[VIDEO]: Onana Maki Maguire Kerana Lakukan Hantaran Dungu Lawan Dortmund

Penjaga gol baharu Manchester United, Andre Onana jelas tidam memberi muka kepada siapa pun juga termasuk mantan kapten, Harry Maguire.

Malah penjaga gol antarabangsa Cameroon itu dilihat berteriak ke arah Maguire selepas pemain pertahanan itu melakukan hantaran sukar ke arah Christian Eriksen yang berjaya dipintas lawan.

Mujurlah Onana pantas membaca gerakan sebelum menafikan Dortmund jaringan melalui gerakan tersebut.

Manchester United bertemu Borussia Dortmund dalam perlawanan persahabatan pra musim di Stadium Allegiant pada pagi ini.

Selepas cemerlang mendahului melalui jaringan cantik Diogo Dalot pada minit ke-24, United dihukum pada babak akhir separuh masa pertama kerana kerapuhan di bahagian benteng apabila kesilapan daripada Brandon Williams dan Victor Lindeloff membenarkan dua gol pantas oleh Malen membenarkan Dortmund mendahului 2-1.

Onana dimasukkan oleh Erik ten Hag pada separuh masa kedua menggantikan Tom Heaton di hadapan gawang.

Perlawanan menentang Dortmund ini adalah penampilan kedua penjaga gol yang didatangkan dari Inter Milan ini selepas perlawanan menentang Real Madrid beberapa hari lalu.

Jelas sekali Onana enggan melihat kesilapan sama dilakukan oleh bahagian pertahanan yang beraksi di hadapannya.

Bagaimanapun penjaga gol itu terpaksa menunjukkan ketangkasan sebaik sahaja dimasukkan selepas kesilapan dilakukan oleh Maguire.

Reaksi Onana yang menjerit ke arah Onana jelas menarik perhatian ramai penyokong United.

Antony berjaya menjadikan kedudukan 2-2 buat United pada minit ke-62. Onana bagaimanapun tidak dapat menghalang jaringan Yusouf Moukoko pada minit ke-71 perlawanan untuk kemenangan 3-2 kepada Dortmund.

BACA:  Premier League 2023/24: Nottingham Forest Atasi Man United