Barcelona Berminat Mahu Dapatkan Khidmat Harry Maguire

Barcelona dengan tiba-tiba telah mendedahkan yang mereka sangat berhasrat mahu membawa Harry Maguire ke bumi Nou Camp.

Agak mengejutkan juga ketika mendengar yang Barcelona sangat berminat mahu mendapatkan pemain pertahanan Manchester United dan England itu.

Fabrizio Romano sendiri turut sudah mengesahkan hal tersebut yang mana Barcelona sememangnya berminat namun mereka tidak tahu sama ada pemain berusia 29 tahun itu boleh dibeli atau tidak.

Walau bagaimanapun, melihat kepada persembahan buruk yang dipersembahkan oleh bintang England itu, sepertinya tiada masalah untuk Man Utd melepaskan beliau andai ada kelab berminat.

Setan merah sebelum ini telah mengeluarkan dana bernilai £80 juta untuk menandatangani Harry Maguire dari Leicester City pada tahun 2019 yang lalu.

Pemain kebangsaan England itu memulakan kariernya di Old Trafford dengan sangat baik hingga menyebabkan beliau dilantik sebagai ketua pasukan.

Walau bagaimanapun, pada musim ini, persembahan beliau merosot teruk dan Maguire turut menjadi antara pemain yang paling teruk dihentam oleh pelbagai pihak.

Beliau yang awalnya dianggap bakal menjadi pemain yang akan membantu menaikkan kelab, berubah menjadi beban kelab yang sering menjatuhkan kelab sendiri.

Tiga tahun bersama setan merah, pihak kelab sepertinya tak dapat apa-apa dari Maguire melainkan mereka terpaksa mengeluarkan dana besar untuk membayar gaji ketua pasukan mereka itu.

Manchester United turut berpotensi untuk menjual ketua pasukan mereka itu, dengan Fabrizio Romano telah bercakap dengan pengurus baru United, Erik Ten Hag yang mendedahkan bahawa beliau mahu membawa masuk pemain centre-back baru.

Ten Hag sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Jurrien Timber atau Pau Torres yang mana salah seorang dari mereka bakal menjadi pengganti Harry Maguire.

Walau bagaimanapun, menurut laporan dari media Sepanyol, Barca sekadar sangat berminat mahu mendapatkan Maguire namun mereka bukan mahu hal itu berlaku pada jendela perpindahan musim panas ini.

Hal itu kerana posisi centre-back merupakan posisi terkuat Barca pada ketika ini dengan mereka mempunyai pemain seperti Gerard Pique, Clement Lenglet, Ronald Araujo, Samuel Umtiti dan Eric Garcia.

Maka jelas sekali mereka tidak terdesak mahu mendapatkan pemain pertahanan yang baru kerana mereka sudah ada barisan pemain terbaik yang boleh digunakan.

Memandangkan Barca juga ketika ini sedang dalam usaha mereka mahu menawarkan kontrak baru kepada Gavi dan Sergio Roberto maka mereka tidak akan beri tumpuan untuk mengejar pemain lain.

Namun satu hal yang pasti, Barca sememangnya berminat mahu mendapatkan Maguire dari Manchester United, cuma tak pasti bila mereka akan memulakan langkah untuk mendapatkan bintang England itu.

3 Calon Ketua Pasukan Manchester United Musim Hadapan

Cristiano Ronaldo berpotensi untuk menjadi ketua pasukan Manchester United selepas ini andai Ten Hag memilih untuk menukar ketua pasukan sedia ada.

David De Gea dan Bruno Fernandes merupakan antara dua lagi pemain selain Cristiano Ronaldo yang dijangka bakal dilantik menjadi ketua pasukan.

Harry Maguire sendiri sangat berpotensi untuk dilucutkan dari jawatan sebagai ketua pasukan dek kerana ramai penyokong tidak mahu melihat beliau memakai lilitan kapten itu dilengannya lagi.

Rob Dawson dari ESPN tampil mendedahkan yang ketiga-tiga Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes dan David De Gea merupakan calon yang akan dilantik sebagai ketua pasukan andai Maguire dilucutkan dari jawatannya.

​De Gea dan Fernandes sebelum ini turut pernah menggalas tugas sebagai ketua pasukan Manchester United terutama ketika ketiadaan Harry Maguire.

Penjaga gol dari Sepanyol itu telah beraksi bersama kelab sejak 11 tahun lalu dan beliau telah beraksi dalam semua perlawanan liga pada musim ini.

Untuk Fernandes sendiri pula, beliau mula menyertai skuad setan merah pada Januari 2020 yang lalu dan terus menjadi nadi utama skuad.

Masa depan Harry Maguire sendiri di Old Trafford masih tidak jelas, terutama selepas melihat aksi hambar yang beliau pamerkan sepanjang musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  [Analisis] Risk & Reward Onana, Larian Mount, Pengaruh Antony Dan Transisi Menyerang