itu berakhir seri dengan 1-1.

Selepas amukannya, dalam aksi kedua Onana turun beraksi menentang Senegal. Dia dilihat benar benar bersemangat.

Aksi longlai beliau menyebabkan Cameroon kalah 3-1 di tangan pasukan yang diketuai Sadio Mane itu.

Kekalahan itu meletakkan Cameroon bagai telur di hujung tanduk. Pada aksi ketiga Onana disisihkan ke bangku simpanan dan Cameroon menang 3-2 untuk mara ke kalah mati.

Tindakan Song itu dianggap sangat berani. Kerana dia menyisihkan penjaga gol utama Manchester United untuk aksi hidup dan mati pasukannya.

Dia turut tidak diturunkan dalam aksi menentang Nigeria di mana Cameroon kalah.

Namun peminat Cameroon tetap menuduh Onana sebagai punca pasukan mereka bergelut. Kerana dia mengganggu keharmornian pasukan dengan sikap divanya.

Mereka juga menganggap prestasi Onana ketika menentang Senegal membuatkan Cameroon terpaksa berdepan salah satu pasukan pilihan iaitu Nigeria.

Mereka merasakan lebih baik Onana kekal sahaja di Man United jika dia terpaksa menangguhkan kehadirannya ke kem pasukan kebangsaan.

Seorang peminat berkata: “Dia paling lambat melapor diri dan kemudian meminta layanan diraja, tolong jangan panggil dia lagi.”

Peminat yang lain berkata: “Onana benar benar tidak konsisten musim ini. Cuma satu sahaja di konsisten iaitu konsisten menjadi kelakar.”

Onana dilaporkan terus pulang ke Manchester sebaik sahaja pasukannya tersingkir. Kerana dia mahu terus membantu Red Devils dalam kempen kelab itu.

“Onana, yang terakhir tiba di AFCON dan yang paling awal blah, lain macam.”

Selain itu ada juga menganggap Man United membuat kesilapan dalam perpindahan Onana.

“Man United terpaksa melepaskan Henderson. Pemergian De Gea tu sudah dijangka. Namun menggantikannya dengan Andre Onana adalah satu kesilapan yang besar.”

Onana menyertai Man United dari Inter Milan dengan nilai perpindahan €50 juta. Dan dia menikmati musim yang kurang memuaskan.

Walaupun dia penjaga gol kedua paling banyak clean sheet di EPL selepas 21 perlawanan, dia juga melepaskan 29 bolos. Banyak daripada bolos itu adalah kerana kesilapan tidak masuk akal daripada Onana.

Namun beberapa minggu lalu Onana masih yakin dia adalah penjaga gol berkelas dunia.

“Saya adalah penjaga gol terbaik Eropah musim lalu, tak akan musim ini saya terus menjadi penjaga gol yang tak bagus,” kata Onana membidas pengkritiknya. Dia mengakui dia kurang memuaskan musim ini namun bukan bererti dia penjaga gol yang teruk. Dia yakin akan bangkit dan menjadi penjaga gol elit.

Sebelum ini Onana pernah mengumumkan persaraan antarabangsanya kerana tak puas hati dengan Rigobert Song tak bermain taktikal menyerang ketika Piala Dunia 2022.

Onana balik awal pada masa itu kerana dia membuat kepala sendiri mahu bermain cara ball playing di belakang.

Menariknya, walaupun Onana balik awal, Cameroon cemerlang dalam aksi berikutnya.

BACA:  Ejen Ten Hag Dituduh Orang Dalam MU Buat Duit Hasil Pembelian Beberapa Pemain