[Analisis] Risk & Reward Onana, Larian Mount, Pengaruh Antony Dan Transisi Menyerang

Manchester United telah bermain 7 perlawanan persahabatan merentasi 4 negara dalam tempoh 24 hari. Kemenangan 3-1 ke atas Lens di hadapan 57,802 perlawanan di Old Trafford mungkin memberi gambaran paling tepat tentang bagaimana barisan pasukan ini sepanjang musim 2023-24.

Kobbie Mainoo, Tyrell Malacia dan Amad berada dalam senarai kecederaan dan mereka terkeluar daripada gambaran pasukan utama semasa. Anthony Martial pula sedang menjalani program latihan khusus untuk membantunya mendapatkan semula kecergasan dan sentuhan hebatnya pada masa lalu.

Pada awalnya Rasmus Hojlund diharapkan menjadi pemain kesebelasan utama seawal perlawanan pertama liga namun seminggu sebelum kempen bermula dia disahkan mengalami kecederaan ringan. Penampilan pertamanya akan dilewatkan beberapa minggu.

Berikut merupakan gambaran awal kesebelasan utama Erik Ten Hag untuk permulaan kempen.

(4-2-3-1): Andre Onana; Diogo Dalot, Raphael Varane, Lisandro Martinez, Luke Shaw; Casemiro, Mason Mount; Antony, Bruno Fernandes, Alejandro Garnacho; Marcus Rashford.

Barisan ini memerlukan sokongan dibahagian-tengah untuk memenangi dan mengekalkan bola atau mengekalkan penguasaan namun dengan barisan ini juga  mereka mempunyai lebih kuasa dibahagian hadapan untuk merobek pertahanan lawan, salah satu sebabnya Mason Mount lebih dekat dengan permainan menyerang berbanding bertahan.

United dijangka tidak mempunyai masalah untuk berhadapan Wolverhampton pada aksi pertamanya 14 Ogos ini. Pasukan lawan berada dalam ketidaktentuan selepas Julen Lopetegui meletak jawatan seminggu sebelum kempen membuka tirai kerana masalah dengan pengurusan. Tempatnya segera diisi oleh Gary O’Neil.

Permainan risk and reward Andre Onana

Pada babak pertama Onana keluar meninggalkan kawasannya untuk memotong hantaran jauh dari penjaga gol Lens, Brice Samba. Bola itu melantun ke tanah dan telah memperlahankan kelajuannya. Kedudukan Onana menjadi tidak betul, dia tidak dapat menangkapnya kerana berada diluar kotak penalti dan bola terlalu tinggi untuk ditendang.

Onana kemudiannya memilih menanduknya. Ini jenis permainan bercita-cita tinggi atau berbahaya, jawapannya bergantung kepada perspektif anda dan ia telah menjadi trandemark permainan Onana.

Pemikiran liar Onana cukup membantunya pulih dan keluar daripada situasi berbahaya yang boleh menyebabkan kerosakkan kepada pasukannya sendiri. Penyokong United perlu membiasakan diri dengan detik itu dan perlu memaafkannya apabila kesilapan berlaku.

Sebagai contoh satu gol yang dibolosi pada minit ke-24 ketika menentang Lens. Kesilapan hantaran dari Diogo Dalot kepada Raphael Varane dipintas oleh Florian Sotoca. Dia mengesan Onana telah keluar dari kawasannya dan Sotoca melakukan tendangan lob dari jarak sejauh 40 ela.

Sekilas pandangan ia mungkin salah Onana tetapi jika diperhalusi hantaran dari Dalot menjadi punca kepada gol itu. Pemain United perlu tahu dimana kedudukan penjaga golnya dan perlu lebih berhati-hati dalam membina permainan dari belakang. Kedudukan Onana tidak sama dengan David De Gea.

Selepas perlawanan Onana bercakap dengan MUTV,

“Kami sentiasa boleh menjadi lebih baik. Beberapa perkara kita perlu mencuba dan memperbaikinya. Saya bertanggungjawab untuk segala-galanya, terutamanya gol yang kami bolos. Saya bangga dengan apa yang dilakukan oleh rakan pertahanan. Saya adalah pemain penting di bahagian belakang, jadi saya menerima semua kritikan, semua tekanan ini untuk saya.”

Aksi penyelamat Onana pada babak kedua telah menjadi bukti bahawa Ten Hag telah membawa masuk seorang pemimpin dalam bilik persalinanya, yang akan memimpin pasukan untuk mencatat banyak kemenangan pada musim ini.

Larian Mason Mount

Mason Mount memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem permainan Ten Hag.

Mount lebih dikenali sebagai seorang pemain tengah-menyerang dan banyak bermain di kawasan final third baik ketika bersama Chelsea atau England. Namun United membelinya untuk diberi peranan box-to-box, bermain disamping Casemiro yang berlegar dikawasan-tengah.

Ketika bertemu Lens, pada babak pertama Mount terlalu banyak menghabiskan masa menyertai Bruno Fernandes dalam serangan dan membentuk 4-3-3 yang agresif. Ini meninggalkan Casemiro bersendirian menangani pihak lawan dibahagian-tengah.

Tenaga dan kesungguhan Mount untuk tiba lewat ke dalam kotak penalti lawan dan melakukan percubaan menjadikannya lebih baik berbanding Christian Eriksen, tetapi dia tidak mempunyai ketenangan seperti pemain Denmark itu dalam penguasaan bola.

Pada babak kedua Mount menampilkan permainan bertahan yang lebih berdisiplin dan ia menggambarkan pemain itu memahami apa yang Ten Hag mahukan darinya. Walau bagaimana pun Mount perlu memberi output yang lebih konsisten sama ada ketika pasukan dalam penguasaan atau tanpa penguasaan bola

Pengaruh Permainan Anthony

Antony mempunyai tanda harga yang sangat tinggi iaitu £86 juta. Sukar untuk mengatakan pemain sayap-menyerang ini telah mencapai tanda harga tersebut tetapi dia kekal sebagai alat serangan terbaik Ten Hag.

Hantaran tajamnya dari sebelah kanan kepada Rashford telah menyumbang kepada gol pembukaan United sebelum Antony sendiri menjaringkan gol kedua pasukan.

Kata Ten Hag kepada MUTV,

Saya sangat gembira dengan prestasi Antony, dia semakin baik

Antony dikeluarkan pada minit ke-80 untuk memberi laluan kepada pemain remaja, Forson. Antony mendapat tepukan gemuruh atas persembahan hebatnya pada hari itu.

Kekuatan transisi menyerang

Jaringan kedua ketika menentang Lens merupakan satu kejayaan kecil kepada hasrat Ten Hag yang mahu melihat pasukannya menjadi pasukan transisi terbaik di dunia.

Serangan pantas dari Garnacho yang membawa bola dari bahagian kiri, Rashford melambai tangannya supaya Garnacho terus kekal dibahagian tepi sebelum dia melakukan larian untuk menarik pemain lawan mengikutnya.

Apabila Rashford mula berlari ke bahagian kiri sambil diikuti pertahanan-tengah lawan, Garnacho masuk ke bahagian-tengah dan melakukan hantaran kepada Antony yang datang dari bahagian kanan. Antony mudah menyudahkan hantaran itu kerana ruang tersebut telah terbuka hasil larian Rashford.

Jaringan itu menjadi satu ilustrasi yang mahu lakukan Ten Hag dalam pasukannya. Transisi pantas, pemain mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan dan cepat berkoloborasi dengan rakan lain.

Kecederaan yang dialami oleh Martial dan Hojlund akan meletakkan Rashford bermain di posisi penyerang-tengah, Antony dan Garnacho akan berada disisinya dalam perlawanan pertama Liga Perdananya. Trio ini telah menunjukkan gandingannya begitu dahsyat apabila bertemu di ruang terbuka.

Kata Ten Hag,

Kami mempunyai ramai pemain diatas padang yang boleh menentukan kemenangan. Ia bukan hanya seorang, kami mempunyai ramai. Kami tidak bercakap mengenai Mason Mount atau Bruno, yang juga mampu melakukan hantaran akhir atau menjaringkan gol.

Posisi Mount yang bercita-cita tinggi pada babak pertama bermakna terdapat ramai pemain yang berada dihadapan bola. Situasi itu akan memberi peluang kepada pasukan itu melakukan serangan balas pantas jika lawan kehilangan bola. Ia mampu memberi kerosakkan kepada pasukan lawan.

BACA:  Penjaga Gol Urawa Reds 'Reject' Lamaran Manchester United